Untuk menghasilkan hidangkan yang lazat dan menyelerakan tentunya tidak lengkap jika tidak menggunakan peralatan memasak dan jenis periuk yang sesuai. Periuk merupakan salah satu peralatan wajib di dapur yang berfungsi untuk memasak, merebus, dan menggoreng makanan.

Tahukah anda, setiap periuk mempunyai jenis bahan yang tersendiri dan memberi kesan kepada kesihatan diri kita.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai jenis periuk yang terbaik untuk dijadikan pilihan di rumah.

Ciri-ciri periuk

Sekali pandang nampak sama tetapi sebenarnya kuali dan periuk mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain. Misalnya, saiz periuk adalah lebih besar daripada kuali.

Ia mempunyai 2 pemegang untuk memudahkannya diangkat dan dialihkan walaupun besar dan berat. Kemampuannya pula boleh diisi sekurang-kurangnya 2 liter cecair dan sesuai bagi kegunaan memasak dengan air yang banyak seperti merebus pasta, sup, dan sebagainya.

1. Periuk seramik

Periuk seramik asli diperbuat daripada 100% seramik (tanah liat, kuartz, atau mineral) tetap yang mempunyai kapasiti haba tinggi dan berupaya mengekalkan suhu panas dalam masa yang lebih lama.

Ada empat pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:

  • Tidak boleh dipanaskan dengan suhu tinggi. Kekalkan suhu rendah dan sederhana ketika memasak. Tips ini bagi memastikan jangka hayat periuk lebih panjang.
  • Elak panaskan kuali tanpa minyak. Jika gunakan minyak, pastikan minyak yang sama digunakan pada suhu medium dan tinggi.
  • Elak dari gunakan spatula besi dan aluminium. Sebaliknya gunakan spatula daripada kayu yang lebih selamat dari permukaan periuk calar.
  • Elak gunakan periuk seramik yang sudah rosak dan calar.

Jenis periuk ini sesuai untuk merenehkan makanan dan memastikan sajian sentiasa panas pada suhu yang tinggi.

2. Periuk aluminium

Periuk dari aluminium banyak dijual di pasaran dengan harga yang jauh lebih murah tetapi mempunyai pelbagai kegunaan.

Namun begitu, untuk jangka masa panjang kegunaan periuk aluminium boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan diri.

Hal ini kerana, suhu yang tinggi boleh menyebabkan proses “leeching” iaitu pengeluaran logam yang menjadikan makanan tidak selamat dimakan .

Ada dua pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:

  • Elak dari memasak makanan menggunakan periuk ini.
  • Elak dari memasak makanan berasid seperti sos tomato dan garam kerana boleh mempercepatkan aluminium terserap masuk ke dalam makanan. 

3. Periuk stainless steel

Dikatakan antara pilihan periuk yang paling banyak digunakan dan popular bagi setiap rumah adalah periuk stainless steel.

Periuk ini mampu untuk digunakan bagi semua jenis masakan seperti memanggang, mengukus atau mendidih, tanpa menjejaskan makanan. 

Ada dua pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:

  • Elak dari mencuci ketika masih panas.
  • Jangan sesekali menggunakan penggosok dawai yang kasar sebaliknya gantikan dengan pad penggosok lembut, air suam, dan sabun.

4. Periuk cast iron

Periuk cast iron atau besi aloi adalah pilihan peralatan dapur yang paling selamat kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak memberi kesan jangka masa panjang kepada kesihatan diri.

Ada empat pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:

  • Elak dari biarkan permukaan bawah periuk basah semasa digunakan.
  • Elak dari memanaskan periuk tanpa minyak di dalamnya.
  • Kawal penggunaan suhu api dan biarkan ia dalam keadaan perlahan serta sederhana.
  • Gunakan sarung tangan ketuhar atau kain kering semasa memegang, mengangkat, atau mengalihkan periuk panas.

5.  Periuk tidak melekat teflon

Kuali yang mempunyai ciri-ciri tidak melekat atau dipanggil non-stick sangat popular digunakan kerana ia memberi kemudahan sepanjang proses memasak.

Ada lima pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:

  • Jangan keringkan air atas kuali non stick.
  • Gunakan api sederhana besar semasa memasak.
  • Elakkan memasak benda keras seperti ketam, kupang, dan pelbagai lagi makanan yang bercengkerang.
  • Elak dari gunakan spatula besi dan aluminium. Sebaliknya gunakan spatula daripada kayu yang lebih selamat dari permukaan periuk calar.
  • Jangan terus menggunakan periuk yang baru. Sebaliknya, gunakan minyak masak terlebih dahulu dan pastikan kuali tidak terlebih panas semasa proses pra-memanaskan kuali.

6. Periuk tembaga

Material jenis periuk dari tembaga mempunyai keupayaan menstabilkan konduksi termal yang lebih tinggi daripada satu logam ke logam lain sehingga suhu dapat diagihkan sama ke seluruh permukaan periuk.

Ada dua pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:

  • Biarkan kuali sejuk terlebih dahulu sebelum mencuci agar tidak meledingkan.
  • Bersihkan kuali dengan campuran jus lemon, garam halus, span lembut, dan air panas untuk elak tembaga dari berkarat.

7. Periuk tanah liat

Kali ini kita beralih pada yang lebih klasik pula iaitu periuk tanah liat. Jenis periuk ini banyak digunakan untuk merebus herba dan akar kayu.

Bahkan dalam ilmu perbidanan, periuk tanah liat sangat disarankan untuk merebus segala herba mandian mahupun minuman.

Selain itu, hidangan lain yang terbaik dimasak dalam periuk tanah liat adalah hidangan yang mempunyai sos, seperti kari, sup, periuk panas , atau berasaskan cecair lain.

Ada tiga pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:

  • Jangan terus pakai periuk baru. Pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu dengan teliti dan keringkannya.
  • Kawal penggunaan suhu. Jika ini adalah kali pertama menggunakan periuk tanah liat tersebut, mula dengan haba minimum selama 5 minit. Kemudian secara beransur-ansur meningkat sehingga sederhana rendah selama sekurang-kurangnya 15 minit. 
  • Berhati-hati semasa memegang periuk yang panas. Gunakan sarung tangan ketuhar untuk mengangkat atau mengalihkan periuk.

8. Periuk kaca

Selalu kita sebut pasal aluminum dan stainless steel sebagai bahan utama dalam pembuatan peralatan memasak. Tetapi mungkin ramai yang tidak perasan, kaca juga mempunyai ciri-ciri menyimpan haba yang sangat baik dan digunakan dalam pembuatan periuk.

Dari segi rekaannya, periuk kaca boleh dikatakan jauh lebih menarik dan cantik dibandingkan dengan jenis periuk yang lain. Ia bahkan membolehkan lauk-pauk dapat terus dilihat dari luar sebab jenis transparent

Kelebihan lain yang menarik padanya adalah ia jenis tahan lasak yang mana periuk ini sesuai diletakkan dalam microwave, oven, induction cooker dan dapur gas biasa. 

Ada dua pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:

  • Jangan menyental kotoran pada periuk kaca dengan sesuatu yang kasar. Apabila periuk kaca diwarnai dengan noda normal, anda boleh merendam periuk di dalam air untuk mencuci beras dan bilas dengan air bersih. Untuk noda yang lebih keras, gunakan baking soda yang dicampurkan dengan air suam, dan biarkan kering selama kira-kira 15 minit, kemudian bilas dengan air. Untuk noda yang sangat sukar dibersihkan, gunakan cuka dalam periuk dan kemudian letakkan di atas dapur hingga mendidih selama kira-kira 2 minit. Biarkan periuk hingga sejuk kemudian bilas dengan air bersih.
  • Jangan terburu-buru semasa mengendalikan periuk yang sedang panas untuk elak ia dari retak atau pecah.

Selain dari memahami jenis periuk yang boleh digunakan ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan peralatan memasak di dapur seperti:

Sumber:

  1. Siri 36: Antara Periuk Aluminium, Stainless Steel dan Non Stick. Dr Che Puteh
  2. Types of Pans Every Cook Needs. Cozy Meal
  3. Types of Cookware Materials & The Pros and Cons. Jessica Gavin

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.