Madu ada pelbagai jenis, contohnya madu tualang, madu yaman, madu ratu, madu propolis, madu manuka dan madu kelulut. Setiap madu datang daripada sumber yang berlainan. Maka khasiatnya juga berlainan.
Di pasar raya di mana-mana sahaja ada menjual madu dalam pelbagai bentuk botol dan jenama. Kita boleh pilih yang mana satu kita mahu. Madu boleh digunakan dalam minuman dan juga pencuci mulut. Jika mahu madu yang asli tiada tambahan bahan-bahan lain sepeti gula boleh membeli madu di kawasan kampung. Ia sememangnya mempunyai sumber madu tersendiri dan dalam madu tersebut tiada bahan lain selain madu.
Sebelum kita makan madu, tahukah anda mengenai khasiat sebenar mengenai madu? Bahasa mudahnya fakta mengenai madu.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta khasiat madu. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri.
Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.
Kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukan pengambilan madu beserta garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Secara tidak langsung ianya akan mengurangkan khasiat madu tersebut.
Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia.
Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Seeloknya diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.
Jawapan
Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (asid fenolik) akan lebih mudah dan lebih banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu.
Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah s.a.w. menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan”
Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu
Barli juga tinggi beta-glukan dan bahan ini;
1. merupakan fiber larut air
2. Tidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil
3. Bertindak sebagai prebiotic iaitu menggalakkan pertumbuhan bakterian baik seperti bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti enterobacteriaceae.
Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia
Menurut kaedah tradisional, keaslian madu ditentukan dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah :
1. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam semangkuk air.
Sebenarnya, madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama. Semua kaedah di atas belum lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya.
Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69
…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir….
2. Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap contohnya perang
3. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar
4. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’
5. Bahan antioksidan ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC.
Kajian saya menunjukan madu kelulut lebih tinggi khasiat berbanding madu biasa. Hasil kajian saya juga madu kelulut asli juga ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)
Madu sebaiknya disimpan dalam chiller (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Madu (khususnya madu kelulut) sebaiknya dibuang air untuk mengelakkan berlaku penapaian (yang akhirnya akan mengurangkan khasiat madu tersebut). Enzim dalam madu juga akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Bahan karbohidrat dalam madu juga akan berubah kepada hidroksimetilfurfural (HMF) jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas.
Berikut adalah fakta mengenai madu yang perlu anda tahu. Madu ini juga adalah makanan sunah Rasulullah. Ia baik untuk kesihatan dalaman dan luaran. Madu ini juga tidak perlu ragu-ragu lagi mengenai khasiatnya. Banyak kajian yang telah menunjukkan madu bagus untuk kesihatan tubuh badan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.