HOYA Malaysia memperkenalkan Sensity Colours, inovasi terbaharu dalam rangkaian kanta fotokromik yang menggabungkan teknologi canggih dengan gaya moden. Dihasilkan khusus untuk menyesuaikan diri dengan cuaca tropika Malaysia, kanta ini mampu berubah tona warna secara automatik mengikut intensiti cahaya serta dapat memberikan penglihatan yang jelas, selesa, dan dilindungi sepanjang masa

Sensity Colours hadir dalam enam pilihan warna menarik – Lovely Pink, Green Zen, Aqua Blue, Orange Splash, Energizing Orange, dan Dynamic Yellow. Setiap warna bukan sahaja menonjolkan personaliti, malah menawarkan perlindungan UV 100% dan pengurangan silau yang unggul melalui lapisan fotokromik kelabu. Teknologi ini memastikan kanta kekal neutral di dalam bangunan dan gelap seumpama cermin mata hitam ketika terdedah kepada cahaya matahari.

Menambah elemen estetik, pengguna boleh memilih lapisan khas seperti Hi-Vision SUN Pro, Light Mirror Copper, atau Light Mirror Blue yang memberikan kemasan tahan calar dengan pantulan lembut yang menaikkan gaya.

Menurut Lew Chee Quin, Pengarah Urusan HOYA Malaysia, Sensity Colours ialah simbol keseimbangan antara fesyen dan fungsi, sesuai untuk mereka yang aktif, peka gaya, dan pentingkan kesihatan mata.

Produk ini bakal tersedia bermula 15 Oktober 2025 di seluruh rangkaian optikal HOYA. Untuk maklumat lanjut, layari www.hoyavision.com/my

Penulis: nadiah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.