Ayuh kunyah-kunya mochi lembut. Mochi adalah kuih Jepun yang terbuat dari tepung beras@pulut, tepung ditumbuk sehingga lembut dan likat, kemudian dibentuk menjadi bulat. Di Jepun, kuih ini sering dibuat dan dimakan ketika menyambut perayaan tradisional atau perayaan Tahun Baru Jepun.

Mochi memiliki tekstur yang lembut dan kenyal. Inti mochi pula ada pelbagai macam seperti inti kacang, inti coklat, inti kacang merah, dan banyak lagi.

Rasanya yang sedap dan tekstur yang lembut semestinya disukai anak-anak. Daripada beli di kedai @ restoran dengan harga yang lagi mahal, buat sendiri lagi berbaloi dan puas makan. Jom sama-sama buat mochi. Resepi dikongsikan oleh Zarina Ina di laman Facebook.

Resepi Mochi Inti Kacang Merah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Setengah cawan gula,
  • 1 cawan tepung pulut,
  • 200 ml santan (saya guna santan kotak).

Cara-cara :

  1. Inti kacang merah (bulat-bulatkan dulu),
  2. Tepung jagung disangai.
  3. Uli tepung pulut, gula dan santan.
  4. Kukus 20 minit.
  5. Siap kukus. Bulat-bulatkan dan masukkan inti kacang merah.
  6. Golekkan dalam tepung jagung. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain mochi inti kacang merah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.