Pada awal fasa kehamilan, si ibu masih boleh bergerak dengan bebas dan tiada masalah lagi kerana perut masih belum membesar. Tetapi masih perlu berhati-hati. Si ibu boleh bergerak dan berjalan dengan pantas tanpa ada masalah cuma kene kurangkan aktiviti lasak seperti mengangkat barang berat.

Selepas itu, pada fasa pertengahan pula, perut akan mula membesar dan si ibu akan mula rasa cepat penat. Mereka tidak dapat bergerak dengan pantas dan ada masalah jika terlebih menjalankan aktiviti harian. Mereka terpaksa menghadkan aktiviti mereka dan lakukan aktiviti yang perlu sahaja dan jangan melebih-lebih.

Tiba lah fasa yang terakhir iaitu, apabila usia kandungan sudah mencapai 7 bulan, macam-macam sakit yang akan dirasai oleh si ibu. Kaki akan mula membengkak dan kejang. Perkara yang tidak seronok adalah apabila si ibu merasai kekejangan pada kaki. Bagaimana kaki si ibu boleh kekejangan?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai punca-punca kekejangan kaki semasa hamil dan cara mengatasinya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Kekejangan kaki berlaku semasa hamil

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Cara melegakan kesakitan

  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Cara mengelakkan kekejangan

  • Pastikan anda minum susu dan ambil calcium tambahan ketika mengandung

*Kekejangan kaki semasa hamil adalah perkara yang akan dirasai oleh ibu hamil. Untuk mengelakkan daripada kekejangan kaki, pastikan si ibu mendapatkan kalsium tambahan seperti susu untuk kekuatan tulang. Pelbagai jenis susu untuk ibu hamil yang dijual di pasaraya, maka boleh dapatkannya di mana-mana pasaraya sahaja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.