Perkongsian kali ini kami akan membawa anda melawat hidangan western iaitu spaghetti. Ramai juga rakyat Malaysia yang suka makan hidangan asal Italia ini. Adakah anda antara yang suka makan spaghetti?

Spaghetti ialah sejenis pasta yang menyerupai mee. Spaghetti memiliki rasa sedap yang nyaman di lidah dan disukai banyak orang. Banyak cara penyajian spaghetti dengan menggunakan pelbagai jenis sos tertentu. Berbagai-bagai sos spaghetti yang terkenal ialah sos Bolognese, carbonara, marinara, agilo olio, sos kerang, puttanesca, sos tomato dan basil, dan bebola daging.

Namun kali ini resepi menarik yang dikongsikan oleh Herawati Basri di laman Facebook menuai perhatian ramai. Pasalnya spaghetti resepi ini dimasak dengan spicy salted egg creamy. Dengar macam menarik bukan? Ada creamy dan pedas telur masin dalam spaghetti anda. Adakah anda penasaran resepinya? Jom tengok di bawah.

Resepi Spicy Creamy Salted Egg Spaghetti

spaghetti salted egg

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Butter,
  • Bawang putih cincang,
  • Bawang holland dadu,
  • Capsicum merah,
  • Capsicum hijau,
  • Cendawan butang,
  • Tomato cherry,
  • Cili padi hiris,
  • Daun kari,
  • Ayam (goreng sebentar dengan sedikit minyak),
  • Sotong,
  • Udang,
  • Serbuk salted egg,
  • Susu cair,
  • Parsley flakes,
  • Chilli flakes,
  • Gula, serbuk perasa, garam.

Cara-cara :

  1. Mula-mula cairkan butter, tumis bawang putih.
  2. Apabila bawang agak garing masukkan bawang holland, dan cili padi. Kacau rata.
  3. Masukkan pula serbuk salted egg.
  4. Kemudian masukkan susu cair.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam dan bahan seafood, kacau sebentar.
  6. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
  7. Seterusnya masukkan capsicum dan tomato cherry.
  8. Akhir sekali masukkan spaghetti yang sudah direbus. Gaul rata.
  9. Taburkan chili flakes dan parsley flakes.

    spaghetti salted egg

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain spicy salted egg spaghetti, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.