Adakah kiraan BMI sesuai untuk anda?
Kiraan BMI sesuai digunakan oleh semua lelaki dan wanita dewasa yang berusia 18 hingga 64 tahun. Walau bagaimana pun, kiraan BMI tidak sesuai digunakan oleh:
Kanak-kanak
Ibu mengandung
Individu yang sangat berotot seperti atlet dan ahli bina badan
Warga tua yang telah mengalami kehilangan jisim otot
Kenapa anda perlu kira BMI?
Jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, kiraan BMI adalah sangat membantu. Dengan kiraan BMI, anda akan tahu sama ada anda sekarang berada pada tahap kekurangan berat badan, berat badan unggul, berlebihan berat, atau obes. Dari sini, anda boleh tetapkan target berapa kilogram yang perlu dibuang untuk mendapatkan berat badan unggul.
Apakah kategori BMI?
Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, BMI boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu:
Kurang berat badan: BMI bawah 18.5
Berat badan unggul: BMI antara 18.5 – 24.9
Lebih berat badan: BMI antara 25 – 30
Obes: BMI antara 30 atau lebih
Sumber: Coach
Bagaimana cara untuk anda mengira BMI?
Formula BMI adalah sangat mudah. Apa yang anda perlukan ialah berat badan & tinggi. Apabila anda dah dapat kedua-dua info tersebut, anda boleh gunakan formula kiraan berikut:
Sumber: Walevictor
Sebagai contoh, katakan berat badan anda ialah 70 kilogram, manakala tinggi anda ialah 165 cm. Maka anda perlu bahagikan 70 kilogram dengan 1.65 meter x 1.65 meter. Anda akan dapat berapa kiraan BMI anda. Contoh seperti dibawah:
Berat Badan = 70kg
Tinggi = 165cm = 1.65M
Maka, BMI = 70kg / (1.65m x 1.65m) = 25.7
BMI anda ialah 25.7. Anda boleh rujuk carta BMI di bawah untuk mengetahui anda masuk kategori berat badan yang mana.
Sumber: Bmicalculator guru
Dengan BMI sebanyak 25.7, anda berada dalam kategori overweight iaitu lebihan berat badan. Berat badan yang unggul untuk anda ialah di antara 51 kg hingga 67 kg. Ini adalah berat badan yang perlu anda target. Maksudnya, anda perlu hilangkan sekurang-kurangnya 3 kilogram. Tak banyak pun, kan.
Untuk lagi mudah, anda boleh download online BMI calculator atau masukkan data di website yang menyediakan perkhidmatan mengira BMI secara percuma. Di antara website yang boleh anda lawati ialah:
Manakala untuk application di playstore, di antara applikasi percuma yang boleh anda download ialah:
Weight Log & BMI Calculator
BMI Calculator- Weight Loss & BMR Calculator
BMI Calculator
Body Mass Index BMI Calculator
BMI Calculator & Weight Loss Tracker
BMI Calculator Free
Jika anda pengguna Iphone, anda boleh download applikasi berikut di Appstore:
BMI Calculator – Weight Loss
BMI Calculator %
My Diet Coach – Weight Loss
BMI Calculator – Weight Tracker
BMI Calculator For Women & Men
Clinicalc Medical Calculator
Children BMI Calculator
BMI Calculator Expert
NIH BMI Calculator
ActiBMI
Adakah kiraan BMI boleh menentukan dengan tepat bahawa anda mempunyai berat badan yang unggul?
Bagaimana? Apakah kategori berat badan anda? Berapa kilogram yang perlu anda tambah atau buang untuk mencapai berat badan unggul?
Sumber: Bmicalculator
Walau bagaimana pun, kiraan BMI bukanlah satu-satunya cara untuk mengira sama ada anda mempunyai berat badan yang unggul atau pun tidak. Terdapat beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi kiraan BMI anda. Di antaranya ialah:
Bentuk badan. Kiraan BMI tidak dapat membezakan di antara berat otot dan berat lemak. kedua-duanya dianggap sebagai berat lemak. Jadi, jika anda seorang yang sangat berotot seperti ahli bina badan, atau seorang yang selalu pergi ke gym, apabila menggunakan formula kiraan BMI, anda akan mendapat BMI yang tinggi. Tapi ini tak bermakna anda mempunyai berat yang berlebihan atau obes.
Struktur tulang. Jika anda jenis berangka besar dan mempunyai tulang yang padat dan berketumpatan yang tinggi, anda juga akan mendapat BMI yang tinggi.
Tahap kecergasan. BMI tidak dapat menilai tahap kecergasan anda. Mungkin selepas kiraan BMI, anda jatuh ke dalam kategori berlebih berat badan atau obes, tapi boleh jadi anda seorang yang sangat cergas dan fit. Lebihan berat badan tidak menjejaskan kecergasan anda. Oleh itu, jangan terus berasa down jika kiraan BMI anda bukannya berat badan unggul. Tahap kecergasan dan kesihatan adalah jauh lebih penting berbanding kiraan BMI.
Apakah risiko sekiranya BMI anda adalah berlebihan berat badan, obes, atau kekurangan berat badan ?
Kebiasaannya, berat badan berlebihan, obes, atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko anda mendapat masalah kesihatan dan mengidap penyakit kronik yang boleh menjejaskan kesihatan. Namun, kiraan BMI bukanlah kayu pengukur yang menentukan sama ada anda cergas dan sihat. Ia hanyalah salah satu alat untuk mengira, dan ianya tidak semestinya tepat.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang?
Sekarang anda dah tahu di mana kedudukan anda. Kalau anda memiliki berat badan unggul, tahniah kami ucapkan. Jika anda mempunyai kurang berat badan, atau berlebihan berat badan, anda perlu tetapkan target. Berapa kilogram yang perlu ditambah atau dikurangkan untuk mendapat berat badan unggul.
Apabila dah dapat target, bolehlah anda mula jaga pemakanan dan mula bersenam.
Sumber: Indianexpress
Itulah dia perkongsian kami tentang BMI untuk hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang khasiat daun kari , khasiat minyak zaitun , dan khasiat madu lebah .