Mencari lip balm terbaik untuk bibir? Bibir kering merupakan masalah utama yang mungkin berlaku dalam kalangan wanita. Oleh itu, pemakaian lip balm sangat penting dalam penjagaan bibir. Namun, tidak semua lip balm sesuai bagi setiap individu.

Salah pakai akan menyebabkan bibir menjadi lebih kering dan luka. Jom lihat antara 10 lip balm terbaik pasti membuatkan seseorang itu tampil cantik dan menawan.

1. NIVEA Lip Balm Med Repair

lip balm terbaik

Lip balm Nivea Med Repair ini sememangnya elok untuk semua jenis kulit bibir dimana ia melembabkan kulit dan membekalkan nutrisi vitamin E dan meningkatkan seri bibir.

Selain itu, lip balm terbaik ini juga akan melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB dimana bibir tidak akan mudah kering dan sakit. Menariknya, ia mengandungi SPF 15 sesuai dipakai untuk anda yang bekerjaya dan sering terdedah kepada sinar matahari.

2. NIVEA Lip Care Caring Lip Balm

lip balm terbaik

Berperisa strawberry, pastinya Strawberry Shine Caring Lip Balm Nivea ini menjadikan bibir anda segar dan berseri-seri setelah memakainya. Ia akan tahan lama dan menampakkan bibir lebih halus, lembut dan mugil.

Warna lip balm terbaik dari Nivea ini sangat cantik dan menyerlah pasti membuatkan anda tampil bergaya setiap kali memakainya. Walaupun berada dirumah, anda boleh oleskan lip balm ini untuk memastikan kesegaran dan kelembapan yang berpanjangan.

3. AVON Simply Pretty Smoothies Lip Balm

lip balm terbaik

Bagi wanita yang sukakan kelainan, terdapat 3 jenis perasa bagi lip balm terbaik dari Avon ini. Ianya adalah perasa betik, mangga dan peach serta kandungan yang selamat untuk bibir.

Lip balm terbaik ini mengawal bibir daripada menjadi kering dan kekurangan air. Ia akan melembabkan bibir dengan lebih sihat dan segar. Malah, setelah memakainya, warna bibir akan bertukar merah lembut.

4. WELL NATURE Moisture Seed Lip Care

lip balm terbaik

Sangat eksklusif dan mempunyai fungsi yang terbaik berbanding lip balm yang lain, Well Nature lip balm ini diperbuat daripada buds (germinated seeds) yang merupakan tumbuhan yang sangat hebat khasiatnya.

Ia melindungi bibir dari segala kotoran radikal dan mengelakkan daripada merekah. Siapa sangka lip balm terbaik ini kaya antioksidan yang menjadikannya lebih lembut, segar dan lembab sehingga bibir nampak lebih muda dan cantik.

Ia juga dapat membuang sel kulit mati pada bibir dan berfungsi sebagai detoks kulit dalam memastikan kulit bibir sentiasa cantik berseri-seri.

5. Lip TREATMENT WAWA Cosmetic

lip balm terbaik

Nampak sangat comel dan eksklusif lip balm ini, namun ramai yang belum tahu bahawa selain mencantikkan bibir anda, ia juga berfungsi sebagai rawatan bibir. Bukan sahaja mencantikkan bibir, tetapi jika ada masalah bibir ia bakal melindungi bibir anda.

Lip Treatment Wawa Lip Balm ini dapat mengekalkan kelembapan bibir, menjadikan bibir anti kedut atau melambatkan penuaan bibir dan kesannya menampakkan bibir munggil. Ia juga lengkap dengna SPF 15 untuk memastikan bibir sentiasa cantik walau terkena cahaya matahari.

6. MAC Charm Lip Balm

lip balm terbaik

Lip Balm terbaik berjenama Mac ini tak pernah mengecewakan. Ia menjadikan bibir lebih lembut dan lembab penuh segar. Tak perlu ragu-ragu lagi jika anda alami masalah bibir kering, merekah atau kusam. Namun, ia tidak sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung.

7. Gel Semmimate Lipstick Mary Kay

lip balm terbaik

Seperti yang kita tahu, Mary Kay adalah jenama kosmetik yang sangat dikenali dan berkonsepkan semulajadi. Lip Balm Gel Semmimate ini dapat menghaluskan bibir tanpa ada rasa kering, memberi keselesaan pada bibir dan pastinya melembabkan bibir.

Jika bibir anda kering, ia sangat sesuai dipakai kerana ia akan kembalikan kelembapan bibir. Malah, warna lipstik atau lip balm ini juga akan kekal. Sambil sihat, sambil cantik!

8. SEBAMED Lip Defence SPF 30

lip balm terbaik

Sebamed merupakan jenama yang sangat terkenal dan digalakkan oleh doktor. Tidak hairanlah lip balm terbaik ini dapat melindungi tisu bibir dari sinaran UVA dan UVB serta kulit terbakar.

Ia mengandungi vitamin E yang berfungsi melindungi bibir yang sensitif, minyak jojoba pula dapat mengatasi masalah kulit bibir kering. Lip balm lengkap dengan Dermatologi Test ini didatangkan dengan 3 perasa iaitu biasa, ceri dan juga strawberry.

9. Eucerin Lip Active Lip Balm 

lip balm terbaik

Eucerin Lip Active Lip Balm ini juga diperkayakan dengan vitamin E dan spf 15. Sesuai bagi bibir kering, merekah dan kurang lembab, ia membantu melembabkan bibir dan melindungi bibir dari sinar uv dan radikal bebas yang mungkin terdedah setiap hari.

Pendek kata, Eucerin lip balm ini membekalkan vitamin dan nutrisi terbaik untuk bibir sekaligus menyihatkan bibir anda. Kata orang, nak cantik biarlah sihat sekali. Oleh itu, pilihan lip balm terbaik ini amat disarankan.

10. Himalaya Lip Balm 

lip balm terbaik

Kandungan herba semulajadi, lip balm dari Himalaya ini sangat elok digunakan untuk semua jenis masalah bibir. Sama ada bibir kering, kusam dan sensitif, ia dapat kembalikan keserian dan bibir lebih sihat sepanjang hari.

Nampak sedikit berbeza dengan lip balm yang lain, tetapi anda akan tahu keselesaan dan keseronokannya setelah menggunakan lip balm terbaik ini. Jom cuba Lip Balm Himalaya Herbal ini, pasti bibir akan lebih menawan.

adalah antara pilihan lip balm terbaik yang pasti akan membuatkan anda tampil menawan. Pilih sahaja mana satu yang anda inginkan. Jom baca juga toner terbaik untuk kulit kering, toner terbaik untuk kulit kusam dan toner terbaik untuk jeragat.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.