Kami pasti setiap wanita teringin nak ada anak kembar. Tak kisah anak kembar lelaki atau perempuan, kelahiran pasangan kembar pastinya akan membuatkan hati berasa lebih teruja berbanding melahirkan seorang bayi.

Kalau anda sedang mengandung, mungkin anda tertanya-tanya apakah tanda hamil kembar? Adakah anda mempunyai tanda-tanda tersebut? Anda berpeluang untuk mendapat anak kembar?

Sebelum kami kongsikan tanda hamil kembar, apa kata kami kongsikan dulu satu berita gembira untuk anda. Tahukah anda, walau pun anda dan pasangan tidak mempunyai genetik kembar, namun anda tetap berpeluang untuk mendapat anak kembar sekiranya anda mempunyai ciri-ciri yang berikut:

  • Seorang wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, lebih lanjut usia anda semakin besar peluang untuk mendapat anak kembar
  • Hampir menopaus atau dalam proses untuk menopaus
  • Seorang yang tinggi
  • BMI anda adalah 25 dan ke atas, iaitu dianggap sebagai mempunyai lebihan berat badan
  • Sedang menjalani rawatan kesuburan
tanda hamil kembar
Sumber: Firstcry

Jika anda mempunyai banyak ciri-ciri di atas dan sedang mengandung, jom perhatikan jika anda mempunyai tanda hamil kembar yang berikut:

Dua garis yang sangat terang semasa membuat ujian kehamilan ( Urine pregancy test )

Jika anda sedang mengandungkan bayi kembar, tanda pertama yang akan anda dapat ialah dua garis yang sangat terang semasa membuat ujian kehamilan atau urine pregnancy test. Tanda ini akan terang walau pun anda melakukan ujian terlalu awal iaitu seawal satu hari selepas tarikh sepatutnya anda datang bulan. Bagaimana ini boleh berlaku? Ianya kerana apabila seseorang yang mengandungkan anak kembar, tubuh badan akan membebaskan hormon HCG yang lebih berbanding jika mengandungkan seorang bayi sahaja.

Morning sickness atau alahan yang melampau

Kebiasaannya, ibu yang mengandungkan anak kembar akan mengalami alahan atau morning sickness yang lebih teruk berbanding ibu yang mengandungkan seorang bayi. Ini kerana proses mengandungkan bayi kembar akan menyebabkan kecalaruan hormon yang lebih teruk. Kecelaruan hormon yang berlaku akan menyebabkan ibu tadi berasa loya-loya dan muntah dengan banyak.

Kenaikan berat badan yang mendadak

Untuk makluman anda, kenaikan yang normal bagi seorang ibu mengandung ialah kira-kira 2 kilogram sebulan. Oleh itu, jika berat anda naik dengan lebih banyak secara mendadak, ia mungkin petanda bahawa anda sedang mengandung anak kembar. Secara logiknya, berat anda bertambah dengan mendadak kerana ada dua janin yang dikandung dalam rahim.

Saiz perut yang lebih besar

Apabila anda mengandungkan dua orang bayi, pastinya perut anda akan kelihatan lebih besar berbanding ibu yang mengandungkan seorang bayi. Malah, baby bump anda akan kelihatan lebih awal daripada biasa. Apabila perut anda besar, itu juga bermakna anda akan lebih penat dan cepat mengah berbanding proses mengandung yang normal. Bertabahlah wahai ibu.

Mula merasa pergerakan bayi lebih awal dan bayi lebih aktif bergerak

Kebanyakan ibu yang pernah mengandungkan anak kembar akan bersetuju bahawa kandungan kembar akan bergerak lebih aktif berbanding kandungan normal. Malah siibu juga berpeluang untuk merasa oergerakan bayi dengan lebih awal. Mungkin ianya berlaku kerana keadaan rahim yang sempit apabila ada dua orang bayi didalamnya.

Letih yang luar biasa

Seperti yang kami nyatakan tadi, perut ibu yang mengandung kembar akan lebih besar daripada kandungan normal. Malah ibu juga membawa bebanan berat yang lebih. Oleh itu ibu akan berasa keletihan yang luar biasa dan mudah mengah. Ini adalah di antara pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh si ibu.

Sakit belakang yang teruk

Semua ibu mengandung akan mengalami sakit belakang namun ibu yang mengandungkan bayi kembar akan merasa sakit belakang yang lebih dahsyat kereana pusat graviti badan sudah berubah dan ada dua bayi comel yang menekan tulang belakang di sibu.

Bengkak air atau edema

Satu lagi tanda hamil kembar ialah bengkak air atau edema. Ini berlaku kerana tubuh badan anda menyimpan air dengan terlalu banyak sehingga berlaku bengkakan pada kaki, tangan, dan wajah. Bengkak air bukanlah perkara yang ringan kerana selain akan menyebabkan anda berasa tidak selesa, ia juga adalah di antara tanda pre-eclampsia.

Cramp perut

Tanda hamil kembar yang seterusnya ialah cramp perut. Hal ini akan semakin kerap berlaku apabila kandungan anda semakin membesar kerana rahim anda akan semakin membesar dan melalui proses mengembang dan mengecut dengan lebih agresif dan merebak ke bahagian pelvik dan punggung.

Cramp perut tanda sebarang pendarahan adalah normal namun jika berlaku pendarahan, segera ke hospital untuk pemeriksaan. Jika anda tidak selesa, boleh gunakan maternity belt untuk menampung perut anda. Penggunaan maternity belt dikatakan mampu mengurangkan kesakitan akibat cramp perut.

Jumlah darah yang lebih banyak

Ibu yang mengandungkan anak kembar akan mempunyai darah yang lebih banyak dalam tubuh badan. Ini kerana tubuh badan secara semulajadi akan menghasilkan lebih darah bagi disalurkan kepada kedua-dua bayi yang sedang membesar.

Terdapat dua degupan jantung

Tanda hamil kembar yang seterusnya ialah anda akan mendengar dua degupan jantung semasa pemeriksaan di klinik. Pastinya anda akan berasa teruja apabila rupanya bukan satu, tapi ada dua bayi dalam kandungan anda. Malah apabila melakukan imbasan ultrasound, anda akan lebih teruja apabila melihat ada dua bayi di skrin.

tanda hamil kembar
Sumber: Newshub

Bacaan Alpha Fetoprotein yang tinggi

Kebiasaannya pemeriksaan Alpha Fetoprotein akan dilakukan pada trimester kedua kehamilan. Sekiranya bacaannya agak tinggi, kemungkinan besar anda sedang mengandung bayi kembar.

Itulah dia tanda hamil kembar yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tanda mengandung, darah rendah semasa mengandung, dan petua mudah bersalin.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.