Kami hadirkan resepi kuih pelengat pisang nama diberi. Hidangan ini sangat sesuai untuk minum petang anak-anak di rumah. Atau dibuat jadi sarapan pagi pun sedap. Sememangnya cara buat kuih ini lagi senang dari buat cekodok. Maka, boleh buat bila-bila masa sahaja.

Bahagian atas yang putih itu seakan-akan rasa kuih tepung pelita. Dengan hanya 4 step sahaja menjadi kuih ini. Anak-anak, orang tua semua suka hidangan ini. silakan cuba. Resepi didatangkan daripada Wani Sulinan di laman Facebook.

Resepi Pelengat Pisang

pelengat pisang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Pisang berangan 1 sisir. Resepi asal pisang lemak manis, ikut citarasa masing-masing ya.
  • Santan sekotak kecil.
  • Tepung beras 3 sudu besar penuh.
  • Gula dan garam.

Cara-cara :

  1. Hiris pisang nipis-nipis. Sebiji pisang dapat 4 hirisan, susun dalam loyang.
  2. Tabur gula di atas pisang, kemudian layerkan lagi pisang dan tabur gula lagi selang seli sampailah pisang habis.
  3. Dalam bekas lain, tuang sekotak santan, kemudian guna kotak yang sama tambah air sekotak itu.
  4. Kemudian masukkan 3 sudu tepung beras dan bubuh garam. Kacau-kacau sebati.
  5. Akhir sekali tuang semua santan tadi dalam loyang pisang. Kukus selama 20 minit. Siap.
  6. Rasanya ini kalau makan sejuk-sejuk lagi sedap.

Resepi Menarik Lain

Selain pelengat pisang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.