Jika ada seorang pencinta fotografi, pastinya anda sangat teruja dengan model baru yang dikeluarkan oleh Canon ini. Canon EOS R10 Mirrorless Camera Body adalah kamera pertama dalam siri R yang memperkenalkan penggunaan sensor APS-C. Canon memperkenalkan 2 kodel baru dengan ciri ini iaitu EOS R7 dan EOS R10. Namun EOS R10 lebih mencuri perhatian kami. Jom kami kongsikan harga dan spesifikasi Canon EOS R10 Mirrorless Camera Body.

Sumber: Amatuerphotographer

Oleh kerana kamera ini menggunakan sensor APS-C yang lebih kecil, maka ia mempunyai lensa yang lebih kecil dan seperti yang dijangka, Canon turut memperkenalkan 2 lensa baharu dalam siri RF-S iaitu RF-S 18-45mm F4.5-6.3 IS STM dan RF-S 18-150mm IS STM. Ia adalah kit lense yang boleh dibeli dalam pakej yang berkaitan. Namun anda boleh saja gunakan lensa sedia ada.

Bagi kategori Canon EOS R, R10 boleh dikatakan sebagai salah satu kamera dalam kategori entry yang sesuai untuk mereka yang baru mula menceburi dunia fotografi. Namun tak perlu risau, sistem autofokus EOS R10 adalah setanding dengan EOS R yang lain. Untuk harganya, harga permulaan yang diletakkan oleh Canon Malaysia ialah RM3969.00 sehingga RM5699.00, bergantung kepada yang mana satu pakej pilihan anda.

EOS R10 (badan): RM3969.00

EOS R10 dilengkapi dengan sensor 24.2MP APS-C CMOS. Ia adalah sensor yang digunakan oleh model EOS-M yang diperkenalkan sebelum ini. Kemampuan merakam kamera ini ialah pada kadar 4K UHD (6k oversampling) dan 4K 60p. Crop factor  EOS R10 ialah 1.56x. Sementara EVF kamera ini ialah OLED 2.36MP dengan kadar segar semula 120Hz.

Bagi panel LCD di bahagian belakang, ialah boleh dikilas dan bersaiz 3” dengan resolusi 1.04MP. Untuk fungsi continuous shooting, kemampuan kamera ini ialah pada kadar 23 fps dengan AF/AE tracking. EOS R10 mempunyai 1 slot kad SD.

Dengan pembelian, anda akan mendapat:

  • USB-C
  • Jek mikrofon 3.5mm
  • Mikro HDMI
Sumber: Snapshot Canon Asia

EOS R10 + RF-S 18-45mm F/4.5-6.3 IS STM: RM4.827

Dengan pembelian pakej ini, anda akan mendapat semua yang ada dalam pakej body, dan tambahan lensa RF-S 18-45mm F4.5-6.3 IS STM. Lensa ini akan memberikan anda pengalaman fotografi yang menarik, berbanding penggunaan lensa sedia ada pada badan EOS R10.

Sumber: Foto-erhardt

EOS R10 + RF-S 18-150mm F/3.5-6.3 IS STM RM6,057

Dengan pembelian pakej ini, anda akan mendapat semua yang ada dalam pakej body, dan tambahan lensa RF-S 18-150mm IS STM. Ini adalah lensa terbaik yang anda boleh cuba dengan EOS R10. Pastinya anda akan menghasilkan gambar-gambar yang berkualiti tinggi setaraf dengan jurugambar profesional.

Itulah dia harga dan spesifikasi Canon EOS R1 Mirrorless Camera Body yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga membantu anda dalam mencari kamera yang terbaik. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang kamera mirrorless terbaik di Malaysia dan kamera 360 terbaik di Malaysia.

Rujukan:

  1. My Canon
  2. Soya Cincau

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.