Jika anda rasa bosan dengan menu ikan yang itu-itu sahaja. Bagaimana kalau anda cuba menu ikan goreng tomyam pula. Rasa pelik kah? Sama sekali tidak, resepi ikan kali ini gerenti anda mesti suka.

Noor Hazaliena Hassan temukan resepi yang unik buat ikan goreng tomyam dan berkongsi di laman Facebook. Dengan menggunakan rempah tomyam dan pes tomyam, cik Nor mengubah hidangan tomyam yang identik berkuah menjadi ikan goreng.

Rasa masakan tomyam yang masam-masam pedas dijamin akan menaikkan selera makan. Belum lagi wangi ikan goreng yang harum sangat. Makan lauk ini dengan nasi putih mesti tambah 2 pinggan. Mana lebih menyelerakan yang ada sayur atau yang tidak ada sayur? Mengikut selera anda. Jom cuba buat ikan goreng tomyam.

Resepi Ikan Goreng Tomyam

ikan goreng tomyam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan talapia/siakap,
  • 4 ulas bawang merah dihiris,
  • 1 inci halia,
  • 2 batang serai dihiris,
  • 2 biji tomato – belah 4,
  • 1 helai daun limau purut,
  • Pes cili kering @ nak senang guna pes sambal tumis maggi,
  • Pes tomyam,
  • Air asam limau atau cuka,
  • Garam/gula.

Cara-cara :

  1. Ikan digoreng garing. Ketepikan.
  2. Tumis bahan hiris (bawang merah, halia, serai).
  3. Kemudian masukkan cili giling tumis hingga pecah minyak.
  4. Bila sudah pecah minyak masukkan pes tomyam, kacau rata.
  5. Masukkan air.
  6. Akhir sekali masukkan tomato.
  7. Tutup api. Tuangkan kuah di atas ikan yang digoreng tadi. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain ikan goreng tomyam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.