Ramai orang susah untuk belajar simpan duit kerana mereka mempunyai satu gambaran yang “serabut” mengenai amalan menabung ini. Gaji kecil, banyak tanggungan, gaya hidup yang melebihi kemampuan, dan bermacam lagi dijadikan alasan kenapa orang gagal dalam mengaplikasikan cara konsisten simpan duit.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda semua tentang cara konsisten simpan duit paling mudah yang kita boleh buat dalam kehidupan seharian.

75% rakyat Malaysia tiada simpanan RM1,000

Baru tiga hari masuk tahun baru 2023, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Shamsiah Mohd Yunus sudah memberikan satu gambaran jelas bahawa tanda-tanda inflasi sudah mula menampakkan kesannya yang didorong oleh permintaan dalam persekitaran deposit yang tinggi.

Bank Dunia dan IMF bahkan turut memberi amaran ekonomi global berdepan kemelesetan susulan tindakan bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah.

Ini malah makin didorong oleh kemelut pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan perintah berkurung di China. Malaysia sebagai ekonomi terbuka tidak akan terlepas dari tempias ini yang justeru menjejaskan lagi pertumbuhannya.

Hanya dengan adanya simpanan kewangan, setiap masyarakat dapat hidup dengan “seadanya” ketika berhadapan dengan krisis ini. Namun apa yang memeranjatkan kita daripada laporam kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 75% dariapda rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan RM 1,000.

Dalam kita tidak sedar, situasi ini sangat membimbangkan untuk kita menghadapi cabaran krisis ekonomi 2023.

Bagaimana cara konsisten simpan duit

Mengambil langkah pantas untuk berdepan dengan isu ekonomi yang lebih merisaukan di masa depan, ini kami kongsikan kepada anda cara konsisten simpan duit.

1. Mula simpan dengan nilai duit yang kecil

Memasang target dalam menyimpan itu memang penting. Namun apabila kita memberatkan soal nilai untuk menyimpan semata-mata, percayalah kita tidak akan mampu untuk terus konsisten simpan duit.

Kita perlu faham bahawa untuk melentur buluh yang sudah “keras” ini amatlah sukar. Justeru itu, langkah permulaan untuk menyimpan mula simpan dengan jumlah yang kecil dahulu.

Sungguhpun nilainya kecil ini tidak bermaksud ia satu perkara yang mudah untuk dilakukan jika tanpa disiplin yang tinggi. Bermula dengan simpanan yang sedikit adalah lebih baik daripada tiada langsung simpanan.

2. Buat simpanan melalui pemotongan gaji

Cara konsisten simpan duit yang lain adalah dengan membuat pemotongan gaji. Cara ini sudah banyak dipraktikkan oleh ramai pihak dan diperakui ianya sangat berkesan.

Simpan melalui pemotongan gaji lebih mudah kerana duit ditolak secara automatik selepas gaji kita masuk untuk setiap bulan. Bahkan belum sempat untuk kita keluarkan dan nikmati duit gaji lagi, mereka sudah pun mendebitkannya ke dalam akaun kedua kita.

Cara ini nampak agak “kasar” tetapi ia cukup berkesan khususnya kepada mereka yang boros atau mempunyai 1001 alasan untuk mula menyimpan.

3. Asingkan akaun simpanan dan perbelanjaan

Dengan mengasingkan bank akaun untuk simpanan dan perbelanjaan, kita boleh menetapkan dua fungsi dan objektif yang berbeza bagi kedua-duanya.

Contohnya Akaun A untuk berbelanja, kita boleh gunakan untuk membuat pembayaran keperluan harian, bil, pinjaman, dan sebagainya.

Manakala untuk Akaun B pula adalah untuk simpanan, akaun tersebut tidak boleh terusik sedikit pun nilainya hanya boleh terus kekal bertambah.

4. Berjimat-cermat dalam membuat perbelanjaan harian

Merubah gaya hidup dari boros berbelanja kepada bijak dan berjimat-cermat ketika berbelanja memberi perubahan yang sangat besar dalam hidup kita sebenarnya.

Usahakan untuk buat semakan setiap kali kita berbelanja supaya kita tahu di mana duit dihabiskan bagi setiap perbelanjaan harian. Dari situ, perlahan-lahan kita dapat “detect” dan kurangkan perbelanjaan tersebut.

5. Amalkan sikap simpan baru belanja

Bagaimana kita membeli sebuah barang peribadi yang mahal seperti iPhone misalnya? Kebiasaan, kita akan target untuk gunakan gaji pada bulan hadapan kesemuanya untuk membeli iPhone tersebutkan.

Inilah silap kita dalam menguruskan perbelanjaan. Cara yang paling tepat adalah dengan simpan dahulu baru berbelanja.

Sebuah iPhone yang berharga RM5,000 dengan gaji kita yang hanya RM2,500 sebulan, kita memerlukan kira-kira setahun atau setahun setengah untuk dapat membelinya jika kita menyimpan RM400 sebulan.

Cara ini lebih selamat untuk jangka masa yang panjang kerana selain ia teknik yang bijak dalam berbelanja, cara ini juga boleh mengajar kita dua perkara.

Pertama, ia melatih kita untuk berfikir dengan lebih rasional tentang keperluan dan kehendak. Kedua, sekiranya di pertengahan jalan kita merubah fikiran dan tidak mahu membeli barang idaman itu lagi, duit yang dikumpul itu kekal menjadi simpanan.

6. Buka akaun Amanah Saham Bumiputra (ASB)

Ramai orang Melayu tidak faham kebaikan yang ada pada Amanah Saham Bumiputra (ASB). ASB menyediakan platform untuk kita menyimpan sambil melabur.

Bahkan ASB turut menyediakan kadar dividen yang lebih tinggi dan lebih berbaloi daripada bank. Dua cara untuk anda simpan dalam akaun ASB adalah secara manual atau automatik.

Jika menggunakan cara automatik, anda boleh setkan mode Auto Deduction atau Auto Labur agar akaun tersebut memotong duit automatik dari akaun kita.

7. Berhenti gunakan kad kredit dan berhutang

Kad kredit amat bahaya jika kita jenis seorang yang leka dan boros berbelanja. Oleh kerana, wang yang keluar semuanya secara transaksi online kita tidak nampak berapa banyak hutang itu bertambah dan semakin bertambah.

Justeru itu, adalah lebih baik untuk elak dari menggunakan kad kredit dan berhutang selagi boleh.

Selain dari tips mengenai cara konsisten simpan duit ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan kewangan seperti:

Rujukan:

  1. Cara Kreatif Simpan Duit. Great Eastern
  2. 54 Ways To Save Money. America Saves
  3. How to Save Money: 22 Proven Ways. Nerd Wallet
  4. Bagaimana Menyimpan Duit Dengan Konsisten Dan Disiplin. Daily Rakyat

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.