Penting bagi seorang ibu memastikan mereka mendapat penjagaan awal kehamilan pada setiap masa.

Hal ini kerana, trimester pertama merupakan tempoh di mana janin masih baru dan ianya sangat berisiko terdedah kepada keguguran disebabkan janin masih belum terbentuk sepenuhnya.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips penjagaan awal kehamilan bagi mengelakkan ibu hamil dari menangung risiko keguguran.

Tips penjagaan awal kehamilan (kandungan trimester pertama)

Berikut ini adalah panduan penting kepada ibu hamil dalam melakukan penjagaan awal kehamilan.

1. Dapatkan rehat yang cukup

penjagaan awal kehamilan

Wanita hamil penting untuk memastikan dirinya mempunyai masa rehat yang cukup. Rehat yang dimaksudkan ini adalah rehat dari segi fizikal dan minda.

Bagi rehat fizikal, ibu hamil perlu pastikan dirinya benar-benar selesa dan seluruh anggota badan bermula dengan ibu jari kaki hinggalah ke kepala juga turut merasai keselesaan itu.

Manakala untuk rehat minda pula ibu hamil perlu tenangkan fikiran dari bebanan masalah atau pekerjaan yang berlegar-legar di kepala.

Cari tempat-tempat yang sunyi dan lapang kerana ia amat membantu dalam kita mencapai ketenangan yang diingini.

Sedut nafas dalam-dalam kemudian tahan untuk beberapa saat sebelum melepaskannya kembali secara perlahan-lahan. 

2. Amalkan pemakanan sihat dan bernutrisi

Untuk pemakanan sihat dalam tempoh trimester pertama, ibu hamil sebenarnya perlu mendapatkan diet yang tinggi asid folik.

Kepentingan asid folik ini semasa hamil tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memastikan bayi tidak mengalami kecatatan pada saluran nafasnya seperti spina bifida.

Saranan bagi ibu hamil, untuk mengambil vitamin tambahan iaitu sebanyak 0.5mg atau 500 mikrogram asid folik setiap hari.

Selain itu, boleh juga dapatkan nutrisi asid folik ini dari makanan harian seperti sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin, hati dan limau gedang.

3. Elak dari stress dan tertekan

penjagaan awal kehamilan

Masalah kesihatan emosi tidak terkecuali menghimpit keadaan ibu hamil. Umum pasti mengetahui bahawa emosi ibu semasa sedang hamil akan sentiasa tidak stabil dan amat mudah sensitif kerana perubahan hormon.

Sebab itulah kita sering lihat ibu hamil cepat berubah-ubah moodnya dan lebih mudah menangis.

Hal inilah yang dikhuatiri selalu kerana ibu hamil mudah terdedah kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan, depresi dan gangguan emosi berpunca dari pelbagai faktor dalaman mahupun luaran, fizikal atau psikososial dan lain-lain.

Ini semua bakal memberi kesan bukan sahaja kepada ibu itu sendiri tetapi kepada anak dalam kandungan juga.

Sokongan dari orang sekeliling khususnya suami dan keluarga penting agar kita dapat memastikan emosi ibu hamil sentiasa dalam keadaan positif.

4. Elak buat aktivtiti berat atau lasak

Jika diperhatikan, ibu hamil akan merasakan penat, lelah, letih, dan segelintirnya pitam oleh kerana masalah tekanan darah yang rendah.

Untuk mengatasi masalah tersebut, kita perlu elak dari melakukan sebarang aktiviti berat atau lasak seperti mengangkat objek-objek atau barang yang berat sebagai salah satu cara penjagaan awal kehamilan.

5. Jaga kebersihan diri dan persekitaran

Sungguhpun ibu hamil disarankan untuk banyakkan berehat, ini tidak bermaksud kita perlu mengabaikan kebersihan diri dan persekitaran.

Sebaliknya berikan perhatian khusus kepada kebersihan kulit, pakaian dan peribadi.

Aspek-aspek ini penting dalam memastikan tubuh badan sentiasa dalam keadaan selesa dan bersih dari kekotoran.

6. Buang tabiat yang tidak baik

Ibu hamil yang seorang perokok atau terdedah pada persekitaran yang ada asap rokok, peminum minuman keras, dan pencandu dadah sepatutnya membuang tabiat yang tidak baik itu dengan segera.

Semua perbuatan yang dinyatakan tadi semestinya memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan.

Risiko yang biasa kita kenal pasti adalah seperti cacat anggota, masalah sistem pernafasan, sakit jantung, dan penyebab kematian.

7. Jangan ambil sebarangan ubat tanpa kebenaran

penjagaan awal kehamilan

Semasa di awal kehamilan, kita akan mengalami perubahan pada tubuh badan. Batuk, selsema, dan badan rasa tidak seperti biasa adalah perkara normal.

Namun begitu janganlah sesuka hati untuk mengambil sebarang ubat yang boleh memudaratkan diri.

Ambil ubat hanya apabila ia telah dipreskripsi oleh doktor. Pastikan kita mendapat kebenaran dan nasihat doktor sebelum meneruskan pengambilan sebarang ubat.

Ini kerana, ada sesetengah ubat-ubatan tertentu boleh memudaratkan kandungan.

8. Dapatkan konsultasi dan nasihat dari doktor

Di sinilah pentingnya ada buku pink untuk ibu mengandung supaya segala perubahan kesihatan kita sepanjang kehamilan boleh direkodkan dan dicatat untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor.

9. Minta perlindungan Tuhan selalu

Setelah kita berusaha sebaik mungkin untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan, seterusnya kita perlu berserah kepada Tuhan untuk meminta perlindungan sentiasa.

Lazimkan diri sentiasa berdoa dengan meminta segala urusan dipermudahkan oleh Nya.

Selain dari tips mengenai tips penjagaan awal kehamilan ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:

Rujukan:

  1. Infomasi Untuk Ibu Hamil Sepanjang Tiga Trimester Sebelum Melahirkan Bayi. Doctor On Call
  2. The First Trimester of Pregnancy. Healthline
  3. Cara Menjaga Kehamilan Di Trimester Pertma Untuk Elak Keguguram. The Asian Parent

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.