Apabila kerajaan telah mengumumkan Work From Home (WFH) atau belajar secara online di rumah, rata-rata yang memerlukan telefon bimbit atau laptop untuk akses aktiviti pembelajaran dan pekerjaan.

Selagi boleh jimat, pasti anda inginkan harga yang berpatutan dan berbaloi bukan? Tapi jangan lupa untuk semak spesifikasinya terlebih dahulu, penting untuk lihat kegunaan dan kualitinya.

Jom lihat antara laptop terbaik 2022 menarik yang pastinya berbaloi untuk kegunaan anda atau anak-anak.

Acer Aspire 5

laptop terbaik

Bagi anda yang mencari laptop pertama, Acer Aspire 5 ini sangat sesuai dan merupakan laptop terbaik untuk anda guna. Ia lengkap dengan papan kekunci lampu latar, mempunyai proses pantas (AMD Ryzen 7) dan ia juga tidak terlalu besar iaitu kurang dari 2Kg.

Penggunaan yang lama juga tidak menjadikannya terlampau panas malah volume laptop ini sangat baik.

Asus ROG Zephyrus G14

laptop terbaik

Tahukah anda, Asus ROG Zephyrus G14 ini merupakan laptop terbaik 2021 dimana ia mempunyai spesifikasi yang tertinggi dan bakal memudahkan anda.

Sama ada untuk kegunaan kerja pejabat, peribadi atau bermain game sekalipun, prestasinya cukup efektif, pantas dan terbaik. Bentuknya juga amat cantik dan penuh style!

Paparan skrin laptop ini adalah anti-silau manakala jangka bateri pula sangat kuat iaitu bertahan kira-kira 11 jam ke atas. Terdapat juga pengimbas cap jari pada laptop terbaik 2022 ini.

Dell Inspiron 15 (3505)

laptop terbaik

Siapa yang tak kenal laptop Dell, jenama laptop dan komputer yang tersohor di dunia. Dengan harga yang mampu milik serendah RM 2000 ke bawah, anda boleh dapatkan Dell Inspiron 15 dengan 8 GB RAM bersama 256 SSD tambahan 1 TB HDD.

Ia menggunakan cip prosessor AMD Athlon Silver dan tidak terlalu berat beratnya kira-kira bawah 2 kg sahaja. Tidak menjadi halangan untuk anda bawa ke mana sahaja.

Asus M415D-ABV119T

laptop terbaik

Asus sangat terkenal sebagai salah satu jenama laptop terbaik di Malaysia. Dengan harga yang berpatutan dan mampu milik, ia sangat berbaloi dengan kegunaan dan ciri-cirinya.

Sama seperti laptop Dell Inspiron 15, Asus M415D-ABV119T ini mengandungi cip AMD Athlon Silver. Ia telah dipadankan dengan 4GB dan 512 SSD. Kapasiti memori yang tinggi membolehkan anda menggunakannya dalam jangka masa yang panjang tanpa bimbang.

Apple MacBook Air (M1, 2020)

laptop terbaik

Apple Macbook Air menjadi kegilaan ramai dimana ia didatangkan dengan 3 variasi iaitu emas, perak dan kelabu perak (space gray). Macbook sangat tinggi kuasanya dimana dapat menjimatkan tenaga dan bateri juga 30& lebih lama daripada laptop lain.

Cip laptop terbaik ini sangat berkualiti, pad sentuhanm paparan dan papan kekuncinya juga sangat baik dan selesa digunakan. Sekiranya anda pernah menggunakan laptop dan kemudian beralih ke Macbook, pastinya ia lebih selesa dan menarik digunakan.

Lenovo IdeaPad 3

laptop terbaik

Menggunakan prosessor AMC Athlon, laptop terbaik berjenama Lenovo IdeaPad3 ini memiliki 4GB RAM dan 256 SSD kapasiti memori. Saiz skrin 14 inci ini memudahkan urusan pekerjaan harian anda. harganya juga sangat berpatutan iaitu bawah dari RM 2,000.

HP Specter x360 14

laptop terbaik

Laptop terbaik HP Specter x360 14 mempunyai tenaga yang sangat kuat. Bateri dan penggunaannya adalah bertahan sehingga 17 jam dan ia hanya memerlukan masa selama 45 minit sahaja untuk penuh separuh bateri.

Selain itu, terdapat 2 pilihan prosessor yang boleh anda pilih. Antaranya adalah Intel Core i5-1135G7 lengkap dengan 8GB RAM pada harga RM6,099 manakala satu lagi adalah Intel Core i7-1165G7 serta 16GB RAM pada harga RM7,099. Anda boleh memilih mana-mana mengikut bajet anda sendiri.

JOI Book 155 Pro

laptop terbaik

Jarang anda dengar akan jenama JOI Book 155 Pro ini bukan? Namun tahukah anda, laptop terbaik ini adalah jenama laptop buatan Malaysia. Dengan harga yang mampu milik bawah RM 2,000, ia amat sesuai digunakan untuk kerja atau pembelajaran.

Cip Intel Celeron N4120 beserta Intel UHD Graphics digunakan dalam laptop ini. Kualitinya juga terbaik dengan berat yang agak ringan iaitu 1.43 kg sahaja. Maka, mudahlah untuk anda bawa ke mana sahaja.

DELL XPS 13 2-IN-1

laptop terbaik

Ramai yang jatuh cinta dengan Dell XPS 13 2 in 1 ini kerana bentuknya yang begitu tipis. Namun ia agak sedikit lebar. Selain Windows 10, ia juga didatangkan dengan Windows Hello dan Windows Ink. Laptop terbaik ini sangat menarik untuk digunakan.

Kualiti laptop ini juga terletak pada kuasa prosessor Intel Core generasi 7 dan RAM 16 GB. Memori penyimpanannya pula adalah SSD dengan kapasiti 512 GB.

Lenovo Thinkpad X1

laptop terbaik

Salah satu jenis laptop berjenama Lenovo adalah Lenovo Thinkpad X1 Carbon. Kualiti laptop terbaik ini dikatakan setanding dengan Macbook Pro 13 dari segi spesifikasinya. Hebat bukan?

Lenovo Thinkpad X1 memiliki port yang sangat banyak, memiliki software yang lebih luas dan besar iaitu bersifat open source serta close source, malah ia memiliki komponen yang pelbagai untuk diupgrade bergantung kepada bajet pembeli.

Lenovo Thinkpad X1 juga merupakan satu inovasi yang sangat berbaloi untuk pengguna laptop yang menggunakan teknologi secara secara kerap atau 24 jam.

Microsoft Surface Pro 7

laptop terbaik

Model Microsoft Surface Pro 7 ini boleh digunakan sebagai tablet kerana rupa bentuknya yang fleksibel. Ia juga tidak berat iaitu 1kg sahaja beratnya dan sangat mudah dibawa ke mana-mana. Jika tidak cas, bateri dapat bertahan sehingga 6 jam.

Huawei Matebook D 15

laptop terbaik

Huawei Matebook D 15 ini sangat sesuai digunakan untuk pelajar universiti. Ciri laptop terbaik ini amat ringan, skrin pula 15,6 inci menampakkan ia cukup kemas dan mewah. Ia boleh disimpan di dalam beg dan sangat mudah dibawa ke mana-mana.

Laptop jenama Huawei ini juga menggunakan mesin CPU dan GPU AMD Ryzen dan baterinya tahan selama 5.5 jam. Nampak seperti tak terlalu lama tempoh masa, namun penggunaan USB-C akan menjadikan cas bateri ini lebih cepat.

Apple Macbook Pro

laptop terbaik

Apple MacBook Pro dikatakan laptop terbaik 2022 yang boleh anda pilih untuk membuat sebarang kerja secara online. Ia sama seperti anda gunakan iphone dan juga peranti Apple yang lain. Jangka hayat baterinya juga agak lama kira-kira 11 jam.

Ciri-ciri terbaik boleh anda dapatkan adalah ia mempunyai paparan retina 16 inci, ruang penyimpanan sebesar 512 Gb dan prosessor Intel Core i7.

HP ProBook 450

laptop terbaik

HP Probook yang diperbuat dari Amerika Syarikat ini amat terkenal sebagai laptop gaming. Ia juga sesuai untuk kerja grafik, photoshop dan AutoCAD.

Kelebihan laptop terbaik ini adalah ia lengkap dengan VGA connector dan HDM1, maka ia sesuai untuk Dota, GTA V, CO Duty dan lain-lain lagi. HP probook 450 ini juga memiliki teknologi sistem keselamatan thumbprint, card reader dan juga jack audio.

HP PAVILION 14

laptop terbaik

HP Pavilion 14 amat sesuai digunakan untuk orang muda atau pelajar. Maklumlah, ia mempunyai rangkaian USB Type-C dan Port HDMI, maka mudah untuk menghubungkan laptop dengan mesin di mana-mana.

Ia dilengkapi dengan Windows 10 home yang baru, merangkumi CPU Intel Core i5-8250U generasi 8, Intel UHD Graphics 620 GPU, RAM 8GB dan SSD 256GB dan hayat bateri adalah selama 11 jam.

Pelbagai pilihan laptop terbaik 2022 boleh anda lihat. Namun, pilihlah mengikut kesesuaian penggunaan anda. Jom baca juga Smartphone terbaik di Malaysia, Produk Hilangkan Parut, Skincare Korea terbaik dan Day Cream Terbaik.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.