Mencari resepi biskut raya 2020 yang menarik ? Tanpa terasa sudah mahu memasuki bulan Ramadhan. Penghujung bulan ramadhan tentunya menyambut hari raya pula. Macam manakah persiapan anda untuk sambut raya tahun ini?

Banyak yang dilakukan orang sebelum sambut hari raya. Kemas rumah, tukar cat rumah, beli sofa baru, karpet baru, cawan baru dan lain-lain. Namun benda paling penting ialah sudahkah anda persiapkan apa biskut yang akan anda hidangkan untuk tetamu nanti?

Mulai sekarang anda tak perlu risau. Dengan 25 pilihan resepi biskut ini anda boleh pilih mana-mana resepi viral yang anda sukai. Resepi biskut raya ini mendapat perkongsian ramai di Facebook. Gerenti tetamu anda akan sangat puas dengan jamuan anda. Ukhuwah pun semakin terjalin.

Resepi-resepi biskut ini sangat mudah dan sedap. Bahan-bahan menyediakannya sangat senang didapatkan dan penyediaannya tidak memakan masa dan leceh. Kebanyakan resepi ini sangat moden dan sesuai dengan selera anda. Jom tengok pilihan resepinya di bawah ini.

1. Red Pearl Cookies

red pearl cookies

Imej via Facebook

Salah satu biskut raya yang sangat-sangat sedap dan yang paling best, tersangatlah mudah nak buat. Tak perlu mixer, godak-godak saja, siap. Ibu-ibu, mommies-mommies, jom cuba resepi daripada ‎Amelia Elias‎ di Facebook ini.

Bahan-bahan :

  • 150 gram butter
  • 150 gram tepung gandum
  • 75 gram gula castor
  • 60 gram cornflakes
  • 50 gram choc chip
  • 25 gram almond nibs (almond cincang yang biasa ditabur atas almond london)
  • 1 sudu esen vanilla
  • Ceri merah, dihiris halus memanjang.

Cara-cara :

  1. Masukkan butter dan gula dalam mangkuk besar. Hanya gaul pakai senduk untuk sebati sahaja. Tak perlu pukul pakai mixer. Nanti terlebih gebu dan biskut akan terlalu kembang dan leper bila dibakar.
  2. Kemudian masukkan semua bahan di atas kecuali ceri merah.
  3. Jika sudah sebati, sudukan atas dulang pembakar. Jangan terlalu besar, sedang-sedang saja.
  4. Akhir sekali, hias dengan hirisan ceri merah.
  5. Bakar pada suhu 150’C selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing. Selamat mencuba.

2. Resepi Biskut Cheese Cadbury

biskut cadburry

Imej via Facebook

Coklat cadburry selalunya disukai ramai kerana ia sangat sedap dan mampu membaiki mood seseorang bila memakannya. Rupanya selain dimakan macam itu sahaja ataupun dijadikan minuman, ternyata coklat cadburry boleh juga dijadikan biskut raya. Sila tengok resepi biskut raya cadburry resepi ‎Aya Suraya‎ di facebook ini.

"

Bahan-bahan :

  • 180 gm mentega
  • 80 gm shortening
  • 90 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan esen vanila
  • 70 gm cream cheese

Bahan B :

  • 400 gm tepung gandum
  • 80 gm tepung jagung

Bahan C :

  • 1 botol coklat Cadbury – 200 pcs
  • Putih telur untuk sapu

Cara membuatnya :

  1. Pukul bahan A hingga sebati dan kembang.
  2. Masukkan bahan B. Gaul rata.
  3. Rehatkan selama 15-30 minit di dalam peti sejuk untuk senang terap.
  4. Potong/terap mengikut saiz dan ketebalan lebih kurang coklat Cadbury dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit dengan suhu 150-160’C,
  5. Kemudian bakar selama 20 minit menggunakan api atas bawah.
    Note : 5 minit terakhir itu untuk pusingkan tray untuk pembakaran sekata.
  6. Biarkan biskut sejuk. Sapu sedikit putih telur. Letakkan Cadbury.
  7. Bakar lagi 5 minit hingga bawah dan keliling biskut kelihatan perang, guna api atas-bawah, rak paling bawah.
  8. Sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara berlayerkan baking paper (untuk serap lebihan minyak).

3. Resepi Swiss Tart

swiss tart

Imej via Facebook

Tak tahan tengok biskut raya satu ini. Sekali ternampak mesti nak habiskan satu bekas. Gigih buat biskut ini untk hari raya. Swiss tart resepi daripada ‎Rohana Rozis‎ di laman Facebook memang sedap.

Bahan-bahan :

  • 250 gm butter
  • 85 gm gula aising
  • 170 gm tepung gandum
  • 170 gm tepung jagung
  • 1 sk esen vanilla
  • 5 sudu besar coklat rice
  • Filling strawberi secukupnya

Cara-cara :

  1. Mix butter dan gula aising.
  2. Masukkan esen vanilla. Mix sebati.
  3. Masukkan tepung. Mix sebati.
  4. Terap guna acuan samprit atau guna acuan untaian. Nak bubuh dalam paper cup pun boleh.
  5. Letak filling strawberi di atas doh.
  6. Bakar suhu 160°C selama 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

4. Resepi Biskut Nutella Pod

biskut nutella pod

Imej via Facebook

Resepi yang sedap untuk biskut raya. Kena simpan takut habis sebelum dihidangkan. Bahan buat biskut ini senang saja namun menghasilkan biskut yang sangat sedap. Jom tengok resepi daripada ‎Norlailanazira Mohd Agos‎ di laman Facebook seperti berikut di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • 250 g buttercup *
  • 200 g gula kastor *
  • Esen vanilla *
  • 1 biji kuning telur
  • 350g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 50 g serbuk almond

Cara-cara :

  1. Satukan bahan bertanda *. Guna spatula/senduk kayu sahaja.
  2. Jika sudah sebati, masukkan 1 biji kuning telur. Gaul lagi/
  3. Kemudian masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder. Sebatikan semua/
  4. Akhir sekali masukkan serbuk almond.
  5. Sebatikan dan boleh bentukkan.
  6. Bakar 25 minit suhu 160’C bergantung pada oven masing-masing.
  7. Bila sudah sejuk, paipkan nutella dalam pod tu dan sedia untuk dimakan.

5. Resepi Kacang Putih Goreng

kacang putih goreng

Imej via Facebook

Kawan-kawan sibuk dengan berbagai biskut, bagaiman jika anda cuba membuat kacang pula? Ramai tak peminat kacang putih goreng? Buatnya pun senang. Jom berkongsi resepi daripada Hajar Mael‎ di Facebook. Kacang goreng dapat minyak bawang putih pun dapat.

Bahan-bahan :

  • Bawang putih
  • Garam
  • Kacang putih kopek (beli yang sudah siap dikopek)
  • Air panas mendidih

Cara Membuat :

  1. Basuh kacang dan masukkan ke dalam besen.
  2. Bawang putih ditumbuk bagi pecah-pecah.
  3. Letak garam secukup rasa (tak masin pun tak apa sebab nak goreg nanti kita letak lagi garam).
  4. Letakkan air panas yang mendidih sampai tenggelam kacangnya.
  5. Rendam sampai kacang kembang lebih kurang sejam lebih.
  6. Toskan kacang dan asingkan bawang putih tadi (jangan buang, kita simpan buat minyak bawang putih)
  7. Masukkan kacang dan air garam yang sudah dicampurkan dengan kiub ayam ke dalam minyak panas.
  8. Pakai api kecik masa menggoreng.
  9. Jangan pakai api besar risau kacang tak masak kat dalam.
  10. Toskan minyak.
  11. Bawang putih yang diasingkan tadi jangan dibuang.
  12. Guna kuali lain letak minyak masak dan goreng bawag putih tadi sampai kekuningan.
  13. Kita buat minyak bawang putih sedap kalau dimasukan dalam sup atau buat nasi goreng. Wangi baunya.
  14. Boleh ketuk selabu lagi bawang putih dan campur dengan yang tadi.

6. Resepi Biskut Nestum Rangup

biskut nestum

Imej via Facebook

Selalu biskut ini akan habis seawal hari raya pertama. Masa membuat pun kena simpan di tempat palin jauh takutnya tak sempat hidangkan pada hari raya. Jom cuba resepi mudah daripada ‎Farizal Radzali‎ di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 250 gm butter
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 2 cawan nestum
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat :

  1. Pukul butter dengan gula halus hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati.
  3. Masukkan semua tepung dan nestum. Uli hingga jadi doh. Kalau masih melekat, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga tak melekat dijari.
  4. Bentukkan biskut dan salutkan dengan nestum.
  5. Bakar dalam oven selama 15 minit api atas bawah suhu 160°c (ikut saiz acuan doh dan oven masing-masing)

7. Resepi Cornflakes Crunchy Cookies

cornflakes crunchy

Imej via Facebook

Jika sudah dekat raya mesti ramai ibu yang membuat biskut raya. Resepi biskut mudah, cepat, sedap dan rangup seperti cornflakes crunchy cookies ini. Resepi femes daripada Husreezal Rushdee Husin‎ di laman Facebook ada di bawah ini. Sila cuba.

Bahan-bahan :

  • 1 3/4cwn tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan cornflakes ramas kasar
  • 200 g buttercup (suhu bilik)
  • 3/4 cwn gula kastor
  • 1 biji kuning telur

Cara-caranya :

  1. Gaul gula dan butter lebih kurang 5 minit, masukkan kuning telur dan kacau rata.
  2. Masukkan campuran tepung dan baking powder serta cornflakes, gaul sebati.
  3. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 170°C.
  4. Acukan guna sudu makan adunan dan susun dalam dulang pembakar.
  5. Bakar selama 15-20 minit dengan kepanasan atas bawah.
  6. Sejukkan sebelum disimpan dalam balang.

8. Resepi Biskut Semperit Klasik

semperit klasik

Imej via Facebook

Tidak kira hari biasa mahupun raya, biskut semperit wajib ada di rumah. Teksturnya yang cair di mulut membuat anak-anak suka memakan biskut ini. Jom buat resepi biskut semperit klasik ala Leen Lynda‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan majerin Planta,
  • 1 ¼ cawan gula icing,
  • 1 biji kuning telur,
  • 2 cawan tepung kastard,
  • 2 cawan tepung jagung,
  • 1 cawan tepung gandum digoreng tanpa minyak,
  • ¼ cawan susu tepung,
  • 1 sudu teh vanilla.

Cara-cara :

  1. Mixer planta, gula dan kuning telur hingga kembang.
  2. Masukkan vanila, susu tepung, tepung jagung, kastard dan tepung gandum.
  3. Uli lembut supaya senang tekan dalam acuan.
  4. Bakar suhu 160°C selama 15-20 min.

9. Resepi Semperit Susu

semperit susu

Imej via Facebook

Semperit susu pada resepi ini diperbuat daripada susu, tepung gandum, tepung jagung, dan marjerin. Bahan-bahan ini dicampur bersama untuk menjadi adunan. Resepi semperit susu yang sedap ialah air tangan daripada ‎Adrianna Rayyan yang dikongsikan di Facebook. Sedap dan sangat mudah. Rugi jika anda tidak mencubanya.

Bahan-bahan :

  • Butter 250 g,
  • Susu pekat 250 g,
  • Tepung jagung 500 g,
  • Tepung gandum 50 g.

Cara-cara :

  1. Campurkan kesemua bahan.
  2. Uli adunan hingga dapat doh yang sesuai tidak terlampau keras ataupun lembik.
  3. Gunakan acuan tembaga pecah 15. Tekan dan letakkan choco chip.
  4. Lepas tekan, diamkan dalam 20 minit atau lebih supaya bunga tidak akan jatuh selepas bakar.

10. Resepi Semperit Cheese

semperit cheese

Imej via Facebook

Antaranya semperit yang ramai dicari ialah semperit cheese. Macam menarik semperit cheese. Resepi semperit cheese rangup ini patut anda cuba. Dibuat sebagai kudapan makan anak-anak. Pasti anak suka makan tidak cukup sebalang. Jom buat semperit cheese resepi daripada Mazriha Radzi‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 250 g susu pekat manis.
  • 250 g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
  • 500 g @ 540 g tepung jagung.
  • 2 sudu makan tepung gandum.
  • 3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah).
    Adunan Keju :
  • 125 g cream cheese dibiar lembut suhu bilik.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • ¼ cawan susu cair.

Cara-cara :

  1. Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tidak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu. Pukul guna senduk saja.
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500 g tepung jagung. Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540 g tepung jagung.
  3. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega.
  4. Tekankan ceri merah@coklat chips@ kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170°C selama 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mulai keperangan.
  6. Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.

Tip: Untuk biskut, tidak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, ia akan masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.

11. Resepi Butter Cookies Pandan Gula Melaka

butter cookies

Imej via Facebook

Mencium wanginya pun sudah sangat merangsang selera. Anda patut cuba resepi ini untuk camilan tetamu mahupun untuk camilan raya. Untuk dapatkan resepi yang sempurna, Siti Solehah di laman Facebook sudah mengalami jatuh bangun sebanyak 6 kali untuk dapatkan resepi yang kena di lidah. Untuk satu adunan ini dapat butter cookies dalam 26-30 biji. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • 120 gram buttercup @ pure butter, (pastikan butter pada suhu bilik supaya bunga yang kita tekan tidak mengembang).
  • 140 gran tepung superfine @ gandum,
  • 35 gram brown sugar,
  • 1 sudu kelapa kering,
  • 1 sudu kecil paste pandan,
  • 1 sudu kecil pewarna hijau epal,
  • Secubit garam,
  • ¾ sudu teh baking powder,
  • 1 biji telur,
  • Nozel guna 864.

Cara-cara :

  1. Mula-mula pukul butter dan gula sebati.
  2. Masukkan paste pandan dan pewarna. Kacau sebati.
  3. Masukan tepung dan satu sudu kelapa kering putih. Kacau sebati.
  4. Masukkan dalam paiping beg guna nozel dan tekan. Supaya jadi elok, buat bulat satu pusingan saja kemudian stop dan tekan doh. Jangan tekan terlalu besar, kerana bila bakar adunan akan kembang sedikit.
  5. Akhir sekali letak gula melaka sagat dan kelapa parut hawai (kedai bakery) sebagai hiasan.
  6. Bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.

12. Resepi Kuih Makmur

kuih makmur

Imej via Facebook

Kuih Makmur ialah sejenis kuih kering berbentuk bebola agak bulat diperbuat daripada ramuan tepung gandum, telur, minyak sapi atau butter dan berintikan kacang tanah goreng, badam dan sebagainya yang kemudian disalutkan gula aising. Fatimah Az Zahra‎ berkongsikan resepi kuih makmur sedap dan mudah di laman Facebook.

Bahan Doh:

  • 500 gram tepung gandum,
  • 200 gram ghee,
  • 2 sudu besar gula aising,
    (Gaul adunan sebati).

Bahan Inti :

  • 250 gram kacang tanah hancur,
  • 100 gram gula kastor,
  • 1 sudu besar butter,

Cara-cara :

  1. Gaul sebati bahan doh.
  2. Masukkan tepung dalam acuan. Tenyeh-tenyeh buat lubang untuk isi inti dan tutup.
  3. Bakar 20 min suhu 180/200°C (ikut oven).
  4. Selepas bakar baru keluarkan. Ketuk-ketuk sedikit belakangnya sampai terkeluar.

Bahan Salutan :

  • 100 gram susu tepung,
  • 100 gram gula aising.

Nota : Untuk rasa yang sedap guna susu tepung full-cream/whole milk. Biasa di kedai bakery jual 2 jenis, skim milk/whole milk. Skim milk warnanya lebih pucat daripada whole milk.

13. Resepi Almond Crunchy @ Biskut Florentine

almond crunchy

Imej via Facebook

Almond crunchy sedap dijadikan kudapan hari raya. Sesuai namanya, ia amat crunchy di kunyah dan sedap. Umi Hartini Muhammad berkongsikan resepi almond  crunchy yang mudah dan sedap di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 500 gram tepung Florentine,
  • 500 gram almond flakes,
  • 200 gram biji labu,
  • 200 gram biji bunga matahari,
  • 20 gram bijan hitam,
  • Paper cup size M secukupnya.

Cara-cara :

  1. Bakar kacang sebentar dalam 5 minit. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan semua kacang dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati .
  4. Sudukan ke dalam papercup, nipis sahaja cukup sekadar menutupi dasar.
  5. Bakar pada suhu 160°C selama 10-15 minit.
  6. Keluarkan biskut dan biarkan sejuk sebentar.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara.

14. Resepi Kuih Kapit Tradisi

kuih kapit

Imej via Facebook

Kuih kapit merupakan kuih tradisi sejak dulu. Namun begitu kemenarikkannya tidak pernah punah. Ramai mak-mak yang sentiasa mengkekalkan tradisi kuih kapit pada hari Raya. Lieniey Merlin‎ berkongsikan resepi kuih kapit di laman Facebook. Ia juga menggunakan alat elektrik.

Bahan-bahan :

  • 1 mangkuk tepung,
  • 1 mangkuk gula pasir,
  • 1 mangkuk santan sederhana cair,
  • 1-2 biji telur,
  • Sedikit serbuk kayu manis.

Cara-cara :

  1. Mula-mula mesin kesemua bahan di atas.
  2. Kemudian tapis bahan.
  3. Kalau adunan pekat tambahkan santan cair sehingga adunan tidak pekat sangat dan tidak cair.
  4. Panaskan acuan dan tuang adunan.
  5. Setelah masak boleh gulung atau lipat masa panas-panas. Jika ingin isi coklat atau kacang pun boleh.
  6. Siap.

15. Resepi Batang Buruk Sedap

batang buruk

Imej via Facebook

Rasanya tidaklah seburuk tampilannya. Batang buruk dibuat menggunakan kulit popia menjadikan ia rangup. Taburan gula aising dan susu tepung membuat ia terasa lemak manis. Selamat mencuba resepi perkongsian daripada Sarina MdNayan‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Kulit popia sebungkus,
  • 500 gm tepung kacang hijau,
  • 1 ½ cawan gula aising,
  • 1 cawan susu tepung.

Cara-cara :

  1. Potong dan gulung kulit popia guna straw.
  2. Jemur sekejap dan goreng.
  3. Kemudian campur bahan tepung kacang hijau, gula aising dan susu.
  4. Goreng tanpa minyak hingga naik bau wangi tepung kacang hijau.
  5. Akhir sekali masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi dan penuhkan inti satu persatu.

16. Resepi Kerepek Bawang Sedap

kerepek bawang

Imej via Facebook

Raya kali ini anda tidak perlu beli kerepek bawang lagi. Buat sendiri dapat banyak puas makan tetamu. Cara membuatnya senang saja. Bahan-bahan yang diguna juga mudah. Kami hadirkan resepi kerepek bawang mudah, sedap dan garing daripada Nur Hidayu di laman Facebook.

Bahan doh pedas :

  • 3 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu cili boh,
  • Bawang besar 2 biji (blend),
  • Bawang putih 6 ulas (blend),
  • Garam,
  • Aji,
  • Air.

Bahan doh putih :

  • 3 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu marjerin,
  • Garam,
  • Aji,
  • Air.
    (Uli bahan hingga jadi doh)

Cara-cara :

  1. Canaikan doh putih dan doh pedas sehingga nipis.
  2. Ambil doh putih dan letakkan doh pedas di atas doh putih tadi.
  3. Gulung doh dan hiriskan nipis.
  4. Goreng sehingga kekuningan.
  5. Siap.

17. Resepi Kuih Kasturi @ Kacang Hijau Sedap

kuih kasturi

Imej via Facebook

Kuih kasturi diperbuat menggunakan kacang hijau yang direbus lembut bersama gula dan digaul dengan kelapa. Bancuhan tepung salut membuat kuih kasturi rangup di luar selepas digoreng. Resepi kuih kasturi yang dikongsikan Yayang Waniey di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Kacang hijau,
  • 6-7 sudu makan gula membukit,
  • Setengah biji kelapa putih sahaja,
  • 1 sudu tepung gandum,
  • ½ cawan tepung rangup campuran,
  • ½ cawan tepung gandum,
  • 1 sudu planta (jangan banyak agak-agak sahaja),
  • Garam secukup rasa,
  • Air sedikit.

Cara-cara :

  1. Mula-mula rebus kacang hijau sehingga lembut dan kering air (kacang kira lembut apabila ditekan akan hancur).
  2. Masukkan gula ke dalam kacang tadi, kacau sampai kering dan berkilat. Gunakan api kecil.
  3. Masukkan kelapa dan gaulkan sampai sebati. Jika sudah sebati tutup api. Sejukkan sebentar.
  4. Jika sudah sejuk, taburkan 1 sudu tepung gandum. Jangan banyak nanti keras.
  5. Gaulkan sebati kemudian bulat-bulatkan dan leper. Supaya mudah 32 gram untuk satu biji.
  6. Untuk bancuhan tepung celup masukkan tepung rangup campuran, tepung gandum, planta, garam secukup rasa dan air sedikit. Bancuhan tidak pekat dan tidak cair.
  7. Kemudian panaskan minyak (minyak harus panas). Bila ingin masukkan kuih kacang baru perlahankan api.
  8. Celup kuih tadi dalam bancuhan tepung.
  9. Siap.

Nota : Penting kuali kena cuci betul-betul bersih supaya tidak melekat. Kalau kuali bersih kacang akan turun sendiri dalam minyak. Kalau tidak turun curah minyak atas kacang, baru tolak masuk dalam minyak. Pastu alihkan perlahan-perlahan sampai masak.

18. Resepi Tart Nenas

tart nenas

Imej via Facebook

Tart nenas, biskut andalan selalu dicari untuk dihidangkan pada hari raya. Letak sebalang dua balang tart nenas untuk tetamu konfirm akan cepat habis. Jom tengok resepi tart nenas yang dikongsikan oleh Suhaila Azhar di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 ketul buttercups 250 g (keluarkan awal untuk bagi lembut *
  • 1 sdb minyak sapi *
  • 1 sdb gula icing *
  • 2 biji kuning telur *
  • Pewarna kuning telur *
  • 3 1/2 cwn tepung gandum,
  • 2 sdb tepung kastard,
  • 2 sdb tepung jagung.

Cara Membuat :

  1. Mula-mula gaul sebati bahan bertanda * guna senduk.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.
  3. Uli kesemua bahan hingga tidak melekat di tangan. Kalau lembik, tambahkan tepung gandum sedikit.
  4. Kemudian terapkan, letak inti dan glaze kuning telur. (Glaze = 2 kuning telur, 1sudu air dan beberapa tiris pewarna kuning, dikocak sebati dan sapu ke atas tart sebelum dibakar).
  5. Seterusnya bakar selama 30 minit pada suhu 180’C menggunakan api atas bawah/sehingga garing.

Cara Membuat Inti Nenas :

  1. 3 biji nenas diblend/sagat dan sejat airnya.
  2. Masak nenas dalam kuali hingga kering air.
  3. Kemudian masukkan 1/2 kg gula, 1 batang kayu manis, sedikit pewarna kuning telur.
  4. Akhir sekali, kacau lagi hingga gula larut dan jem kental, jika sudah siap terus sejukkan dan simpan dalam peti supaya senang diguna bila jem sejuk.

Nota : Acuan untuk terap doh tart nenas.

19. Resepi Biskut Almond london

biskut almond london

Imej via Facebook

Biskut buah almond atau badam, atau kek badam, adalah sejenis biskut yang dibuat dengan badam yang digoreng dan dicincang. Biskut ini sangat rangup dan sedap. Biskut ini biasa dihidang pada hari raya. Tak dinafikan lagi biskut ini memang laku di hari raya dan diminati oleh semua. Resepi biskut almond legend yang dikongsikan oleh Rose Eatie Eatie di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 250 gm buttercup
  • 1/2 cwn gula
  • 3 sdb susu tepung (tak ada tak apa)
  • 2 1/2 cwn tpg gandum
  • 2 1/2 cwn tpg jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sdt esen vanilla
  • Badam biji secukupnya. Badam digoreng dengan api yang kecil sampai ada bunyi meletup 3 kali. Toskan dan lap minyaknya kemudian bakar lebih kurang 20 minit. Kalau tak mahu buat cara ini nak bakar terus pun boleh.
  • Badam cincang secukupnya, bakar 5 minit.
  • Untuk salut. Coklat masakan secukupnya dan coco butter untuk cairkan.

Cara-cara :

  1. Dalam 1 bekas masukkan butter dan gula. Kacau pakai senduk.
  2. Masukkan esen vanilla dan telur. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan semua jenis tepung dan sebatikan. Kalau rasa lembik tambah tepung, kalau rasa keras tambah butter.
  4. Bakar suhu 180 selama 20 minit.
  5. Untuk coklat gunakan teknik double boil.

20. Resepi Biskut Coklat Chips Crunchy

coklat chips

Imej via Facebook

Biskut comel ini boleh dijadikan sebagai biskut camilan harian ataupun sebagai camilan untuk hari raya. Anda yang punya masa luang boleh cuba resepi coklat chips yang kami kongsikan ini. Di kongsikan oleh Siti Norizan di Facebook.

Bahan A :

  • 1 cawan buttercup
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla

Bahan B :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sk soda bikarbonat
    (Satukan tepung + soda bikarbonat, ayak terlebih dahulu)
  • 1 cawan coklat chips
  • 1/2 cawan coklat rice

Cara Membuat Biskut Coklat Chips :

  1. Satukan kesemua bahan A dalam bekas. Pukul bagi sebati.
  2. Jika sudah sebati, masukkan tepung gandum yang telah diayak. Gaul sebati. (Adunan memang lembik, jangan tambah tepung pulak, nanti keras biskutnya, Kalau rasa lembik sangat, tambah 2 sb tepung)
  3. Bila tepung sudah sebati, masukkan coklat chips + coklat rice, gaul sebati.
  4. Kalau sudah siap, boleh sudukan adunan dalam tray, tak perlu sapu butter. (Guna sudu kecil saja, mahu cubit-cubit pon boleh.
  5. Buat kecil-kecil saja, nanti bila bakar dia akan kembang/leper.
  6. Bakar selama 20min-25min suhu 170’C, api atas bawah.
  7. Selepas bakar keluarkan tray, biasanya biskut tu dia akan nampak macam tak masak, kalau kita tekan dia macam lembik, biarkan dia sejuk dulu, baru biskut akan elok. Selamat mencuba.

21. Resepi Biskut Arab

biskut arab

Imej via Facebook

Biskut arab termasuk dalam senarai biskut yang disediakan pada hari raya. Biskut arab penyediaannya paling simple. Ia boleh meletop dalam mulut. Resepi yang dikongsikan oleh Zalina Yahaya di Facebook ini boleh dapatkan 192 biji biskut arab.

Bahan-bahan :

  • 380 gm minyak sapi QBB. *
  • 125 gm Planta.*
  • 70 gm gula aising/castor.*
  • 1150 gm tepung gandum .
    ( 1 kilo dan 150 gm. Biasa guna bluekey)

Cara Membuat :

  1. Satukan semua bahan bertanda *, Kacau sebati. Kacau dengan senduk kayu saja. Tak payah guna mixer. Kita mahu kacau sampai sebati saja bukan sampai kembang gebu. Minyak sapi tak perlu dicairkan. Ceduk dari tin, terus guna.
  2. Selepas sebati masukkan tepung sedikit-sedikit.
  3. Lepas semua tepung dah masuk, buat bulat-bulat. Kalau mahu sama besar guna sudu sukat. Sukat dulu baru buat bulat-bulat. Guna sukatan 1/2 sudu besar.
  4. Kemudian sudah siap bulat-bulat. Bakar pada suhu 160’C selama 30 minit. Tapi kena ikut oven masing-masing. Jangan garing sangat. Tengok bahagian bawah kalau sudah coklat sedikit boleh angkat.
  5. Sejukkan dahulu baru golek atas gula castor atau gula aising.

Tips Biskut Sedap :

Untuk rasa yang lebih asli dan cair di mulut. Sila jemur tepung anda di bawah panas matahari. Atau kalau malas (confirm hampa malas) masukkan dalam oven sekejap. Panaskan tepung pada suhu 160’C selama 10 minit. Lepas itu biar tepung sejuk dulu.

22. Resepi Biskut Kacang

biskut kacang

Imej via Facebook

Biskut kacang merupakan makanan kegemaran kebanyakkan orang disebabkan rasanya yang gurih, rangup dan sedap. Biskut kacang biasanya disediakan untuk hari raya mahupun camilan sehari-hari. Resepi biskut kacang yang mendapat perkongsian ramai, dibahagikan di Facebook oleh Norhamidah Hassan.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan buttercup/marjerin.
  • 1 cawan gula aising (kalau tidak suka manis boleh kurangkan sedikit).
  • 2 biji kuning telur.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 1 1/2 cawan tepung kastard.
  • 1 cawan kacang tanah (sangai buang kulit dan blend halus).
  • 1 cawan tepung jagung.
  • Tepung gandum cap ros.

Cara-cara :

  1. Masukkan buttercup/marjerin dan gula aising, kacau sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kacau sebati.
  3. Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan kacang tanah yang diblend, kacau sampai sebati.
  4. Kemudian  masukkan tepung gandum, uli smpai doh tidak melekat di jari.
  5. Akhir sekali terap dan letak kuning telur di atas biskut, bakar pada suhu 160’C 15-20 minit.

23. Resepi Cornflakes Coklat

Cornflakes Coklat

Imej via Facebook

Dengan 3 bahan yang simple anda boleh menghasilkan biskut yang sedap dan menarik. Cornflakes coklat biasanya disajikan sebagai camilan untuk keluarga. Namun juga biasanya sangat terkenal pada hari raya. Kami ingin berkongsi dengan anda resepi cornflakes coklat sedap yang dikongsikan oleh Min Hani di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 250g coklat masakan brand apa sahaja.
  • Sekotak cornflakes.
  • 2 sudu butter.
  • Papercup.

Cara-cara :

  1. Mula-mula cairkan coklat dan butter.
  2. Kemudian tuang coklat ke dalam cornflakes. Gaul rata .
  3. Masukkan dalam papercup.
  4. Akhir sekali, hias ikut citarasa masing-masing.
  5. Tunggu coklat keras baru masukkan ke dalam bekas.

24. Resepi Spicy Salted Egg

spicy salted egg

Imej via Facebook

Lagi kudapan raya moden yang digemari ramai ialah salted egg cornflakes. Rasa dia garing dan lemak masin. Walaupun dibuat pedas sedikit, anak-anak mesti suka. Resepi salted egg cornflakes oleh Ida Idy di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 90 gram butter,
  • 80 gram serbuk salted egg,
  • 4 tangkai daun kari,
  • 5 biji cili kering (hiris halus),
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging babas,
  • ½ sudu kecil serbuk cili babas (nak pedas boleh tambah),
  • 275 gram cornflakes nestle.

Cara-cara :

  1. Cairkan butter dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan daun kari + cili kering.
  3. Masukkan serbuk salted egg, serbuk kari dan serbuk cili. Kacau sebati dan tutup api.
  4. Masukkan cornflakes. Gaul biar sebati dan rata.
  5. Masukkan kesemua dalam tray oven. Bakar dalam oven suhu 120°C selama 10 minit.
  6. Sejukkan dan packing.

25. Resepi Kuih Gunting

kuih gunting

Imej via Facebook

Kuih gunting lejen yang sedia dihidangkan pada hari raya. Shamsiah Zain berkongsikan resepi kuih gunting di laman Facebook. Tampak sangat rangup dan menyelerakan.

Bahan-bahan :

  • 1 kg tepung,
  • 250 gram margarine,
  • 3 sudu udang kering,
  • 2 sudu rempah kari,
  • I bungkus serbuk santan,
  • 2 sudu cili blend,
  • Minyak sedikit,
  • Garam dan ajinomoto,
  • Air sejuk dari peti sejuk,
  • Daun kari.

Nota : Saya tidak letak telur, supaya ketika mengoreng takde buih-buih di minyak.

Cara-cara :

  1. Panaskan margarin bersama minyak sekejap, ketepikan.
  2. Blend udang kering, serbuk kari, serbuk santan, cili blend, garam dan aji.
  3. Letak sedikit air.
  4. Ambil 3 tangkai daun kari, hiris halus-halus masukkan ke dalam tepung, gaul rata.
  5. Masukkan margarin tadi, gaulkan, ramas hingga menjadi macam serbuk roti.
  6. Setelah rata, masukkan air sedikit demi sedikit, uli doh hingga tidak lekat ditangan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi biskut raya, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.