Kebanyakan bahan semula jadi atau organik yang terdapat dalam produk kecantikan adalah lidah buaya ataupun dikenali juga dengan Aloe Vera. Terdapat banyak lagi bahan semulajadi yang digunakan bagi dijadikan produk kecantikan muka.

Produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan sememangnya sangat sesuai untuk kulit gatal seperti sensitif, kemerahan ataupun jerawat.

Adakah Terdapat Bahan Yang Merbahaya Yang Terkandung Dalam Produk Kecantikan Muka?

Amat sukar untuk mencari produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan. Terdapat beberapa bahan berbahaya untuk kulit yang sering terkandung di dalam produk kecantikan muka.

Antaranya seperti SLS, phthalates, parabens, triclosan, siloxanes, resorcinol, BHA, EG compound (polyethelyne glycol), octinoxate, petrolatum atau wangian buatan.

Jadi, cara terbaik untuk mencari produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan adalah dengan menggunakan produk yang mengandungi bahan semula jadi. Jom lihat antara jenis produk kecantikan yang selamat digunakan.

1. The Body Shop – Tea Tree Skin Clearing Facial Wash

produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan

Produk kecantikan muka The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash bercirikan jenis gel yang menyegarkan dan melawan jerawat yang tumbuh pada wajah.

Ia juga berkesan untuk mencegah kotoran jerawat dan mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan. Produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan ini melindungi kulit dari pelbagai masalah kulit termasuklah jerawat dan bintik hitam.

Jadi, anda tidak perlu risau lagi akan kegatalan kulit muka anda kerana ianya selamat dan berkesan.

2. Benton – Snail Bee High Content Skin Toner

produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan

Produk kecantikan muka Benton Snail Bee High Content Skin Toner ini mengandungi pelbagai bahan semula jadi dimana ia dapat membaiki kerosakan pada wajah seperti parut jerawat dan bintik hitam.

Produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan ini juga mampu menghasilkan kolagen dan memberi keanjalan pada kulit wajah anda supaya menjadi lebih segar.

Diekstrak dengan arbutin yang terdapat dalam toner ini juga berfungsi untuk melawan penampilan penuaan setelah beberapa penggunaan.

3. Simple – Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On

produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan

Simple Kind To Eyes Revitalizing Eye Roll On ini merupakan produk kecantikan muka yang memberikan rawatan dan menenangkan kulit di bawah mata sebaik sahaja digunakan.

Ia diformulasikan dengan ekstrak timun, Lupin, Vitamin B5 dan Gliserin yang berfungsi untuk memberikan kesegaran pada bahagian bawah mata.

Produk kecantikan ini sesuai untuk semua jenis kulit yang akan memastikan mata anda berasa lebih segar pada setiap pagi.

4. Kiehl’s Targeted Breakout Treatments

produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan

Sekiranya kulit anda sering mengalami masalah jerawat, produk kecantikan muka yang dikeluarkan oleh Kiehl mungkin adalah penyelesaiannya.

Teksturnya yang bebas minyak dapat mencegah pembentukan jerawat pada kulit dan menjadikan wajah anda kelihatan berseri. Produk ini juga bebas dari paraben dan wangian tiruan.

Ia mengandungi bahan yang diekstrak daripada Cylindrica Root, Vitamin B3 dan Sulfur Mineral yang dapat melindungi kulit anda dari pencemaran udara.

5. Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream

produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan

Himalayan Herbal Nourishing Skin Cream merupakan produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan, sangat sesuai untuk kegunaan harian kerana teksturnya yang tidak melekit.

Ia menawarkan kelembapan yang maksima dan memberikan perlindungan kepada kulit muka sepanjang hari. Selain itu, produk ini juga diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, Cherry dan Kino Tree yang akan menjadikan kulit bebas daripada pencemaran alam sekitar.

6. Dear Dahlia Blooming Blusher

produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan

Produk kecantikan Dear Dahlia Blooming Blusher ini berpigmen sangat tinggi, tahan lama dan dapat menambahkan seri wajah kepada kulit anda selepas sedikit penggunaanya di pipi.

Untuk kemasan yang lebih menarik dan sekata, gunakan berus kecil yang sesuai untuk blusher ini. Ianya selamat dan berkesan untuk menambahkan kecantikan pada muka anda.

7. Zoeva Graphic Eyebrow Pencil

produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan

Produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan ini dikeluarkan oleh jenama solek terkenal ZOEVA yang mempunyai tekstur seperti pomade berkrim.

Anda tidak perlu menggunakannya terlalu banyak kerana sifatnya berpigmen walaupun hanya disapu satu kali. Dengan formula kalis air, ia dapat membentuk alis mata yang sempurna sepanjang hari.

Produk kecantikan ini sesuai untuk gaya yang cantik ke pejabat ataupun menghadiri majlis-majlis tertentu.

8. Physicians Formula The Healthy Lip Velvet Liquid Lipstick

produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan

Gincu dari jenama Physicians Formula ini mengandungi minyak pelembap, ekstrak Avocado serta Vitamin A dan E. Ia berfungsi merawat dan mengekalkan kelembapan di bibir yang sememangnya selamat dan berkesan.

Ditambah dengan formula cecair ringan, gincu ini memberikan kemasan yang berbeza bergantung pada jumlah lapisan yang anda gunakan. Terdapat 13 jenis warna yang boleh dipilih untuk anda, pasti menarik!

9. Pixi Correction Concentrate Concealer

produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan

Pixi Correction Concentrate Concealer merupakan salah satu jenama produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan yang mengandungi ramuan vegan, selamat dan selesa dipakai walaupun setiap hari.

Ia membantu mencerah, menghalus dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri pada setiap penggunaannya. Produk kecantikan muka ini mengandungi Vitamin A, Vitamin E dan buah Rosa Canina yang memberikan penghidratan yang mencukupi pada kulit dan menghalang kesan penuaan awal.

10. Drunk Elephant Bright Night Duo Set

produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan

Serum malam dan minyak muka dari produk kecantikan yang popular ini mengandungi formula teknologi AHA + BHA membantu dalam penghasilan kolagen dan memperbaharui lapisan kulit dengan cepat.

Ianya mengurangkan liang pori terbuka, memulihkan tekstur kulit dan mengembalikan seri wajah yang hilang akibat penuaan. Kandungan minyak Kernel Birrea (Marula) di dalamnya akan mengekalkan kelembapan sehingga kulit anda akan tetap tegang dan anjal secara semula jadi.

Berikut adalah antara produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan yang boleh anda cuba. Jom baca juga Serum terbaik untuk jerawatSerum Murah Terbaik, serum terbaik untuk kulit kering dan Serum terbaik untuk whitehead.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Avatar

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.