Mak adalah segala-segalanya untuk kita. Siapalah kita jika mak tidak menjaga kita dengan begitu baik sekali. Mak adalah wanita yang terkuat pernah kita jumpa, mereka boleh melakukan apa-apa sahaja termasuk memasak, mengemas, didik anak, bekerja dan  macam-macam lagi. Tugas seorang mak bukanlah tugas yang ringan.

Mak kita juga dalam pada masa yang sama ingin berhias dan bercantik-cantik. Kemudian bergambar dengan keluarga, kawan-kawan dan sedara mara. Kita sebagai anak dan suami, perkara apakah yang boleh kita lakukan untuk menggembirakan hati seorang mak dan membuatkan beliau kelihatan sangat cantik?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 perkara yang membuatkan mak menjadi cantik setiap hari. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

perkara buat mak jadi cantik

Imej via Facebook

5 Perkara yang membuatkan mak cantik setiap hari

1. Dia diberikan bajet khusus untuk Self Care diri. Tak perlu banyak tapi yang penting cukup untuk dia merawat dan mencantikkan diri.

2. Dia diberikan masa khusus untuk memanjakan diri sendiri. Kadang tak perlu ke spa atau salon pun. Asalkan diberikan peluang dan masa memang mereka akan cari cara untuk merawat dan mencantikkan diri sendiri.

3. Dia diberikan peluang untuk Self Reward diri sendiri seperti melancong, shopping dan sebagainya. Selepas berhempas pulas menjaga pasangan dan anak anak, Self Reward ni sangat perlu untuk menjaga motivasi dalaman diri. Hilang motivasi diri, maka hilanglah seri.

4. Dia diberikan nafkah batin yang mencukupi keperluan diri. Nafkah batin ini termasuklah pergaulan yang baik dan kasih sayang yang membuatkan hatinya menjadi tenteram dan tenang.

5. Dia perlukan pasangan yang memahami psikologi dan keperluan diri seorang wanita. Perbezaan jantina membuatkan ramai wanita tidak memahami lelaki dan ramai lelaki tidak memahami wanita sedangkan ilmu memahami pasangan adalah ilmu yang sangat penting untuk keharmonian rumahtangga.

*Berikut adalah perkara yang kita boleh lakukan untuk menggembirakan hati seorang mak dan membuatkan beliau kelihatan cantik setiap hari. Jika ada masa lapang, lebih-lebih lagi di musim PKPP ini cuba luangkan masa bersama mereka dan dengar cerita-cerita mereka. Ia dapat menggembirakan hati mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.