Kalau dah namanya orang Melayu, pasti sahaja tidak boleh lari daripada sambal belacan. Kalau boleh, semua hidangan mahu dihidangkan bersama sambal belacan. Sambal belacan adalah hidangan yang paling ringkas yang boleh dibuat. Ianya juga boleh dimakan bersama dengan hidangan sup, atau bersama ayam atau ikan goreng. Senang cakap, apa apa sahaja apabila digabungkan bersama sambal belacan, kebaboom! Menghasilkan kombinasi yang amat lazat.
Kali ini kami bawakan resepi sambal belacan yang banyak supaya anda boleh mencubanya dan jadikannya stok. Jadi selepas ini, ambil sahaja sambal belacan anda dalam peti ais, sedia untuk dimakan bersama hidangan lain.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Incik dan Cik CA dan telah mendapat banyak perkongsian serta komen positif di Facebook. Tanpa membuang masa, jom kita lihat!
Resepi ini tidak menggunakan air kosong. Dari air bawang, cuka, air asam limau kasturi. Disini CA buat 5 kali ganda sukatan. Kalau nak buat banyak pun boleh, cuma gandakan sahaja sukatan di bawah. Sambal ni pedasnya tahap rendah sebab guna cili merah besar banyak dari cili hijau Thai.
Sambal ini tak perlu tumis ya. Memang warnanya cantik kerana ianya akan dimasak perlahan – lahan sendiri hasil air perahan limau. Makin lama makin sedap! Resepi yang CA bagi ini adalah untuk 1 sukatan supaya senang nak buat. CA buat dalam gambar itu 5 kali ganda.
Nota: Alur air (basuh bawah air paip) sekejap, belah dua dan bakar atas pan sehingga perang. Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah itu tebal jadi ia ambil masa lama sedikit untuk masak. Biarkan kulitnya hangit. Kupas apabila hendak dikisar. Tak perlu basuh dah.
Selain daripada resepi sambal belacan ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan risau, langkah – langkahnya mudah untuk diikuti dan pasti akan menghasilkan juadah yang menarik. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda ya! Selamat mencuba!