Peminat tomyam ramai tak? Di sini, kami kongsikan resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni dari cikgu Afy AL Habibi. Dapat pula makan dengan bihun. Perggghh. Pasti terangkat lah bihun tomyam nya. Memang tak panggung kepala dah la. Sedar tak sedar dah licin habis semangkuk.

Resepi Bihun Tomyam

bihun tomyam

Imej via Facebook

Bahan-bahan tumisan awal:

  • 3 helai daun limau purut
  • 4 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 keratan batang daun ketumbar
  • 3 hiris nipis lengkuas
  •  1 inci halia (diketuk)
  • 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya)
  • 1 biji tomato

Cara-caranya:

Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato. Tomato perlu ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali.

Bahan untuk memekatkan kuah:

  • 1 pek asam pedas Adabi
  • 1 pek tomyam Adabi
  • 1 sudu besar Thai Tom-Yum
  • Sos Cili Life
  • Perahan asam limau nipis (1 biji)
  • Garam
  • Gula (Pilihan)

Bahan-bahan lain:

  • Sotong
  • Udang
  • Fishball
  • Sayur pilihan
  • Daun ketumbar
  • Daun limau purut
  • Cili Padi

Cara-caranya:

  1. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
  2. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
  3. Biarkan ayam separuh masak.
  4. Seterusnya masukkan 3 gelas air.
  5. Terus masukkan sayur pilihan.
  6. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa.
  7. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
  8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula. Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ya.
  9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong.
  10. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
  11. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
  12. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.

Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur. Marvellous okay.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.