Bawang putih adalah salah satu makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi. Ada yang gemar makan bawang putih, kalau boleh setiap masakan perlu letak bawang putih. Ada juga yang tidak suka bawang putih kerana dikata ia boleh menyebabkan bau badan yang busuk.
Tetapi adakah anda tahu bawang putih boleh merawat pelbagai penyakit? Antaranya adalah kanser. Contoh-contoh kanser adalah kanser payudara, kanser usus, kanser hati, kanser rahim, kanser kulit dan kanser paru-paru. Jadi, adakah bawang putih mampu untuk merawat penyakit kanser ini?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai bawang putih mampu merawat kanser. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri.
Bawang putih telah lama digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Bahan berkhasiat dalam bawang putih dipanggil allicin dan ajoene. Allicin mempunyai sifat antikanser yang kuat khususnya antikanser payudara, prostat, usus besar, kulit, rahim, pundi kencing dan paru-paru.
Selain dari itu, ia membantu masalah radang, bertindak sebagai antikulat dan menghalang jangkitan bakteria. Justeru, minumlah air bawang putih jika kita demam, batuk atau sakit tekak
Allicin akan terbentuk jika bawang putih diketuk. Caranya adalah dengan mengetuk 2 ulas bawang putih, biarkan selama 10 minit, ditambah madu, air suam dan seterusnya diminum.
Jika bawang putih diketuk (dibiarkan selama 10 minit) dan ditambah minyak zaitun. Bahan yang terbentuk adalah ajoene. Bahan ini merencatkan pertumbuhan sel kanser khususnya kanser darah (leukimia).
Jika bawang putih dipanaskan selama 1 minit dalam mikrowave dan 45 minit dalam oven. Bawang putih akan hilang keupayaan untuk bertindak sebagai antikanser.
Bahan berkhasiat allicin juga akan hilang sehingga 22% jika disimpan selama 180 hari dalam petisejuk dan akan hilang sehingga 99% jika bawang putih digoreng.
*Info yang dikongsikan oleh Dr. Suri amat bermanfaat untuk semua, lebih-lebih lagi bagi pesakit yang menghidap penyakit kanser. Tidak salah untuk kita mencuba dahulu, mana tahu ia boleh merawat kanser. Kita perlu berusaha jika ingin kembali sihat dan bertenaga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.