Mencari robot vacuum untuk rumah? Memang letih kalau mengemas rumah setiap hari sambil bekerja dari rumah, tidak dikira dengan tugasan kerja rumah seperti memasak, basuh baju dan sebagainya lagi. Kos ambil orang gaji pun tinggi, lebih baik cari robot. Ya, kini memang ada vacuum robot terbaik yang akan membantu anda mengemas rumah seperti menyapu sampah, vacuum dan juga mengemop lantai.

Vacuum Robot terbaik ini bukan hanya mempunyai fungsi vacuum semata-mata tetapi juga dapat menyapu sampah dan mengemop. Namun, fungsi dan kualitinya bergantung kepada jenama vacuum tersebut. Tidak semua vacuum robot mempunyai kegunaan yang sama, oleh itu penting untuk membuat semakan maklumat jenama vacuum robot terlebih dahulu.

Faktor Penting Memilih Vacuum Robot Terbaik

  • Fungsi kekuatan vacuum
  • Jenis kegunaan (sapu, vakum dan mop)
  • Harga dan Warranti

Berikut adalah perkara penting perlu dilihat sebelum membeli vacuum robot. Jom lihat antara jenama vacuum robot terbaik paling berkualiti pilihan ramai rakyat Malaysia.

Robot Vacuum ROIDMI EVE Plus

vacuum robot terbaik

Anda pasti tidak percaya dengan kualiti yang ditawarkan oleh Robot Vacuum ROIDMI EVE Plus Xiaomi ini. Ia merupakan vacuum robot yang sangat berkualiti, lengkap dengan teknologi inovatif dan pensterilan automatik – EVE PLUS sehingga fungsi mengeringkan. Vacuum robot terbaik Roidmi Xiaomi yang sah ini juga digelar sebagai pembersih mop dengan pengangkut sampah mudah.

Pensterilan yang dimaksudkan adalah pengosongan kendiri dimana debu-debu kotoran tidak akan memberi masalah kepada vacuum robot berkualiti ini. Sedar atau tidak, kotoran terkumpul akan menyebabkan kerosakan, tetapi Robot Vacuum ROIDMI EVE Plus Xiaomi ini akan membersih dengan baik, memastikan ia kosong dan mensterilkannya sendiri serta menyahbauan. Semuanya berfungsi secara automatik, hebat bukan?

Antara Kelebihan Fungsi Robot Vacuum Roidmi adalah:

  • Memuatkan diri di setiap penjuru
  • Membersihkan secara keseluruhan
  • Menyapu dan menyedut sampah
  • Vacuum habuk, debu dan kotoran
  • Pembinaan tanpa beg
  • Berfungsi dengan lancar dan laju
  • Mempunyai sensor anti langgar, pecutan, anti jatuh, radar, steril dan sebagainya lagi
  • Mengemop dan melicinkan lantai
  • Mempunyai mod turbo dan senyap

Pakej Vacuum Robot Roidmi ini termasuklah Robot Vacuum Cleaner, Automatic Suction Station, tangki air, , Side Brush , Single-use mop, Mop dan Dust Bag. Ia juga mempunyai waranti antara 1 ke 2 tahun (berhgantung pada harga). Sungguh berbaloi kerana fungsinya sangat pelbagai!

Xiaomi 1C Smart Robot Vacuum

Seperti robot vacuum yang lain, vacuum ini juga mempunyai fungsi menyedut, menyapu dan mengemop. Anda boleh mengawal vacuum ini menggunakan aplikasi Mi Home. Semuanya jadi mudah apabila hanya di kawal di hujung jari.

Dengan 2500Pa, vacuum ini mempunyai kuasa sedutan yang kuat dan memudahkan segala habuk untuk dibersihkan dengan mudah. Terdapat 4 mod sedutan serta memuatkan 600ml kapasiti untuk kotak habuk.

Untuk mengemop pula, tangki air dapat memuatkan 200ml dan boleh beroperasi selama 110 minit. Pengecasan hanya mengambil masa 3-4 jam sahaja dan anda boleh menggunakan keseluruhan fungsi selama 80-90 minit.

Robot Vacuum Cleaner Khind VC9X6A

vacuum robot khind

Brand Khind juga terkenal dengan barang peralatan rumah yang berkualiti. Salah satunya adalah vacuum robot terbaik Khind VC9X6A. Antara 4 mod pembersihan yang dimilikinya adalah mod auto atau zigzag (pergerakan sama ada lurus atau zigzag ketika membersih), mod sudut (lebih sesuai digunakan di bilik air), mod spot (pembersihan yang lebih spesifik) dan mod full go (mod pembersihan yang menyeluruh).

Dustbox dan tangki air vacuum robot terbaik ini tidak terlalu besar, ia mengikut kapasiti baterinya. Sekiranya kekurangan bateri sehingga 15%, ia akan auto caj semula.

Robot Vacuum MORGAN MRV-VAC 1

vacuum robot terbaik

Vacuum robot terbaik berjenama Morgan ini juga mempunyai kualiti tip top dimana ia teknologinya ringkas, namun fungsi menyapunya sangat bagus. Anda akan melihat lantai yang sangat bersih setiap hari. Reka bentuk mini dan kecil amat mudah untuk disimpan. Namun, anda perlu cas bateri vacuum robot ini secara manual.

Roborock S6

vacuum robot terbaik

Mempunyai teknologi Alexa, vacuum robot Roborock S6 ini membolehkan anda mengarahkannya menggunakan suara sahaja tanpa telefon. Ia akan bertugas mengikut lokasi yang anda arahkan. Selain itu, waktu operasinya juga lama iaitu 1 jam sehingga 3 jam. Menyapu, mop dan menyedut dengan pantas adalah kepakaran vacuum robot terbaik ini.

Roborock S7

Roborock S7 tak kurang hebatnya. Berbanding Roborock S6, Roborock S7 mempunyai fungsi tambahan terutama pada bahagian mop. Fungsi tambahannya adalah VibraRise dan Sonic Mopping.  

VibraRise akan mengangkat fungsi mop secara automatik jika berada di kawasan berkarpet untuk mengelakkan karpet basah ketika proses mengemop. Fungsi Sonic Mopping pula akan bergegar sebanyak 3 000 kali untuk membersihkan lantai. Dengan tangka air 300 ml, lantai anda akan berkilat dan bersih.

Mi Robot Vacuum Essential G1

Robot Vacuum keluaran Xiaomi ini tak kurang hebatnya. Ramai yang telah memberikan feedback positif terhadap fungsi dan hasilnya. Vacuum ini mempunyai 2200Pa kuasa penyedutan dengan 2 fungsi utama iaitu vacuum dan mengemop.

Semua jenis habuk di pelbagai jenis permukaan dapat disedut dengan baik kerana ada 4 fungsi sedutan yang berbeza. Pengecasan mengambil masa 5 jam namun vacuum ini boleh beroperasi selama 240 minit.

Mi Robot dikawal sepenuhnya menggunakan aplikasi Mijia App. Semuanya jadi mudah dengan kawalan ini iaitu meliputi penukaran mod, remote control, paparan status dan peta lokasi. Paling menarik, vacuum ini beroperasi secara senyap.

Robot Vacuum DIBEA D500

vacuum robot terbaik

Walaupun berada di luar rumah, vacuum robot DIBEA D500 ini tetap akan melakukan tugasnya membersihkan rumah. Anda boleh pantau di aplikasi telefon bimbit walaupun d imana sahaja anda berada. Ia memiliki tangki air yang fleksibel di mana ia boleh digunakan untuk lantai kering ataupun basah.

Menariknya, anda tak perlu risau jika robot ini terjatuh, kerana ia mempunyai sensor anti-jatuh bagi mengesan jenis tempat yang tinggi seperti tangga dan sebagainya. Mudah bukan?

Robot Vacuum Cleaner ILIFE V5

vacuum robot terbaik

ILIFE V5 adalah jenama bagi vacuum robot terbaik yang kemas, cantik dan nampak elegant. Ia berfungsi mencuci segala kotoran dan habuk microfiber serta mempunyai fungsi automatik. Sekiranya rumah mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, hamster, anjing dan sebagainya, vacuum robot terbaik ini akan menyedut habuk dan kotoran tersebut sehingga PM2.5.

Di samping itu, tiada masalah bagi rumah yang besar kerana Vacuum robot ILIFE V5 ini berfungsi membersihkan sehingga 100-130 meter persegi. Ia juga lengkap dengan sistem anti-pelanggaran dan sensor infrared supaya digunakan dengan cara yang selamat tanpa risiko rosak.

Philips Robot Vacuum Cleaner FC8794

vacuum robot terbaik

Vacuum robot terbaik ini boleh membersihkan pelbagai jenis permukaan sama ada jenis kain mahupun lantai keras. Namun begitu, ia tidak dapat membersihkan karpet. Vacuum robot yang dikatakan paling tipis ini memiliki alat kawalan jauh ia sangat mudah dikawal.

Vacuum robot terbaik ini mengangkat sampah dan menyimpan di dalamnya semasa proses menyapu. Ia juga dilengkapi dengan Smart Detection 2 serta 23 sensor dan akselerometer bagi memudahkan kegunaan mod operasi yang sesuai dalam membersihkan rumah sehingga selesai.

Berikut adalah vacuum robot terbaik paling berkualiti pilihan rakyat Malaysia. Jom lihat juga Pelitup Muka KN95, Sunscreen Dan Sunblock dan Fakta Tentang Emas.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.