Setiap dari kita pastinya teruja ingin tahu bagaimanakah cara orang kaya simpan duit dan uruskan kewangan mereka. Malah ada juga sesetengah orang yang beranggapan sudah jadi jutawan pun perlu simpan duit lagi ke?
Kaya atau miskin bukan menjadi persoalannya. Yang pasti kehidupan ini ibarat roda kadang kita di atas dan kadang di bawah.
Lantaran itu mengambil pengajaran dari pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan amatlah penting agar kita tidak terkesan dengan perubahan hidup yang mendadak.
Tambahan lagi dengan nilai mata wang Ringgit kita yang semakin menyusut ini seharusnya setiap dari kita perlu mempunyai perancangan kewangan jangka masa panjang yang terbaik.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai panduan tentang cara orang kaya simpan duit yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan.
Cara orang kaya simpan duit yang pertama adalah dengan mengamalkan sikap berbelanja dengan sihat. Mereka biasanya tidak akan melakukan apa-apa pembelian dengan terburu-buru.
Dalam kata lain, orang kaya akan tangguh pembelian lebih kurang sehari sebelum membeli sesuatu.
Tujuannya ringkas sahaja iaitu untuk memastikan apa yang dibeli itu jelas sama ada kemahuan atau pun keperluan.
Jika dalam masa sehari, mereka merasakan pembelian tersebut tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepadanya, maka mereka akan membatalkan terus hasrat tersebut.
Berhutang bukanlah cara hidup orang-orang kaya. Mereka lebih gemar untuk berbelanja mengikut kemampuan bukan keupayaan untuk berhutang.
Justeru itu, jika kita lihat orang kaya pakai kereta mewah dan rumah besar usahlah iri hati kerana memang itu kemampuan mereka dalam hidup.
Orang lain cenderung untuk memilih berhutang kerana mereka berfikiran pendek dan hanya mementingkan habuan yang sekejap sahaja.
Sedangkan jika dilihat semula, lebih banyak rugi dari untung jika kita memilih untuk berhutang.
Duit memang misteri. Sekejap kita nampak banyak, dan dalam sekelip mata sahaja ianya boleh hilang tiba-tiba.
Justeru itu, sikap berdisiplin dalam menguruskan kewangan diri dan keluarga amatlah penting untuk dipraktikkan seandainya kita mahu menjadi pengguna yang bijak.
Sentiasa ikut 50/30/20 rules untuk berbelanja. 50% untuk belanja, 30% pelaburan diri manakala 20% simpanan masa hadapan.
Jangan lupa untuk reward diri sekali sekala agar kita masih boleh menikmati penat lelah selepas berusaha keras untuk menyimpan.
Cara orang kaya simpan duit yang seterusnya adalah buat pelaburan. Menyimpan sahaja tidak akan membuatkan duit simpanan kita bertambah dan berkembang.
Sebaliknya dengan melabur ianya dapat membantu menaikkan pendapatan setiap hari! Pelaburan seperti rumah dan emas, harganya akan kekal meningkat bukan menyusut seperti kenderaan.
Salah satu sikap unik orang-orang berjaya adalah keluar daripada zon selesa. Contohnya cara orang kaya jika kita perhatikan, mereka ini sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menaikkan taraf kehidupan mereka dari semasa ke semasa.
Cara orang kaya simpan duit adalah dengan menyelesaikan dahulu semua hutang, bil dan komitmen sebelum berbelanja.
Dapat gaji terus bayar hutang, bil dan komitmen. Dan jika ada baki barulah fikir untuk belanja diri sendiri.
Bukan mudah untuk kawal nafsu dari membuat sesuatu yang kita suka. Begitu jugalah halnya dalam mengawal keinginan untuk berbelanja.
Cara orang kaya simpan duit adalah mereka mengamalkan self-control yang tinggi dengan berdisiplin dan mengawal keinginan untuk berbelanja sakan walaupun duit banyak.
Tanpa azam, mana mungkin kita dapat menyimpan sehingga berjaya. Cara orang kaya simpan duit mereka memiliki prinsip yang mana sentiasa melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, dan kalau main pun main bersungguh-sungguh.
Jika kita bijak dalam meletakkan sesuatu perkara itu pada tempatnya, maka tiada yang mustahil untuk berjaya dalam apa jua yang dilakukan.
Selain dari panduan cara orang kaya simpan duit ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan simpanan seperti:
Rujukan: