Acar pisang galo@gala@benggala kesukaan ramai tapi mesti ada yang belum pernah cuba makan bukan?

Pisang benggala atau pisang gala adalah sejenis pisang yang popular di negeri Kelantan. Pisang ini memiliki rasa yang manis. Tetapi pisang benggala jarang dimakan oleh kerana buahnya terlalu padat dengan biji yang keras dan banyak. Pisang benggala selalunya jadi makanan tupai dan burung.

Namun, penggunaan pisang gala yang lebih popular adalah dengan membuat acar pisang. Untuk buat acar pisang, digunakan buah yang masih muda kerana bijinya masih lunak dan boleh dimakan.

Acar pisang terdapat dua cara iaitu acar mentah dan acar dimasak. Pada perkongsian kali ini kami berkongsikan resepi acar pisang gala masak yang dikongsikan oleh Su Rieya di laman Facebook. Acar ini berasa masam-manis dan pedas. Selamat mencuba.

Resepi Acar Pisang Benggala

acar pisang benggala

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sesikat pisang benggala yang masih muda,
  • 2 senduk cili blender,
  • ½ cawan gula,
  • ¼ cawan cuka masakan,
  • 2 labu bawang besar,
  • 3 biji cili merah,
  • 4 ulas bawang merah,
  • 3 ulas bawang putih,
  • Sedikit halia,
  • Sedikit belacan,
  • 1 sudu makan biji sawi,
  • Belacan,
  • Garam,
  • Aji,
  • Santan secukupnya.

Cara-cara :

  1. Potong serong pisang jangan sampai putus. Rendam dengan air garam setengah jam.
  2. Rebus sekejap jangan sampai lembik sangat. Angkat toskan. Tekan-tekan sedikit biar keluar air kelat dia itu.
  3. Tumbuk bawang, halia dan belacan.
  4. Tumis sekejap campurkan cili giling tadi.
  5. Masak sampai garing. Jangan hangus ya.
  6. Masukan gula kacau sekejap.
  7. Masukkan cuka dan biji sawi.
  8. Masukkan bawang besar dan lada basar tadi potong ikut suka masing.
  9. Masukkan santan, garam dan aji. Jika sudah menggelegak masukkan pisang tadi.
  10. Masak sampai sekata pisang dengan kuah. Siap sedia dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain acar pisang benggala, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

 

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.