Apa menu makan tengah hari anda hari ini? Apakata kalau kami cadangkan masak ayam salted egg. Hidangan ini sememangnya creamy. Namun pada resepi salted egg chicken style Fatin Izzatee ialah tanpa susu namun tetap ada rasa creamy, sedap sangat.

Untuk menyediakan salted egg chicken, anda hanya perlukan serbuk salted egg, bawang putih, butter, lada jika suka pedas, dan jangan terlupa daun kari. Dan untuk ayam perlu digoreng tepung dulu dengan tepung bestari.

Kejadiannya amat sedap. Ayam jadi kering dan garing. Ada rasa pedas, manis dan masin. Bahagian paling best ialah ratah daun kari yang garing itu. Tidak sabar ingin rasa? Cuba buat sekarang makan dengan nasi putih panas-panas. Pergh sedapnya!

Resepi Salted Egg Chicken @ Ayam Telur Masin

ayam salted egg

Imej via Facebook

Bahan A :

  • Isi Ayam dipotong dadu dan letakkan sedikit garam,
  • Telur 1 bijik (dikacau),
  • Tepung bestari.

Bahan B :

  • Bawang putih (6-7ulas),
  • Lada jarum,
  • Daun kari,
  • Serbuk telur masin,
  • Butter.

Cara-cara :

  1. Celupkan isi ayam tadi dalam telur dan gaulkan ke dalam tepung Bestari.
  2. Goreng sampai ayam berubah warna keemasan.
  3. Panaskan butter dan letakkan bawang putih.
  4. Bila sudah naik bau, letakkan lada jarum.
  5. Letakkan daun kari sampai garing.
  6. Masukkan gula dan perasa secukup rasa.
  7. Masukkan 5 sudu serbuk telur masin (bergantung atas banyak mana ayam) dan gaulkan dengan ayam yang digoreng tadi sampai rata.
    Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain salted egg chicken, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.