Artikel ini adalah info tentang halba yang mungkin kita tidak tahu. Jom kita belajar tentang khasiat halba.Banyak sebenarnya khasiat halba untuk kesihatan.
Sebelum itu, apakah itu halba? Pernah makan nasi dagang yang terkenal di Pantai Timur Malaysia? Kalau pernah, anda pasti akan nampak terdapat biji-biji kecil berwarna coklat dalam nasi dagang. Biji kecil itu adalah sejenis herba yang dipanggil halba atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagi fenugreek.
Halba merupakan sejenis herba bersaiz kecil yang sangat banyak manfaatnya. Ia bukan sahaja murah, malah sangat mudah didapati di kedai. Jadi, sangat rugi sekiranya kita tidak mengamalkan halba sebagai makanan tambahan seharian kita.
Halba mengandungi kolesterol, lemak tidak sihat dan natrium yang rendah. Ia turut mengandungi serat, protein, karbohidrat, zat besi, mangan dan magnesium.
Di sini, kami senaraikan 5 kebaikan halba untuk kesihatan anda.
Susu ibu adalah makanan dan minuman utama bagi bayi terutama bayi baru lahir. Khasiat susu ibu sememangnya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana susu untuk bayi. Namun, ada sesetengah ibu yang tidak dapat menghasilkan susu ibu yang mencukupi buat bayi mereka.
Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan, halba didapati menjadi alternatif yang selamat untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu.
Satu kajian selama 14 hari kepada 77 orang ibu baru mendapati bahawa minum teh halba dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu dan membantu bayi menambah berat badan.
Satu lagi kajian dilakukan dengan memisahkan 66 orang ibu kepada tiga kumpulan: satu menerima teh halba, yang kedua memakan makanan yang dipadankan dengan selera dan ketiga tidak menerima apa-apa. Para penyelidik mendapati peningkatan yang agak besar dalam pengeluaran susu ibu.
Namun begitu, hasil perahan susu yang disukat dalam ketiga-tiga kumpulan tersebut menunjukkan kumpulan yang ibu yang diberi teh herba menghasillan susu ibu yang lebih banyak berbanding ibu dalam kumpulan yang lain.
Seterusnya khasiat halba untuk kolestrol. Halba juga merupakan salah satu alternatif rawatan kepada pesakit kencing manis, sama ada diabetes jenis 1 atau 2.
Dalam satu kajian pada pesakit kencing manis jenis 1, penyelidik menambah 50 gram serbuk halba kepada makan tengah hari dan makan malam para peserta selama 10 hari. Peningkatan sebanyak 54% didapati dalam pembersihan gula dalam darah selama 24 jam, bersama dengan pengurangan jumlah dan kolesterol LDL.
Manakala, satu kajian lain turut dijalankan dengan memberi halba kepada peserta bukan diabetes dan menyaksikan pengurangan kadar gula dalam darah sebanyak 13.4% selepas 14jam pengambilan halba.
Selain itu, satu kajian yang diterbitkan dalam “Penyelidikan Jurnal Antarabangsa untuk Penyelidikan Vitamin dan Pemakanan” turut mendapati bahawa halba boleh membantu dalam rawatan diabetes. 24 orang sukarelawan dengan diabetes jenis 2 mengambil 10 gram halba dalam bentuk serbuk yang sama, 1 kumpulan bercampur dengan yogurt manakala 1 kumpulan lagi direndam dalam air panas.
Bagi kumpulan yang mengambil halba dengan air panas, kajian mendapati ia menurunkan kadar gula darah sebanyak 25%, trigliserida sebanyak 30% dan lipoprotein ketumpatan rendah (VLDL) kolesterol sebanyak 30%.
Walau bagaimanapun, bagi kumpulan yang mengambil halba bersama yogurt, ia tidak memberi kesan yang signifikan ke atas para sukarelawan.
Kajian kecil ini menunjukkan bahawa ia lebih berkesan untuk mengambil halba sebagai teh atau campuran dengan air panas untuk manfaat kesihatan. Kebaikan ini mungkin berlaku kerana peranan halba dalam meningkatkan fungsi insulin. Ini kerana halba mengandungi kandungan serat yang tinggi.
Ini pula khasiat halba untuk kurus badan. Bagi anda yang bercadang untuk menurunkan berat badan, halba merupakan salah satu cara yang ideal untuk anda mengawal selera makan. Apabila selera makan dapat dikawal, berat badan dapat dikurangkan kerana anda akan kurang makan.
Halba mempunyai kandungan serat yang tinggi. Gabungan pengamalan halba beserta diet yang rendah karbohidrat sangat membantu anda untuk menurunkan berat badan.
Jurnal Farmakologi Klinikal Eropah menerbitkan satu kajian yang mengkaji kesan ekstrak biji halba pada 40 orang lelaki yang berlebihan berat badan tetapi sihat tubuh badan. Subjek dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu yang mengambil biji halba dan tidak mengambil biji halba dalam tempoh 6 minggu.
Kajian mendapati bahawa mereka yang mengambil biji halba makan makanan yang kurang lemak berbanding mereka yang tidak mengambil halba.
Terdapat juga kajian lain yang dijalankan terhadap individu yang berlebihan berat badan, tetapi mereka diberi kuantiti halba yang berbeza. Hasil dapatan menunjukkan, mereka yang mengambil kuantiti halba yang banyak, lebih kurang makan makanan yang mengandungi lemak berbanding mereka yang mengambil halba dalam kuantiti yang sedikit.
Kesimpulannya, halba membantu individu untuk mengawal selera makan dan membantu mengurangkan pengambilan lemak.
Halba juga merupakan makanan tambahan yang perlu diamalkan oleh kaum lelaki. Ini kerana, halba dipercayai dapat meningkatkan hormon testosteron yang meransang keinginan seksual, mengelakkan ejakulasi awal dan melegakan kesakitan di bahagian prostat.
Penyelidikan Phytotherapy menerbitkan satu kajian yang menyiasat kesan ekstrak halba terhadap 60 orang lelaki (berusia 25 hingga 52 tahun) tanpa sejarah mati pucuk. Para sukarelawan mengambil 600mg halba sehari (2kali makan sehari) selama 6 minggu. Mereka sendiri melaporkan peningkatan ejakulasi yang signifikan dan keinginan seksual. Sukarelawan juga melaporkan peningkatan dalam tahap tenaga, kekuatan dan ketenangan.
Selain itu, Jurnal Antarabangsa Pemakanan Pemakanan dan Metabolisme Latihan turut menerbitkan satu kajian mengenai kesan halba pada lelaki muda yang bersenam secara teratur. Subjek dalam kajian ini mengambil 500mg halba sehari. Kajian menunjukkan bahawa halba membantu mengurangkan peratusan lemak badan dan meningkatkan testosteron.
Bahan aktif dalam halba membantu merehatkan otot-otot dan mengelakkan daripada berlaku kekejangan. Secara tidak langsung, ia dapat membantu kesakitan sewaktu senggugut. Malah, halba juga dipercayai membantu melancarkan kitaran dan pengeluaran darah haid.
Pengambilan halba juga dapat meningkatkan paras hormon estrogen dan membantu melegakan simptom-simptom menopaus.Bagi wanita hamil pula, pengambilan halba pada trimester terakhir, iaitu di saat-saat menanti hari kelahiran, ia dapat membantu fasa kelahiran.
Namun, pengambilan yang berlebihan akan berisiko kelahiran pramatang. Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk berbincang dan dapatkan keizinan doktor sebelum mengamalkan halba sewaktu hamil.
Pastikan halba yang ingin dibeli berwarna kuning keemasan. Warnanya terang serta strukturnya keras. Elakkan membeli stok biji halba yang sudah lama kerana bimbang dijangkiti kulat dan hilang nutrien di dalamnya. Biji halba juga disarankan disimpan di dalam bekas kaca yang kedap udara. Diletakkan di tempat yang gelap dan dingin agar biji halba kekal segar selama beberapa bulan.
Halba telah dibuktikan banyak manfaat kepada kesihatan. Ia sesuai dijadikan makanan tambahan harian untuk kekalkan tahap kesihatan kita.
Disebabkan halba mudah dijumpai dan harganya juga adalah murah, maka adalah satu peluang untuk kita amalkan halba dalam diet pemakanan kita. Namun begitu, bagi anda yangmempunyai penyakit kronik, disarankan berbincang dengan doktor sebelum mengamalkan halba.
Selain khasiat halba, kami juga menulis khasiat sumber lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik.
Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof.