Tudung atau hijab merupakan pakaian yang wajib dan perlu dipakai oleh setiap wanita Islam. Namun Islam tidak menolak fesyen dalam pakaian meskipun berhijab. Justeru, apakah cara pilih warna tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan gaya kita sehari-hari?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa cara pilih warna tudung dengan mudah.

1. Warna kulit

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa memilih tudung mengikut tona kulit penting. Sebenarnya, warna yang salah anda pilih akan membuatkan kulit terlihat kusam atau tidak bermaya.

Jika kulit anda cenderung cerah, elakkan dari menggunakan warna tudung yang cerah ataupun warna pastel kerana akan membuatkan wajah anda nampak pucat.

Jika kulit anda gelap, elakkan dari menggunakan warna yang malap seperti hitam dan kelabu. Warna yang sesuai untuk anda yang berkulit gelap adalah warna pastel atau coklat keemasan.

Jika kulit anda kuning langsat, anda sesuai untuk memakai warna tudung yang cerah seperti merah jambu dan jingga. Elakkan juga tudung yang berwarna gelap seperti hitam dan coklat.

Bagi yang berkulit sawo matang pula elakkan menggunakan tudung yang warna seakan kulit anda seperti coklat. Warna maroon dan dark blue pasti membuatkan wajah anda kelihatan lebih berseri.

2. Warna pakaian

Jika anda ingin mengenakan tudung yang serasi dengan pakaian anda, pilih warna tudung yang senada atau serupa dengan warna dominan di pakaian anda.

Jika pakaian anda sudah memiliki pola atau warna yang mencolok, pilih tudung dengan warna neutral agar tidak akan bersaing dengan pakaian anda.

Bagi pakaian yang bercorak pula, anda tidak boleh salah dalam memilih tudung.

Cara yang paling sesuai, anda perlu pilih tudung yang warna sama dengan salah satu dalam corak pakaian anda. Contohnya warna neutral seperti putiih, hitam, dan beige.

3. Sesuaikan dengan situasi

Untuk acara formal, warna-warna neutral atau warna-warna yang sesuai dengan tema majlis seringkali menjadi pilihan yang baik.

Untuk acara santai atau pakain kasual, anda boleh lebih berani dalam memilih warna yang mencerminkan keperibadian diri anda.

4. Semak pallet warna

Jika anda masih sukar membuat pilihan warna yang sesuai, anda boleh cuba gunakna pallet warna di Google.

Biasanya jika anda lihat pallet ini, anda akan lebih mudah untuk mendapat idea dan disesuaikan pada pemakaian hijab.

Kesimpulannya, keselesaan dan kenyamanan anda adalah faktor penting dalam memilih tudung. Yakinlah dalam pilihan anda sendiri.

Jangan ragu untuk mencuba sesuatu yang baru dan berbeza, kerana dengan rajin bereksplorasi anda boleh menjadi lebih kreatif dalam bergaya.

Selain dari cara pilih warna tudung ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan hijab wanita seperti:

Sumber:

  1. Tips On Choosing The Right Hijab For All Skin Tones. Outfit Trends
  2. Your Guide to Pick the Best Headscarf for Your Hijab Outfit. Fustany

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.