Kaki bengkak semasa mengandung antara isu yang sering menjadi keluhan para ibu di luar sana.

Ramai mungkin tertanya-tanya, apakah sebab yang menjadi punca ia berlaku dan bagaimanakah pula untuk melegakan kesakitan tersebut?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah kaki bengkak semasa mengandung dan cara untuk merawatnya.

Kaki bengkak semasa mengandung, normal ke?

kaki bengkak semasa mengandung

Masalah bengkak kaki semasa mengandung atau juga dikenali sebagai edema adalah perkara biasa yang berlaku kepada kebanyakkan ibu hamil.

Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja sepanjang tempoh kehamilan. Dan yang paling ketara sekali adalah ketika masuk pada trimester ketiga, penghujung hari dan cuaca panas.

Walaupun keadaan ini selalu berlaku, para ibu pastinya akan melalui fasa yang sangat tidak selesa serta membatasi untuk melakukan aktiviti harian di mana-mana.

Penyebab bengkak kaki semasa mengandung

kaki bengkak semasa mengandung

Penyebab kepada masalah kaki bengkak ketika hamil boleh disebabkan beberapa perkara. Berikut adalah antara penjelasan tepatnya:

1. Saiz bayi yang membesar

Usia kandungan yang bertambah dan saiz bayi yang semakin besar dalam kandungan sehingga menyebabkan rahim menekan dan menyekat urat yang mengembalikan darah daripada kaki ke jantung.

2. Air berkumpul dalam anggota badan

Penyebab lain terjadinya pembengkakan pada tubuh adalah disebabkan bertambahnya air yang dihasilkan tubuh.

Pada waktu ini, anda akan menghasilkan kira-kira 50% lebih banyak darah dan cairan tubuh daripada biasanya. Yang mana air ini berfungsi untuk membantu pertumbuhan janin di dalam perut.

Selain itu, lambatnya aliran air yang terjadi pada tubuh ibu hamil menyebabkan berlaku penumpukan cairan. Justeru tidak hairanlah jika anda menemukan beberapa bahagian tubuh badan anda berlaku pembekakan.

3. Perubahan hormon wanita

Hormon juga akan membuatkan dinding vena menjadi semakin lembut. Justeru itu, ini akan lebih menyukarkan lagi seseorang itu untuk menjalankan tugasnya dengan betul.

Cara untuk rawat kaki bengkak

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk rawat kaki bengkak. Berikut adalah antara petua atau tips yang sesuai dilakukan.

1. Tuam ais di kawasan bengkak

Tuam ais di kawasan bengkak memberi manfaat reaksi pada pembuluh darah yang mengecut jika didedahkan kepada cuaca sejuk.

Hal ini semestinya akan menyebabkan berlakunya penurunan bekalan darah dan juga mengurangkan reaksi keradangan.

2. Alas kaki dengan bantal

Alas kaki dengan bantal ketika duduk atau baring untuk elakkan darah terkumpul pada satu bahagian sahaja.

3. Gunakan kasut yang sesuai dengan kaki

Pastikan pakai kasut yang sesuai pada saiz kaki anda untuk elak kaki lebih bengkak. Elak dari pakai kasut bertumit tinggi dan pakaian yang ketat sehingga mengganggu peredaran darah pada pergelangan tangan, buku lali atau kaki.

4. Buat senaman

Jangan malas dan biarkan kaki anda tanpa pergerakan. Rajinkan diri bersenam setiap hari contohnya berjalan di kawasan rumah sambil menghirup udara segar.

5. Makan makanan yang kaya dengan kalium

Kalium adalah mineral berupaya menjaga keseimbangan cairan tubuh. Pengambilan makanan yang mengandungi kalium dikatakan mampu untuk menyelenggarakan kesihatan sistem saraf dan otot dengan baik.

Antara makana yang tinggi kandungan kalium adalah seperti pisang, bayam, tomato, daging, susu dan kekacang. 

Bila perlu jumpa doktor

Sekiranya ibu mengalami masalah ini secara berlanjutan dalam jangka masa yang lama sehingga menyukarkan kehidupan seharian, ibu boleh segera berjumpa dengan doktor.

Hal ini kerana, dikhuatiri gejala ini memacu kepada masalah kesihatan praeklampsia atau trombosis.

Seseorang yang menghidap praeklampsia atau trombosis akan melalui simptom seperti yang berikut seperti:

  • Bengkak yang teruk pada muka, tangan dan kaki
  • Pening kepala yang teruk
  • Gangguan penglihatan
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Sebelah kaki membengkak dan betis kemerah-merahan

Selain dari kaki bengkak semasa mengandung ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:

Sumber:

  1. Mengapa Kaki Bengkak Ketika Hamil. Jabatan Kesihatan Negeri Perak
  2. Ways to Manage Swollen Legs and Feet During Pregnancy. UT Southwestern Medical Center
  3. What Causes Ankle Swelling During Pregnancy. Mayo Clinic

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.