Kebelakangan ini semakin ramai yang menggunakan beras perang sebagai makanan harian. Ianya menjadi trend apabila beras perang dikatakan mampu menurunkan berat badan dengan lebih cepat berbanding memakan beras putih biasa.

Tahukah anda, yang sebenarnya beras perang mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan. Jom kami kongsikan kepada anda.

khasiat beras perang

Sumber: thisisinsider

Bagaimanakan cara memasak beras perang?

Tidak seperti beras yang biasa anda gunakan, cara untuk memasak beras perang adalah sedikit berbeza. Kami tidak menggalakkan anda menggunakan periuk nasi elektrik atau rice cooker untuk memasak beras perang kerana ianya akan berasa mentah. Nak tak kami kongsikan cara yang betul untuk memasak beras perang?

Cara untuk memasak beras perang dengan betul supaya tidak berasa mentah & untuk memastikan semua khasiatnya terpelihara adalah dengan menggunakan kaedah memasa dan mengukus seperti berikut:

  • Basuh beras perang sehingga bersih
  • Rendam selama setengah jam
  • Masukkan ke dalam periuk & masukkan air lebih banyak daripada anda memasak nasi biasa. Anda boleh lebihkan air sebanyak satu atau satu setengah pot. Anda memerlukan air yang banyak kerana memasak beras perang memerlukan masa yang lama
  • Buka api kecil dan masak beras perang perlahan-lahan
  • Sementara menunggu, anda boleh sediakan pengukus. Panaskan air sehingga mendidih
  • Apabila air dalam beras perang sudah kering, keluarkan dan masukkan ke dalam pengukus yang sudah mendidih
  • Masak sehingga beras perang menjadi lembut
  • Tutup api ada buka penutup pengukus untuk mengelakkan nasi terlalu lembik
  • Nasi beras perang anda sedia untuk dimakan

Apakah khasiat beras perang untuk kesihatan?

Di antara khasiat dan kebaikan beras perang ialah:

1. Membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih baik

Beras perang mengandungi serat mudah larut yang membantu menyerap air didalam usus dan membantu sistem penghadaman anda berfungsi dengan lebih baik. Sistem penghadaman yang berfungsi dengan baik akan memastikan perut anda berada dalam keadaan yang sihat.

2. Mengelakkan sembelit

Kebolehan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang untuk menyerap air dalam usus membantu mengelakkan najis anda daripada menjadi keras, sekali gus melawaskan dan mengurangkan sembelit.

3. Mengurunkan risiko kanser kolon

Serat mudah larut, fenol, & kandungan selenium yang tinggi dalam beras perang dikatakan membantu menurunkan risiko anda mendapat kanser kolon. Apabila sistem penghadaman & pencernaan anda berada dalam keadaan yang sihat, peluang anda untuk mendapat kanser kolon juga akan menurun.

4. Menurunkan risiko kanser payudara

Selain mengurangkan risiko mendapat kanser kolon, beras perang juga menurunkan risiko anda mendapat kanser payudara. Beras perang mengandungi Pytonutrient Lignin yang sangat handal untuk membunuh sel kanser payudara.

khasiat beras perang

Sumber: everydayhealth

5. Menurunkan paras kolesterol dalam darah

Serat mudah larut dalam beras perang menyerap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah anda. Apabila kolsterol jahat tiada lagi, peras kolesterol dalam darah anda akan menjadi stabil.

6. Mencegah sakit jantung

Beras perang mengandungi serat mudah larut dan  protein Angiotensin II yang membantu menjaga kesihatan jantung anda supaya berada dalam keadaan yang optimum tanpa sebarang penyakit.

7. Mengekalkan berat badan seimbang

Beras perang mengandungi kadar serat yang sangat tinggi. Serat yang tinggi memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama lalu membolehkan anda mengurangkan pengambilan nasi dalam diet seharian. Ingat, formula untuk kurus ialah 80% makanan, 20% senaman. Apabila anda menjaga pemakanan dengan menukar beras biasa kepada beras perang, proses menurunkan berat badan anda akan berjalan dengan lebih lancar.

8. Mencegah pembentukan batu karang pada wanita

Kajian yang dijalankan oleh American Journal of Gastroenterology mendapati kandungan serat yang tinggi dalam beras perang terbukti mengurangkan risiko pembentukan batu karang di kalangan kaum wanita. Oleh itu, kalau anda taknak dapat batu karang, jom kita bertukar kepada beras perang hari ini juga.

9. Mengelakkan diabetis

Karbohidrat dalam beras perang dihadam dengan lebih lambat berbanding beras biasa dan mempunyai kandungan indeks glisemik yang rendah. Dua faktor tersebut membolehkan beras perang mengawal kadar gula dalam darah anda sekali gus mengelakkan diabetis.

10. Mengurangkan risiko osteoperosis

Beras perang mengandungi magnesium yang membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan menjada kesihatan tulang anda.

khasiat beras perang

Sumber: Medicalnewstoday

11. Mencegah artritis

Kandungan selenium yang tinggi dalam beras perang juge membantu mencegah berlakunya artritis semasa anda mencapai usia emas.

12. Meningkatkan imuniti

Beras perang juga membantu meningkatkan imuniti & ketahanan daya lawan penyakit dalam badan anda. Kandungan selenium yang tinggi dalam beras perang membantu anda melawan penyakit dan mengelakkan jangkitan bakteria dan virus yang menjadi punca batuk, selsema, demam, dan sakit tekak.

13. Membakar lemak

Berita baik untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan mangan dalam beras perang membantu badan anda membakar lemak dengan lebih cepat dan efektif berbanding pengambilan beras putih biasa. Patutlah fitness coach di media sosial selalu bercakap tentang kebaikan beras perang.

14. Meningkatkan kesuburan

Beras perang mengandungi mangan yang sangat tinggi. Salah satu daripada fungsi mangan ialah meningkatkan tahap kesuburan & meningkatkan kesihatan sistem reproduktif anda dan pasangan. Oleh itu, kalau anda sedang berusaha untuk mengandung, bolehlah bertukar kepada beras perang.

15. Kaya antioksida

Apabila sebut perkataan antioksida, apa yang anda faham? Kaya antioksida bermakna beras perang membantu anda untuk awet muda dan meningkatkan kesihatan badan. Siapa yang taknak kelihatan muda dan sihat sentiasa, betul tak? Oleh itu, apa yang anda tunggu lagi? Jom kita bertukar kepada beras perang.

khasiat beras perang

Sumber: Cooklikejames

Itulah dia 15 khasiat beras perang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat garam bukit, khasiat buah pelaga, dan khasiat arabic gum.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.