Ada tetamu nak datang? Tak tahu nak hidang apa? Buntu? Sebab menu-menu yang terfikir semuanya leceh dan makan masa. Jangan risau kami di bidadari boleh membantu anda. Ini dia menu mudah untuk tetamu sekelip mata sahaja dah siap. Tapi bukan menu biasa-biasa ya. Masih grand orang putih kata. Menunya adalah Mee Rebus Daging. zup zap zup zap siap. Kalau ada periuk pressure cooker macam Noxxa tuh lagilah. Siap boleh berehat tau. Dan yang paling penting bahan-bahannya pun tak susah nak mencari. Ok. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Nasuha Mustaffa

Resepi Mee Rebus Daging

mee rebus daging

Imej via Facebook

Bahan:

  • 1 peket mee kuning (dicelur air panas untuk hilangkan pahit kapur)
  • 1 kg daging
  • Air rebusan daging
  • 3 sudu besar besar cili kisar
  • 2 biji Tomato blend
  • 1 sudu besar besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar besar serbuk kunyit
  • 1 kiub ayam (gantikan kiub ikan bilis xdak)
  • 4-5 sudu besar besar gula secukup rasa (kalau kurang tambahkan)
  • Garam secukup rasa
  • Perecah penambah rasa
  • 3 sudu besar besar tepung gandum @ 2 sudu besar besar tepung jagung

Bahan Hiasan:

  • Limau kasturi
  • Telur rebus
  • Cili merah/cili hijau
  • Daun sup & Daun Bawang
  • Bawang goreng
  • Taugeh
  • Tauhu goreng

Bahan Kisar Halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 3 biji keledek merah / ubi kentang
  • Udang kering

Cara-cara penyediaannya :

1) Rebus daging sampai empuk, kemudian daging dipotong kecil dan ketepikan air rebusan daging tadi. Masukkan semua bahan kisar, serbuk rempah dan cili kisar ke dalam periuk dan tuang dalam 500ml air (ikut citarasa memasing), masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan letak atas api .

2) Kacau semua bahan sehingga sebati, baru masukkan daging yang telah dipotong, biarkan kuah hingga mendidih, masukkan garam, gula, kiub ayam @ bilis. Masak sehingga ianya secukup rasa.

3) Bancuh tepung gandum @ tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah yang mendidih. Kacau dan rasa sehingga puas hati. Tutup api dan boleh makan.

Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Mee Rebus Daging ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.