Biskut kacang merupakan makanan kegemaran kebanyakkan orang disebabkan rasanya yang gurih, rangup dan sedap. Biskut kacang biasanya disediakan untuk hari raya mahupun camilan sehari-hari.

Biskut kacang dibuat daripada adunan doh tepung yang dicampur dengan kacang yang sudah dihancurkan. Rasa biskut kacang sangat gurih dan manis serta rangup. Sangat sesuai dijadikan camilan sambil layan cerita, baca buku, berborak dan lain-lain.

Di bawah ini kami mengongsikan resepi biskut kacang yang mendapat perkongsian ramai, dibahagikan di Facebook oleh Norhamidah Hassan. Resepinya sangat mudah dan senang. Sila cuba resepi ini.

Resepi Biskut Kacang

biskut kacang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan buttercup/marjerin.
  • 1 cawan gula aising (kalau tidak suka manis boleh kurangkan sedikit).
  • 2 biji kuning telur.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 1 1/2 cawan tepung kastard.
  • 1 cawan kacang tanah (sangai buang kulit dan blend halus).
  • 1 cawan tepung jagung.
  • Tepung gandum cap ros.

Cara-cara :

1. Masukkan buttercup/marjerin dan gula aising, kacau sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kacau sebati.
3. Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan kacang tanah yang diblend, kacau sampai sebati.
4. Kemudian  masukkan tepung gandum, uli smpai doh tidak melekat di jari.
5. Akhir sekali terap dan letak kuning telur di atas biskut, bakar pada suhu 160’C 15-20 minit.

biskut kacang

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi biskut kacang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.