Bagaimanakah cara jimat aircond dengan mudah untuk elak bil elektrik melambung tinggi setiap bulan?

Masuk sahaja bulan Mac, semua orang jadi resah. Mana tidaknya, cuaca panas dan kering dengan suhu maksimum harian melebihi 35 darjah Celcius menjadikan ramai yang tidak tahan berada di bawah terik matahari lama-lama.

Bila balik rumah, bukan kipas pun masih rasa bahang panasnya. Kalau ada aircond, memang itu sahajalah solusi yang ada.

Sejuk memang sejuk, tapi masalahnya pula takut membebankan perbelanjaan bulanan sendiri.

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara jimat aircond yang boleh anda lakukan.

1. Gunakan pemasa dan termostat

cara jimat aircond

Cara jimat aircond yang pertama adalah dengan menetapkan pemasa pada aircond dalam waktu tertentu. Cara ini boleh membantu menjimatkan lebih banyak wang untuk bil elektrik bulanan anda.

Ini adalah tabiat yang sangat baik untuk dilakukan jika anda tidur dengan aircond sepanjang masa dan sering terlupa untuk mematikannya.

Banyak sistem aircond udara yang mempunyai ciri yang membolehkan anda menetapkan bilangan jam yang anda mahu ia hidup. Dan ia akan mati sendiri secara automatik setelah masa yang ditetapkan itu tamat.

2. Tutup tingkap dan pintu

Memastikan pintu dan tingkap ditutup semasa membuka aircond mampu untuk meningkatkan kecekapan tenaga, mengekalkan kualiti udara dalaman, memastikan keselesaan yang konsisten dan memanjangkan hayat sistem aircond anda.

Hal ini kerana, tingkap atau pintu yang terbuka semasa menghidupkan aircond hanya akan memberi laluan kepada udara panas masuk. Kesannya tekanan aircond anda akan bertambah dan boleh menyebabkan ia rosak sebelum waktunya.

3. Matikan aircond semasa tidur

Aircond adalah antara penyedut elektrik terkuat di antara perkakas rumah yang lain. Justeru, anda boleh pilih untuk matikan aircond tersebut pada waktu-waktu yang sejuk dan redup seperti waktu malam dan lewat petang.

Semasa tidur pula sebenarnya anda disarankan untuk tutup aircond untuk melindungi diri daripada risiko kesihatan dan masalah yang menjengkelkan apabila bangun tidur.

Hal ini kerana pendedahan kepada aircond sepanjang masa khususnya ketika tidur akan menyebabkan anda sukar untuk mengawal iklim mikro di dalam bilik.

Ketika tidur memang amat sukar untuk kita pastikan suhu optimum dalam bilik kekal antara 25 dan 27°C yang disarankan.

Suhu di bawah 25°C akan mendedahkan badan kepada perubahan suhu yang berbahaya, kerana suhu badan anda turun dengan banyak pada waktu malam dan meningkatkan risiko masalah kesihatan tertentu.

4. Susun semula perabot bilik

cara jimat aircond

Mungkin tidak ramai tahu, susun atur dalam rumah juga memainkan peranan penting sebagai salah satu cara jimat aircond.

Sesetengah perabot boleh menghalang pergerakan laluan aircond sehingga menyukarkan sesebuah ruang untuk cepat atau kekal sejuk.

Justeru, jika anda ada menggunakan perabot kayu, cuba letakkannya di kedudukan yang menghalang kemasukan cahaya matahari di rumah anda. Kedudukan seperti ini bagus kerana perabot kayu boleh menjadi penebat haba terbaik di dalam rumah.

5. Pastikan sistem aircond bersih

Bersihkan atau penapis atau penapis sistem aircond anda setiap sebulan atau dua bulan sekali. Anda mungkin perlu menukar penapis dengan lebih kerap kerana beberapa faktor seperti penggunaan aircond secara berterusan, debu atau kotoran, atau mempunyai haiwan peliharaan berbulu di dalam rumah.

6. Buka kipas

Anda boleh menggunakan kipas untuk mengalirkan udara sejuk daripada aircond apabila anda menghidupkannya.

Ia akan menyejukkan bilik dengan lebih cepat dan mengurangkan beban sedia ada pada aircond.

Justeru menggunakan kipas sebagai pengalir udara setiap kali anda menghidupkan aircond adalah cara terbaik untuk lebih jimat dalam jangka masa panjang.

7. Pasang langsir hitam

Menukar langsir biasa menjadi warna gelap seperti hitam boleh mengurangkan pengunaan aircond anda dengan ketara dengan mengelakkan haba matahari.

Ia merupakan perubahan yang mudah dan menjimatkan kos yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kecekapan tenaga di rumah.

8. Hias ruang dengan tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan dalam rumah membawa manfaat yang sengat besar termasuklah sebagai salah satu cara jimat aircond.

Hal ini kerana menghias ruang rumah dengan tumbuh-tumbuhan merupakan cara mesra alam untuk mendapatkan udara yang lebih segar dan sejuk.

Ini kerana tumbuh-tumbuhan mengeluarkan air dan nutrien daripada tempat ia ditanam.

Pokok itu nantinya akan membebaskan zarah air melalui liang-liang untuk menyejukkan diri, menurunkan suhu udara di sekelilingnya.

9. Servis aircond secara berkala

cara jimat aircond

Seterusnya, cara jimat aircond adalah dengan melakukan servis aircond secara berkala. Penapis yang kotor atau tersumbat boleh mengurangkan kecekapan aircond anda sebanyak 5 hingga 15%.

Bersihkan dan gantikan penapis anda dengan kerap untuk mengelakkan kerosakan aircond penuh atau penambaikan yang mahal untuk isu seperti kebocoran karbon monoksida atau bahan yang rosak.

10. Tetapkan suhu 25 darjah Celsius

Menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, suhu 25°C adalah suhu optimum dan disyorkan untuk kebanyakkan jenama aircond.

Bukan itu sahaja, cara ini juga sangat berkesan untuk menjimatkan wang kerana ia kurang menggunakan elektrik.

Selain dari cara jimat aircond ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan dengan penggunaan aircond seperti:

Sumber:

  1. How to Save Electricity with an Air Conditioner. Top Aircond Services
  2. Tricks to reduce aircon electricity bill by 30%. Arlington

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.