Rugi kalau tidak cuba resepi viral chicken perattal. Guna semua bahan dekat rumah jadi ayam perattal lazat. Masak perattal atau peratal ialah kari kering India Selatan tradisional yang dimasak dengan daging, ayam dan/atau sayur-sayuran.

Chicken perattal memang sedap sangat. Anak-anak boleh makan sampai jilat-jilat jari. Tapi untuk sesuaikan dengan tekak melayu yang inginkan rasa lemak-lemak, anda boleh cuba bubuh santan sedikit, gula sedikit. Daun ketumbar itu wajib ya kerana kalau tidak ada daun ketumbar tidak memikat bau dia.

Tanpa tunggu lama, mari cuba masak ayam perattal. Resepi dikongsikan oleh Intan Kimi Kimot di laman Facebook. selamat mencuba.

Resepi Chicken Perattal

ayam perattal

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam (potong kecil-kecil atau besarkan size dan goreng sekejap),
  • Sebiji tomato – potong dadu,
  • Daun kari,
  • Daun ketumbar – mayang,
  • 5 biji bawang kecil,
  • 5 ulas bawang putih,
  • Halia besar ibu jari,
    (Blend bawang dan halia)
  • 1 batang kayu manis,
  • 4 biji buah pelaga,
  • 2 bunga lawang,
  • ½ sudu besar jintan manis,
  • 2 ½ sudu besar serbuk cili,
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam,
  • 1 ½ sudu kecil serbuk kunyit,
  • Santan sikit kalau suka,
  • Garam dan gula.

Cara-cara :

  1. Tumis buah pelaga, kayu manis, bunga lawang, jintan manis dan daun kari sampai wangi.
  2. Masukkan bahan blend, tumis sampai naik minyak.
  3. Masukkan serbuk kunyit, ayam, dan tomato. Kacau.
  4. Bubuh air sedikit dan masak sekejap.
  5. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari. Kacau sebati.
  6. Bubuh santan dan air sedikit. Bubuh gula dan garam. Masak sampai masak.
  7. Akhir sekali bubuh bawang bulat dan daum ketumbar.
    Mabeles rasa dia. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain ayam perattal, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.