Selamat petang semua. Kali ini kami berkongsi resepi ratah-ratah. Biasanya anda suka ratah yang macam mana? Pedas, manis, garing, lembut atau masin? Bilamana bercakap tentang menu ratah-ratah mestilah kita ingin makan yang nyaman di lidah dan menyelerakan.

Kali ini kami ingin berkongsi resepi ratah-ratah menggunakan tauhu pok. Tapi ada yang spesial kerana hidangan kali ini menggunakan salted egg. Macamana ya kejadiannya? Jika anda penasaran, mari sama-sama kita lihat resepi di bawah.

Emma Haleigh berkongsikan resepi tauhu pok dengan salted egg di laman Facebook. Senang sahaja cara buatnya hanya menggunakan serbuk salted egg Bestari dan jangan lupa daun kari. Selamat mencuba.

Resepi Tauhu Pok Salted Egg

tauhu pok salted egg

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • Tauhu pok,
  • Bawang putih cincang halus,
  • Cili cincang halus,
  • Susu cair,
  • Serbuk salted egg Bestari.
  • Daun kari

    tauhu pok salted egg

    Imej via Facebook

Cara-cara:

  1. Tauhu pok digoreng dipotong 4. Angkat.
  2. Masukkan butter dalam kuali.
  3. Tumis bahan cincang tadi.
  4. Kemudian masukkan serbuk salted egg, susu cair dan daun kari.
  5. Akhir sekali baru masukkan tauhu pok. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain tauhu pok salted egg, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.