Musim hujan cuaca sejuk paling best kalau dapat makan sizzling mee claypot. Sizzling panas-panas berasap masuk mulut, perut yang tadi menggigil sebab lapar dan sejuk jadi hangat dan kenyang.

Kami nasihat apabila anda jenis tidak kuat tengok gambar makanan sedap sebaiknya jangan tengok resepi di bawah. Sebab kami gerenti anda akan terliur kerana tak kuat tengok betapa menggodanya sizzling mee claypot di bawah yang dikongsikan oleh Hurun’Iin Malik di laman Facebook.

Istimewa rasa sizzling ini banyak dipengaruhi kuah sos kicap. Oleh sebab itu penggunaan resepi kuah sos kicap sizzling yang tepat ialah suatu keharusan. Jika hendak hidangkan sizzling, cukup celur mee dan siram dengan kuah sos kicap lazat ke atasnya. Jangan lupa pecahkan sebiji telur dan cili potong.

Resepi Sizzling Mee Claypot

sizzling mee claypot

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee,
  • 5 ulas bawang putih (cincang),
  • 1 inci halia (hiris),
  • Beberapa tangkai cili kering (hiris 2, ikut kepedasan),
  • Isi ayam,
  • 4 biji cendawan.

Bahan Kuah Sos Kicap :

  • 4 sudu besar kicap manis,
  • 3 sudu besar sos tiram,
  • 1 sudu besar kicap pekat,
  • Tepung jagung,
  • Air.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering dengan sedikit minyak sehingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan cendawan, masak sekali.
  3. Masukkan bahan sos kicap dan tepung jagung yang dicampur air ikut kepekatan yang disukai. Tambah air sehingga penuh periuk, tambah sedikit garam.
  4. Untuk dihidang, tuang kuah dan isinya ke atas mee yang telah dicelur, letak sayur (jika ada), pecahkan sebiji telur dan tabur cili potong.

Resepi Menarik Lain

Selain sizzling mee claypot, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.