Shahzan Hotel Kuantan merupakan sebuah penginan gah dan terkenal di sekitar Kuantan, Pahang. Sekiranya anda mencari penginapan yang selesa, harga berbaloi serta berada di lokasi yang strategik di Kuantan, hotel ini pasti menepati citarasa anda!

Bandar Kuantan kini makin popular untuk destinasi pelancongan. Pelbagai tempat menarik yang wujud bagi menarik lebih ramai pelancong ke sini. Dengan kemunculan Menara Kuantan 188, iaitu antara menara tertinggi di Malaysia, pasti lebih ramai pelancong mahu ke sini.

Penginapan terbaik di sini sudah pasti yang berada di tengah-tengah bandar Kuantan kerana memudahkan perjalanan pelancong. Oleh itu, Shahzan Hotel Kuantan merupakan rekomendasi terbaik buat para pelancong tempatan mahupun luar negara.

Nak tahu apa yang menarik jika menginap di hotel ini? Jom kami rungkaikan keistimewaan berada di Shahzan Hotel Kuantan!

Hotel 3 bintang ini pasti memberikan pengalaman terbaik sepanjang penginapan anda di sini. Apa yang menarik, Shahzan Hotel Kuantan merupakan sebuah hotel yang mengamalkan kelestarian alam dan konsep hijau (green hotel concept).

Jenis bilik

Hotel Shahzan Kuantan mempunyai 152 bilik dengan 5 jenis bilik berbeza. Anda boleh menempah Junior Suite, Deluxe Twin, Standard Queen, Standard Twin mahupun Deluxe Queen. Berdasarkan review pengunjung yang pernah menginap di sini, bilik memang teratur, bersih dan selesa.

Setiap bilik berkonsepkan moden dan anda pasti terpukau dengan susun atur biliknya. Apa jua tujuan anda melancong sama ada atas urusan perniagaan mahupun percutian, dengan bilik berkonsep moden, anda boleh bersantai dengan selesa.

Kemudahan asas yang disediakan di setiap bilik adalah televisyen, seterika, pendingin hawa, WiFi dan sebagainya. Bagi umat islam, kemudahan solat disediakan iaitu sejadah dan arah kiblat. Jika anda mahukan Al-Quran, minta saja pada pihak hotel.

Kemudahan

Nak bersantai sahaja di hotel bersama keluarga? Anda boleh membawa anak-anak ke kolam renang terbuka. Ada dua jenis kolam dengan dua kedalaman berbeza yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.

Walaupun menginap di hotel, anda juga boleh barbeku di sini. Parkir juga disediakan khas buat penginap. Jika anda ingin mengadakan seminar atau mesyuarat, dewan seminar disediakan beserta auditorium.

Sekiranya anda malas untuk keluar dari hotel dan mencari tempat makan, datang saja ke Puteri Teja Café yang menyediakan sarapan enak serta  aneka makan tengahhari dan makan malam yang terdiri dari menu tempatan dan antarabangsa. Kafe ini menjadi pilihan ramai dan merupakan kafe yang digemari pengunjung.

Tak mahu makan yang berat? Jangan risau, di kafe Pekan Deli terdapat pelbagai jenis pemanis mulut, pastri, snek, kopi dan lain-lain. Pekan Deli terletak di lobi hotel ini. Semuanya memang sedap tak terkata.

Tempat Menarik Berdekatan

Berada di tengah-tengah bandar Kuantan, mudah untuk anda melawat ke tempat-tempat menarik yang berdekatan. Antaranya adalah Dataran Sungai Kuantan, Menara Kuantan 188, Kuantan Parade dan Pantai Teluk Cempedak.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh berjalan kaki lebih kurang 3 hingga 12 minit untuk sampai ke Masjid Negeri Pahang, Kuantan Street Art, Menara Kuantan 188, Kuantan Kula Cake dan Kuantan Esplanade.

Jika anda mahu membeli cenderamata atau mencari aneka makanan, datanglah ke Taman Kerang Kuantan dan Padang MPK 1 kerana terdapat banyak gerai di kawasan ini. Jika dari hotel, perjalanan mengambil masa 5 minit sahaja.

Lokasi: Lot Pt 240, Jalan Bukit Ubi Jalan Masjid, Kuantan, Pahang.

No telefon: 09-513 6688

Laman web rasmi: Shahzan Hotel

Media sosial: Shahzan Hotel Kuantan

Berita baik buat anda yang mempunyai perancangan untuk menginap di sini, Hotel Shahzan Kuantan sering melakukan promosi yang berbaloi, jimat dan terhad! Semua promosi yang ada, anda boleh lihat di laman web rasmi mereka.

Dengan kelebihan tersebut, Shahzan Hotel Kuantan pasti menjadi pilihan pelancong untuk menginap di Kuantan. Apa tunggu lagi? Jom rancang percutian anda ke Kuantan dan tempah penginapan di sini. Rasai penginapan yang selesa dan memuaskan bersama Shahzan Hotel Kuantan!

Banyak tempat menarik di sekitar Pahang yang mungkin anda belum pernah kunjungi. Sementara nak ke Kuantan, jangan lupa untuk singgah di tempat-tempat seperti berikut:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.