Bayam brazil biasa dimasak tumis atau dijadikan ulam. Sebagaimana resepi kerabu di bawah yang menggunakan bayam brazil mentah sebagai bahan utama. Yang menarik ialah bayam brazil rasanya rangup sehingga sangat sesuai dibuat kerabu.

Dikeranakan kita pakai ikan bilis dan asam boi maka tidak perlu tambah garam lagi pada resepi ini. Bunga kantan pula dipakai sebagai penyedap dan bau wangi. Kerabu bayam brazil sangat lazat dimakan dengan nasi putih. Kalau sudah ada kerabu ini tidak perlu lauk lain sudah, cukup makan nasi dengan kerabu bayam brazil sahaja. Mari cubakan resepi daripada Nabila Humaira di laman Facebook. Kuantiti bahan ikut sesedap rasa ya.

Resepi Kerabu Bayam Brazil

kerabu bayam brazil

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bayam Brazil,
  • Mangga muda,
  • Cili padi,
  • Bawang merah,
  • Gula (ikut rasa),
  • Air limau nipis,
  • Asam boi dihiris atau disagat. Jangan ambil bijinya.
  • Bunga kantan,
  • Kerisik,
  • Ikan bilis digoreng garing.

Cara-cara :

  1. Hiris semua bahan kecuali bayam dan ikan bilis.
  2. Kemudian goreng garing ikan bilis tadi, asingkan.
  3. Akhir sekali barulah gaul rata bahan hiris, ikan bilis, dan bayam.
    Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain kerabu bayam brazil, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.