Sesiapa yang ingin cuba, kami ada resepi colek lada yang serbaguna. Colek air lada sedap sangat dicicah dengan pelbagai aneka makanan seperti tauhu goreng, keropok, cekodok sayur, begedil, dan banyak lagi.

Alangkah sedapnya petang-petang dapat kudap-kudap keropok, cekodok, cicah dengan colek air lada. Colek air lada rasanya pedas-pedas dan manis sedikit. Sekali makan kudapan cicah colek air lada mesti bertambah-tambah makan.

Cara buat colek air lada pula amat mudah. Afy AL Habibi di laman Facebook turut berkongsikan resepi yang ringkas. Selamat mencuba.

Resepi Colek Air Lada

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 6 tangkai cili merah,
  • 2 labu bawang putih jeruk saiz kecil,
  • ½ senduk cuka,
  • 1 senduk gula putih,
  • 2 sudu besar gula Melaka/sekeping nisse,
  • ½ sudu kecil garam.
  • 1 sudu bijan yang telah disangai,
  • Air secukupnya.

Cara-cara :

  1. Kisar cili merah dan bawang putih dengan sedikit air.
  2. Masukkan bahan kisar tadi dalam periuk.
  3. Tambahkan ½ senduk cuka.
  4. Kemudian masukkan 1 gelas besar air.
  5. Perasakan dengan 1 senduk gula putih, 2 sudu besar gula melaka/sekeping nisse, dan ½ sudu kecil garam.
  6. Seterusnya masak di atas api perlahan. Kacau sesekali.
  7. Tutup api selepas colek sudah beberapa kali mendidih dan cukup segala rasa.
  8. Lalu biarkan colek sejuk pada suhu bilik.
  9. Kemudian tambahkan 1 sudu bijan yang telah disangai. Siap, sedia dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain colek air lada, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.