Peminat resepi ikan kerapu masak tiga rasa?

Ikan kerapu sudah tidak asing lagi didengar. Ia merupakan ikan yang paling banyak diminati. Ikan kerapu ada banyak jenisnya. Kesemua jenis pada umumnya memiliki kulit tebal namun sedap dimakan dan berisikan daging yang sangat putih.

Tidak ramai yang tahu bahawa kulit ikan kerapu sangat baik untuk kesihatan terutamanya untuk golongan wanita, kerana kulitnya memiliki kandungan collagen yang tinggi. Sehingga sangat baik dimakan guna untuk mengatasi penuaan kulit supaya tidak cepat mengendur.

Banyak resepi ikan kerapu seperti kerapu goreng, kerapu stim, masak kicap dan lain-lain. Namun resepi yang paling banyak mendapat perkongsian dan paling dicari ialah kerapu masak tiga rasa. Perkongsian daripada ‎Intan Saham‎ di Facebook ini mendapat ribuan share.

Jom buat resepinya, kerapu tiga rasa dengan kombinasi rasa pedas, asam dan manis yang sesuai dijadikan hidangan untuk makan siang bersama keluarga. Kenyang bersama sihat bersama.

Resepi Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa

kerapu tiga rasa

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Seekor ikan kerapu
  • 2 biji bawang putih – dicincang halus
  • 5 biji bawang merah – dicincang halus
  • 8 biji cili merah – dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
  • 2 biji tomato – dipotong dadu
  • 1 biji cili bangla – dipotong dadu
  • 1/2 biji nenas – dipotong dadu
  • 1/2 biji timun – dibuang biji/potong dadu
  • 1 biji carrot sederhana – dihiris macam batang mancis
  • 3 sudu cili sos
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos black paper
  • 3 sudu sos tiram
  • Sedikit daun limau
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk kunyit, garam, gula & Minyak

Cara-cara :

  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yang dicincang dan goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah /carrot dan goreng lagi sehingga layu dan naik bau.
  3. Masukkan lada merah yang telah dicincang tadi dan goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
  4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos cili, sos tomato, sos black paper, gula, garam.
  5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan.

Selamat memcuba

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan kerapu masak tiga rasa, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.