Cara tanam pokok kari sebenarnya tidaklah begitu sukar kerana penjagannya yang mudah untuk anda ikuti.

Malah pokok kari juga diyakini boleh bertahan lama sehingga 2 tahun dan kekal subur.

Artikel pada kali ini  kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara tanam pokok kari dengan dua kaedah yang boleh anda lakukan.

Apa itu daun kari

Daun kari (Murraya koenigii) mempunyai rasa dan aroma yang paling kuat dan segar. Pokok ini berasal dari India, di mana dauannya boleh digunakan dalam masakan dan perubatan.

Mungkin ramai salah sangka, daun kari sebenarnya tidak sama dengan serbuk kari. Walaupun ia sering ditambah pada campuran rempah popular dalam masakan untuk menambah rasa pada hidangan seperti kari, ayam butter, dan sebagainya.

Daun kari juga sudah berkurun lamanya dalam perubatan Ayruveda kerana sifatnya yang antidiabetik, antioksidan, antimikrob, dan anti radangnya.

Cara tanam pokok kari dan tips jaga

Daun kari tumbuh di tanah yang dikeringkan dengan baik, dan lebih suka matahari dan penuh penyiraman biasa.

Ia sensitif kepada fros, lebih suka iklim yang lebih panas. Anda harus memangkasnya dengan kerap untuk menggalakkan pertumbuhan yang lebih lebat dan kemudian manuai daun hanya seperti yang diperlukan untuk kegunaan masakan.

Cara tanam pokok kari dari keratan batang

1. Potong batang kari yang sudah tua, dalam 4 hingga 5 inci.

2. Buang kulitnya separuh. Jangan buang sekeliling batang.

3. Pastikan batang keratan anda seperti gambar di bawah ini.

cara tanam pokok kari

4. Letak di atas tanah dengan bahagian yang telah dikelar menghadap ke bawah. Anda boleh siram hari-hari.

cara tanam pokok kari

5. Melalui cara ini, keratan batang akan keluarkan tunas lebih banyak. Anda boleh dapat serumpun pokok kari. Gambar terakhir ini adalah pokok kari nantinya akan bertunas selepas lebih kurang seminggu.

cara tanam pokok kari
cara tanam pokok kari

Tips rawat pokok kari dengan bintik hitam

cara tanam pokok kari

Pokok kari walaupun merimbun, daunnya mudah diserang dengan bintik-bintik hitam. Sekiranya tanaman anda dijangkiti masalah berikut anda boleh lakukan seperti petua di bawah ini:

1. Pertama sekali, anda perlu buang semua daun yang ada bintik hitam. Jika terlalu banyak bintik hitam pada daunnya, pilihan yang terbaik adalah cantas sahaja dahannya.

2. Selepas dicantas, anda boleh siram seperti biasa. Taburkan juga baja organik atau bahan-bahan kompos seperti air beras, air ikan, kulit bawang dan sebagainya.

3. Tunas biasanya akan mulai kelihatan tumbuh dalam masa lebih kurang 2 minggu. Elak dari letak tanaman anda di tempat yang redup untuk menjauhkan ia dijangkiti masalah bintik hitam lagi.

4. Dalam masa sebulan, daun pokok kari anda akan tumbuh merimbun. Sembur menggunakan cuka kayu yang anda buat sendiri untuk elak serangga berulang kembali.

Selain dari tips cara tanam pokok kari ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan ilmu perkebunan seperti:

Sumber:

  1. Right Way To Grow Curry Leaf Plant. Urban Gardening
  2. Curry Leaf Care – Growing Curry Leaf Tree In Your Garden. Gardening Know Now
  3. Cara Menanam Pokok Kari Dari Keratan Batang. Fazli Che Fauzi

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.