Banyak resepi ayam viral yang perlu anda cuba kerana bukan sekadar viral, malah pasti buat ramai bertambah. Masakan berbahan asas ayam memang selalu digemari. Hampir seluruh masyarakat malaysia sangat menyukai ayam dan menjadikannya makanan harian. Daging ayam yang wangi dan lembut serta perpaduan rempah-rempah dalam masakan sangat membangkitkan selera.
Aneka resepi ayam viral yang menarik dan banyak dicari oleh rakyat Malaysia telah kami tuliskan di bawah ini. Secara keseluruhan resepi ini sangat mudah diikuti.
Dengan 30 resepi ayam viral yang gempak ini, anda boleh mencipta hidangan sedap dan menarik macam restoran di rumah anda. Konfirm ahli keluarga akan suka hidangan ayam yang anda sajikan, selamat mencuba.
Ayam Goreng Bawang Putih
Ayam goreng bawang putih pernah tular di Tiktok dengan keenakannya. Dah jemu makan ayam goreng kunyit atau ayam goreng crispy? Cubalah resepi ini. Teksturnya memang rangup di luar dan lembut di dalam. Mesti lebih berselera kerana aroma bawang putih yang memikat. Resepi berikut dikongsikan oleh Novelis Affieyza Isahak.
Bahan kisar:
Telur – sebutir
Bawang merah besar – sebiji*
Bawang putih – 3 ulas*
Halia – 1 inci*
Bahan lain:
Sos tiram – 2 sudu
Kiub pati ayam (cairkan: ikut anggaran ayam banyak mana)
Serbuk perasa dan gula
Tepung ubi – 2/3 sudu
Cara penyediaan:
Kisar bahan kisar.
Curahkan ke atas ayam dan campurkan dengan sos tiram, kiub pati ayam, serbuk perasa, gula dan tepung ubi.
Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.
Goreng macam biasa. Masa alihkan ayam, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
Ayam Rebus Viral
Resepi ayam viral ini mendapat perhatian ramai khususnya yang tengah diet. Mudah dan cepat untuk dimasak kerana menggunakkan lima bahan sahaja. Dalam resepi ini, Makcik Ratu memberikan dua pilihan untuk rempah iaitu boleh menggunakan chilli flakes mahupun paprika. Paprika kurang pedas berbanding berbanding cili flakes.
Bahan-bahan:
2 chicken whole leg (kelar-kelar)
3 sdb cili flakes atau paprika
1 sdb oregano kering
1 sdb serbuk black pepper
Secukup rasa Maggi/ mushroom/ garam
Air
Cara penyediaan:
Rebus ayam dengan kadar air agak-agak menutupi ayam sahaja.
Masukkan chilli flakes atau serbuk paprika, serbuk black paper dan secukup rasa.
Kacaukan dan tutup periuk sehingga air kering, ayam masak dan kuah menjadi pekat.
Ayam Bakar Kewpie
Shafiqah Abd Razak pula berkongsikan resepi ayam, juga pernah tular di media sosial. Menggunakan empat bahan sahaja, anda boleh menghasilkan menu makan tengah hari atau makan malam yang enak. Menu ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan diet.
Bahan-bahan :
Ayam (pilih bahagian yang disukai, hiris sikit di atasnya dan basuh bersih)
Kewpie dressing roasted sesame (botol kecik pun ada)
Sos tiram
Serbuk black pepper
Cara-cara :
Ambil ayam yang telah dibasuh bersih tadi ke dalam satu bekas yang sesuai dan ada penutupnya. Curahkan kewpie dressing roasted sesame agak-agak bagi rata seluruh ayam dengan terutama bahagian yang kita hiriskan tadi.
Curahkan pula sos tiram bersama serbuk black pepper.
Gaul rata bagi kena keseluruhan dan tutup bekas tersebut dan simpan di dalam chiller semalaman.
Keesokannya, boleh bakar ayam perap dalam magic pan dengan api sederhana menggunakan minyak masak yang sederhana. Jangan lupa terbalikkan juga. Cuma bakar ini ambil masa yang lama sedikit. Jika mahu goreng juga boleh, goreng seperti biasa di dalam kuali. Jika panggang lebih sedap.
Apabila ayam sudah masak, hidangkan ayam dalam pinggan dan boleh curahkan kewpie di atas ayam yang sudah siap dibakar.
Kari Ayam Bangladesh
Dah jemu makan kari ayam biasa? Jom ikut resepi kari ayam Bangladesh yang dikongsikan oleh Makcik Ratu di Facebook. Sedikit kelainan dari resepi asal apabila beliau memasukkan yogurt dalam masakan ini. Nak tahu rasanya, jom cuba resepi di bawah:
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 12)
Bahan kisar:
7 ulas bawang kecil
7 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sdt jintan putih biji/ serbuk
10 biji cili padi (jika suka pedas)
1 btg cili merah (optional)
Bahan hiris:
1 biji bawang besar hiris nipis
2 btg kulit kayu manis
7 buah pelaga
1 sd makan serbuk cili
3 sd makan serbuk kari daging
1 sdm serbuk kunyit
1/3 cawan minyak
1 kiub ayam atau serbuk perasa
Garam
Bahan lain:
2 sudu yogurt
Air secukupnya
Cara penyediaan:
Masuk semua bahan ke dalam periuk dan masak sampai ayam dan kentang empuk.
Nasi Ayam Claypot
Menu ini turut pernah tular di media sosial. Namun memang sukar untuk mencarinya di restoran yang halal. Nasib Rozmaliza Omar berkongsi resepinya di Facebook. Ramai yang dapat mencuba dan merasai keenakan sebenar nasi ayam claypot. Aroma masakan di dalam periuk khas ini menambahkan lagi kelazatannya. Nak lagi pedas, makanlah bersama sos Thai.
Bahan-bahan nasi:
1 tin susu beras
2 tin susu air
1 kiub pati ayam
Bahan-bahan ayam kicap:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih**
2 inci halia**
4 biji cili kering (potong-potong)
5 sdb kicap manis
4 sdb sos cili
2 sdb sos tiram
1 sdb minyak bijan
Sedikit air
8 kuntum cendawan shitake kering (rendam bagi lembut)
Garam dan sedikit gula
Daun bawang (dipotong)
Cara-cara masak nasi:
Masukkan beras, air dan kiub ayam ke dalam claypot. Masak hingga nasi separuh masak.
Cara masak ayam kicap:
1. Tumbuk bahan ** dan tumis bersama cili kering hingga wangi. Masukkan ayam dan biarkan sekejap.
2. Masukkan air, kicap, sos dan cendawan. Biarkan ayam dan cendawan lembut. Perasakan garam dan sedikit gula. Kacau rata. Tutup api.
3. Apabila nasi sudah separuh masak, letak ayam cendawan kicap tadi ke atas nasi, rata-ratakan.
4. Tudung semula periuk nasi dan masak sehingga nasi betul-betul masak.
Masa nak hidang, letak 2 biji telur mata (goreng separuh masak). Letak hirisan daun bawang dan renjis minyak bijan atas nasi ayam.
Resepi Ayam Goreng Kedai Mamak
Siapa yang tak suka ayam goreng mamak. Kerangupan dan kriuk-krik nya yang lazat sangat disukai tekak orang melayu. Berikut ini resepi ayam goreng ala kedai mamak yang dikongsikan oleh Nurul Syafiqah di Facebook. Sila cuba resepi ini.
Bahan-bahan :
Ayam
Bawang Putih
Halia
Daun Kari
Tepung Jagung
Tepung Beras
Serbuk Kari
Lada Sular
Cili Powder
Telur 1 biji
Garam dengan Aji
Cara Memasak :
Gaulkan semua bahan-bahan di atas.
Kemudian perap selama 1-3 jam.
Goreng.
Resepi Ayam Goreng Kunyit
Ayam goreng kunyit selalu menjadi lauk pilihan di kedai makan melayu. Ayam ini dimasak dengan menggaulkan rempah kunyit dan pelbagai rempah lainnya dengan bahan lauk sehingga menampakkan warna yang kekuningan. Kami hadirkan untuk anda resepi ayam goreng kunyit yang mudah dikongsikan oleh Nina Mahdar di Facebook. Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
Dada ayam, dipotong dadu **
1 sm kunyit **
1 sm lada sulah (serbuk) **
1 sm serbuk kari **
1 sm tepung jagung **
1 sk gula pasir
1 sm sos tiram
Bahan Sampingan :
Lobak merah, potong halus
Cili padi, diketuk (nak pedas sila tambah lagi)
1 labu bawang merah – hiris halus
lada merah hiris halus
Bunga kobis
Kacang panjang, potong-potong
Cara Memasak :
Satukan bahan yang bertanda **. Gaul sebati.
Panaskan minyak masak. Minyak jangan terlalu banyak.
Goreng ayam terlebih dahulu sehingga sedikit garing dan tidak melekat di kuali.
Kemudian masukkan sayuran yang bertekstur keras seperti lobak dan lain-lain.
Masukkan bawang merah dan lada.
Kemudian masukkan bunga kobis.
Akhir sekali masukkan kacang panjang.
Perasakan dengan sedikit garam. Kacau sehingga sebati.
Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dihidang.
Resepi Ayam Penyet
Masakan asal Jawa ini merupakan salah satu makanan terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bagaimana tidak, rasanya yang garing dikombinasi dengan pelengkap dan ratus rempah, sangat disukai untuk dijadikan makanan tengah hari. Merujuk resepi yang dikongsikan oleh Nur Alyani di Facebook, sila ciptakan ayam penyet sedap buatan anda.
Bahan-bahan :
Ayam
Lengkuas
Halia
Daun salam (bay leaf)
Kunyit
Bawang Putih
Garam
Air
Bahan Sambal :
Cili api
Cili besar
Bawang putih
Tomato 3 biji
Cili kering yang sudah direbus
Cara Memasak :
Panaskan air.
Masukkan lengkuas titik, halia titik, daun salam (bay leaf), kunyit, garam dan bawang putih (tumbuk).
Perasakan dengan garam dan limau nipis sebab nak bagi ayam ada rasa.
Kemudian masukkan ayam.
Tunggu sampai separuh masak. (Nak sampai masak betul pun boleh, sebab nanti ayam kena goreng juga).
Jika sudah separuh masak, goreng ayam.
Smash ayam sampai penyet.
Tauhu, tempe rebus dulu dalam air rebusan ayam kemudian goreng.
Cara Memasak Sambal Penyet :
Goreng satu-satu bahan sambal tadi. Cili, tomato dan bawang putih. Cili kering yang sudah direbus tak perlu goreng boleh terus tumbuk saja.
Jika sudah siap goreng, semua bahan-bahan tadi ditumbuk hancur dan perasakan dengan garam, gula, asam limau. Nak letak belacan sikit pun boleh.
Resepi Ayam Goreng Berempah
Masakan ayam satu ini juga merupakan makanan yang famous dalam kalangan masyarakat Melayu. Yang paling menarik dari makanan ini ialah serdak-serdaknya yang kaya akan rempah. Ayam goreng berempah sangat sesuai dimakan bersama nasi putih. Sila cuba dirumah anda resepi ayam goreng berempah yang dikongsikan oleh Murni Rahmat di Facebook.
Bahan kisar
Resepi untuk setengah ekor ayam.
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia dan lengkuas 2 inci
Cili kering/serbuk cili. Kuantiti ikut selera masing-masing, kalau taknak letak pun boleh.
Serai 3 batang
Ketumbar 1 sudu
Jintan manis setengah sudu
Buah keras 3 biji, tak letak pun boleh
Bahan Perap
Serbuk kari 1 sudu penuh
Garam
Daun kari sedikit
Secubit gula
1 sudu tepung beras dan 1 sudu tepung jagung
Sedikit bahan perasa contohnya hilal/aji/cukup rasa dan lain-lain.
Cara Memasak :
Blend semua bahan dengan 2 biji telur dan air asam jawa pekat. (Jangan bagi air, kalau letak air pun setakat untuk bagi blender pusing saja).
Potong ayam besar-besar, selalunya potong 4.
Perap ayam dengan bahan kisar dan bahan perap tadi selama 30 minit, (perap satu malam lagi bagus).
Goreng dengan api sederhana, tutup dengan penutup periuk sewaktu menggoreng. 2-3 minit sebelum angkat kena buka tutup periuk. Kaedah ini untuk dapatkan ayam yang rangup tapi berjus di dalam.
Untuk dapatkan serat yang garing. Bila sudah siap goreng semua ayam, ambil serdak-serdak yang tinggal dan goreng dengan api sederhana. Masa tengah goreng, kacau-kacau serdak tu supaya dia tak bergumpal atau berketul. Bila sudah garing, angkat, tos dan tabur pada ayam goreng tadi.
Mendengar namanya saja sudah menarik apalagi memakannya. Kerana rasa yang unik inilah chicken mango menjadi salah satu antara makanan yang paling dicari 2018. Kami tuliskan untuk anda resepi chicken mango yang paling mudah dan sedap dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di Facebook. Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
Isi ayam bahagian peha/dada
Tepung goreng bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
Panaskan minyak.
Celup isi ayam dalam tepung bestari yang dibancuh dengan air.
Kemudian golekkan atas tepung bestari sekali lagi dan goreng hingga kekuningan (deep fry).
Parut mangga muda, carrot dan sedikit bawang besar.
Bahan Sos :
Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Air sikit
Cara Membuat Sos:
Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (bubuh akhir sekali).
Tuang sos di atas ayam yang siap potong dan gaul dengan mangga parut tadi. Siap.
Resepi Ayam Masak Merah
Ayam masak merah dapat dijumpai dimana-mana kedai Melayu. Ayam masak merah biasa dijadikan lauk untuk nasi putih mahupun nasi lemak. Sila baca dan ikuti resepi ayam masak merah yang dikongsikan oleh Maimunah Binti Zulkifli di Facebook seperti di bawah ini.
Bahan-bahan :
1 ekor ayam
3 senduk cili kering atau ikut kepedasan masing-masing
3-5 biji bawang besar
5 biji bawang kecil india
3-5 ulas Bawang putih
Kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang & buah pelaga
Halia 2 inchi
1 tin kecil puree tomato
1 kotak kecil santan
2-4 sudu makan minyak sapi ( rahsia ke-2 )
2 cawan minyak masak
3 batang serai
3 helai daun pandan ( ini rahsia utama ) Ikat gumpal.
2 biji buah keras
½ botol sos tomato ( Kimball )
½ botol sos cili ( Kimball )
Gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak :
Goreng ayam separuh masak (ketepikan).
Panaskan minyak sapi.
Masukkan rempah sekawan.
Blanderkan/racik bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan serai dan daun pandan. Tumis lagi sehingga naik bau.
Masukkan cili kering dan buah keras, tumis hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan 1 tin puree tomato, sos tomato, sos cili, gula dan garam secukup rasa. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam, gaul sebati hingga masak. Apabila ayam sudah masak masukkan santan 1 kotak kecil. Gaul sehingga masak.
Ini ialah resepi yang paling dicari. Ayam bakar Kenny Rogers telah menarik hati orang ramai. Mulai sekarang anda tak perlu lagi pergi restoran untuk menyantap hidangan ini. Sila cuba resepi ayam bakar yang dikongsikan di Facebook oleh Cik Poojadi bawah ini dan ciptakan ayam bakar restoran di rumah anda.
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (cuci bersih)
2 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sb pati oren Sunquick (yang dalam botol)
1 senduk sos blackpaper aka sos lada hitam
3 sb majerin (cairkan atas api)
1 biji ubi kentang (rebus empuk)
1 ketul kiub pati ayam
1 sk garam
2 sb gula pasir
Kentang, brokoli, tomato, cerry (optional)
Cara Memasak :
Blend semua bahan-bahan dengan sedikit air.
Sudah blend semua, perapkan dengan ayam selama 2 jam sebelom bakar. (Lagi lama perap lagi sedap).
Kemudian bakar suhu 200° selama 45 minit atau sampai masak. (Api atas bawah, ikut pada oven masing-masing. Yang suka crunchy diluar lembut juicy didalam, boleh letak suhu tinggi).
Aduhai! Tiba-tiba sahaja rasa terliur terbayang jika dapat makan ayam masak cili kering tengah hari ini. Ayuh buat ayam masak cili kering untuk makan tengah hari ini. Resepi dibagikan oleh Fatin Pauzi di laman Facebook. Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
Bawang merah dimayang dan dipotong besar (2 versi),
Bawang putih dimayang,
Lada besar 1 biji dimayang,
Cili padi 3 biji dimayang,
Cili kering 10 tangkai dipotong kecil-kecil,
Daun kari,
Sos cili, sos tomato dan sos tiram,
Paste asam jawa,
Tepung gandum,
Telur.
Cara-cara :
Ayam dipotong kecil. Basuh ayam dengan air garam.
Lepas basuh, celup ayam dalam telur dan tepung.
Goreng ayam. Toskan minyak ayam.
Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.
Masukkan sedikit air. Biar sedikit pekat.
Masukkan pes asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
Bila sebati, biar sekejap dan siap.
Resepi Ayam Goreng Pedas Korea
Fafae Mimie berkongsikan cara memasak ayam goreng pedas Korea mudah di laman Facebook. Dengan resepi ini anda boleh masak dan mengisi perut tanpa harus pergi ke restoran Korea, sudahlah harganya mesti mahal bukan? Penggemar makanan Korea, apa tunggu lagi? Jom cuba resepi ayam viral ini.
Bahan-bahan :
Ayam,
Lada hitam,
Halia 2 inchi,
Bawang puti,
Tepung bestari,
Bijan,
Cili kisar,
Cuka,
Madu,
Gula,
Sos cili.
Cara-cara :
Mula-mula perap 10 minit ayam bersama sedikit lada hitam, halia tumbuk 2 inci dan bawang putih tumbuk 4-5 ulas.
Gaul ayam dengan tepung bestari/apa-apa tepung dan goreng.
Ketepikan.
Cara Buat Sos :
Mula-mula sangai bijan, ketepikan.
Tumis 2 ulas bawang putih, 5 sudu cili kisar. Tumis sampai garing.
Masukkan 5 titik cuka, 1 sudu madu, gula agak-agak.
Masukkan sos cili 4 sudu.
Masak semua bahan hingga sebati. (Jangan tambah air, nanti ayam tidak rangup).
Masukkan ayam, gaul sebati.
Tabur bijan. Sedia dihidangkan.
Resepi Ayam Masak Halia Chinese Style
Masakan ini sedap dimakan dengan nasi panas. Ianya berkuah dan kuahnya pula sedap jadi makin menambah nafsu makan, anak-anak pun suka. Tanpa buang masa, mari lihat resepi yang dikongsikan oleh IsMa Lyeza di laman Facebook sekarang juga. Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
2 keping dada ayam dipotong kecil,
2 inci halia dihiris panjang,
3 sudu besar kicap cair/kicap masin,
Garam, (bahan digaul dan diperap 5-10 minit).
4 ulas bawang putih diricik halus,
Hirisan cili padi,
4 tangkai cili kering,
1 ½ sudu kecil sos tiram,
1 ½ sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air,
1 camca kecik stok ayam,
Bawang besar dipotong baji,
Minyak bijan/biasa untuk menumis.
Cara-cara :
Tumis bawang putih, cili padi, halia hiris, cili kering.
Masukkan ayam yang sudah diperap tadi. Digoreng sampai masak.
Masukkan sos tiram dan stok ayam.
Masukkan bancuhan air tepung jagung.
Perasakan dengan garam dan gula sedikit.
Masak sampai sebati dan seimbangkan kepekatan kuah.
Resepi Ayam Percik Kelantan
Resepi ayam percik Kelantan menggunakan teknik Chef Wan yang sangat simple yang dicubakan oleh Yuss Aisya di laman Facebook. Tekstur ayam juicy dan empuk dicecah dengan kuah percik yang creamy. Tidak hairanlah mengapa ramai beratur panjang di kedai ayam percik di sekitar Kelantan. Resepi di bawah ini ialah untuk satu ekor ayam.
Bahan perap tumbuk :
4 ulas bawang merah kecil,
3 ulas bawang putih.
1 inci halia,
Sedikit garam.
Lumur bahan tumbuk dengan ayam, biarkan satu jam.
Bahan percik :
½ kotak santan pekat (200 ml – baki lagi ½ kotak masuk kemudian – jika ayam besar guna santan lebih lagi),
2 batang serai (kalau serai besar 1 batang cukup),
1 inci halia,
½ inci lengkuas (optional),
5 tangkai cili kering rebus dan buang biji,
1 cawan air (cawan besar 250 ml). (Blend kesemua bahan di atas).
1 keping asam keping saiz sederhana,
4 sudu besar gula (tidak manis sangat pun tidak perlu risau banyak gula).
1 sudu garam atau kiub ayam ikut citarasa sendiri.
Cara-cara :
Masak bahan kuah percik dengan api sedang dan kacau perlahan.
Bila sudah menggelegak, baru masukkan ayam. Simbah-simbahkan kuah pada ayam. Masak 5 minit. Kemudian balikkan ayam dan masak lagi 5 minit. Proses ini akan kunci jus ayam dan serap lebih rasa percik. Jangan lupa simbah-simbah dan godek-godek perlahan ayam supaya tidak melekat di kuali. Buat sampai ayam habis.
Lepas 10 minit rebus dalam kuah. Angkat ayam dan bubuh di atas tray. Pastikan ayam bersalut percik. Lapik dengan daun pisang. Jika tidak ada daun pisang, boleh guna baking paper.
Bakar dalam oven yang telah preheated 230°C selama 30 minit. Jika ayam besar tambah lagi masa.
Baki ½ kotak santan masukkan dalam kuah percik tadi dan masak hingga berkrim.
Perasakan kuah. Ingat kuah wajib rasa masam, masin, manis, pedas yang seimbang baru jadi.
Siap.
Resepi Ayam Bakar Berempah
Senang cara buat ayam bakar berempah ini. Rasa enak yang berasal daripada rempah perapan ayam yang dilumurkan bersama ayam membuat ayam terasa amat juicy dan beraroma merangsang semasa dibakar. Resepi perkongsian ramai di laman Facebook dikongsikan oleh Cik Epal di laman Facebook.
Bahan-bahan :
4 ketul ayam thigh (boleh guna bahagian ayam yang anda suka, kalau kepak ayam kecil-kecil boleh guna 8 ketul),
2 sudu besar rempah kari,
2 sudu besar sos tiram,
2 sudu besar sos cili,
2 sudu besar serbuk ayam,
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar,
Garam secukup rasa.
Bahan kisar :
1 biji bawang besar,
3 biji bawang putih,
1 inci halia,
Cara-cara :
Lumurkan semua bahan pada ayam.
Kemudian ayam diperap selama 3 jam dalam peti sejuk. Kalau mahu lagi sedap perap semalaman. Tinggalkan sedikit bahan perap.
Panaskan oven 200°C dulu selama 30 minit dengan api atas bawah.
Seterusnya bakar ayam selama 1 jam.
Jika sudah lepas 1 jam, keluarkan dulu ayam.
Lumur balik ayam dengan bahan perap yang tinggal sedikit tadi. Minyak-minyak ayam yang keluar daripada ayam pun boleh dijiruskan dan mandikan ayam.
Bakar lagi selama 15 minit.
Tips :
Kalau suka ayam bahagian dada, masa yang diambil untuk masak lagi singkat. Sebab dada ayam cepat masak. Masa untuk bakar bergantung kepada jenis ayam atau size ayam. Kalau guna thigh macam maka sama dengan resepi ini.
Resepi Ayam Madu Bakar Pasar Malam
Ramai sangat yang cari resepi ini. Oleh itu, pada perkongsian ini kami hadirkan resepi ayam madu bakar khas pasar malam untuk anda cubakan di rumah. Resepi mudah daripada Yaya VictoryYaya di laman Facebook.
Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong dengan size bersesuaian,
2 sudu besar perencah nasi goreng cina cap seri aji,
2 sudu besar serbuk cili,
2 sudu kecil serbuk lada hitam,
3 sudu besar sos tiram,
4 sudu besar kicap,
2 sudu besar sos thai,
5 sudu besar sos cili,
1 sudu besar serbuk bawang putih,
1 biji air limau nipis,
1 cawan madu.
Cara-cara :
Kacau rata kesemua bahan untuk diperap bersama ayam selama 2-3 jam.
Jika sudah siap perap selama 2-3 jam, boleh terus dibakar.
Siap.
Resepi Ayam Panggang BBQ
Ayam panggang BBQ biasanya selalu menjadi peneman acara kemah mahupun acara outdoor lainnya. Tentunya kepiawaian dalam memasak menggunakan resepi yang sedap adalah sangat penting. Resepi daripada Rosma Ros ini dibuat dengan penuh kasih sayang dan khas untuk anda pecinta BBQ. Jom cuba resepi ayam viral di bawah:
Bahan-bahan :
Ayam seekor ikut suka potong mahupun tidak potong
3 biji bawang merah/sebiji bawang besar
5 ulas bawag putih
Seinci halia
3 batang serai ambik umbut saja
Satu sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
Satu sudu ketumbar
Lada hitam satu sudu
10 biji cili kering rebus buang biji
Sikit minyak untuk bagi hancur semua
*Blender semua bahan kecuali ayam.
Bahan sos :
2 sudu besar penuh tinggi sos BBQ
1 sudu penuh sos tiram
2 sudu penuh sos lada hitam
2 sudu kicap manis
Satu sudu sos cili
2 sudu madu/gula merah
Garam ikut keperluan
1 sudu pati ayam
Cara Menyediakan :
Perap semua bahan dengan ayam.
Perasakan dengan garam.
Perap sekurang-kurangnya satu jam. Lagi lama lagi sedap.
Bakar pakai arang pun boleh.
Kalau mahu pakai oven masukkan ayam dengan kuah sekali.
Kalau bakar bakai kuali leper, letak sedikit minyak panas. Kemudian masukkan ayam. Gunakan api slow. Sentiasa balik-balikkan ayam. Curah kuah sedikit demi sedikit. Bila sudah masak, curah lagi lebihan perap sekejap dan bagi berkilat baru angkat.
Siap.
Resepi Ayam Kukus Chinese Style
Berbicara tentang sihat, ayam kukus memang antara hidangan yang cukup sihat. Ia tidak berminyak, tiada kolesterol tinggi. Sesuai untuk orang yang sedang dalam masa berpantang. Hairul Nizam Ijam dan Illyani Daud telah berkongsikan resepi menarik ini di laman Facebook tentang resepi ayam kukus. Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam).
2 inci halia dihiris nipis,
5 batang daun bawang dipotong panjang,
Garam secukup rasa,
Bahan Perap :
3 sudu besar kicap cair,
2 sudu teh minyak bijan,
1 sudu teh lada serbuk hitam.
Garam secukup rasa.
Gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 1 jam.
Cara Penyediaan :
Panaskan kukusan pada api besar.
Susun ayam di atas pinggan kukusan.
Taburkan halia dan daun bawang.
Kukus sehingga empuk.
Siap.
Resepi Ayam Masak Kicap
Ayam masak kicap biasa dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi. Ayam masak kicap boleh disantap pada waktu petang mahupun malam. Kanak-kanak sangat menyukai ayam masak kicap kerana rasanya tidak pedas. Resepi ini dikongsikan oleh Zur Ain Salim di Facebook. Sila cuba dan buat ayam masak kicap versi anda.
Bahan-bahan :
5-10 ketul ayam (dipotong dan digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam).
*4 ulas bawang merah.
*3 ulas bawang putih.
*2 inci halia.
1 bawang besar, potong bulat.
2 tangkai cili hijau, dihiris.
2 tangkai cili merah, dihiris.
5 tangkai cili padi, diketuk.
2 sb sos tiram.
2 sb sos cili.
4 sb kicap manis.
1 sb minyak bijan ( minyak biasa pun boleh).
1 sk kicap pekat.
Sedikit rempah 5 spice.
1 batang kayu manis.
1 kuntum bunga lawang.
Sedikit air.
Garam secukupnya.
Cara Membuat :
Tumbuk lumat bahan-bahan bertanda *.
Dalam mangkuk lain. Gaulkan sos tiram, sos cili, kicap manis, minyak bijan dan kicap pekat. Ketepikan.
Gorengkan ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, bahan-bahan yang ditumbuk dan cili padi.
Masukkan bahan yang dicampur sos dan kicap tadi. Tambah sedikit air dan sedikit garam. Kacau hingga mendidih.
Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kacau sebentar dan campurkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan taburkan sedikit rempah 5spice.
Makan tengah hari dengan nasi putih dan asam pedas ayam, siram dengan kuah pekat yang merecik menjilat jari, makan jadi berpinggan-pinggan. Tidak terasa habis 3 pinggan sekali. Bukan main sedap resepi Shashika Alia yang dikongsikan di laman Facebook.
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong 8/10/12),
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan),
7 ulas bawang merah,
5 ulas bawang putih,
1 inci kunyit,
1 inci halia,
Sebesar saiz ibu jari belacan,
1 batang serai (dititik),
50 gram daun kesum,
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5),
Air asam jawa (50 gram asam jawa + secawan air),
3 cawan air,
Garam secukup rasa,
Minyak untuk menumis.
Cara-cara :
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan belacan.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
Masukkan ayam, bunga kantan dan daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
Masukkan air asam jawa dan gaul sebati.
Masukkan pula garam. Gaul sebati.
Tambahkan air.
Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan).
Nota : Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak itu.
Resepi Kari Ayam Mamak
Mengikut selera masing-masing janji sedap dan kenyang. Resepi kari ayam mamak kali ini dikongsikan oleh Nazhatulshima Hashim di laman Facebook. Resepi senang untuk ditiru. Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
Bawang merah,
Bawang putih,
Daun kari,
Sehelai daun pandan,
4 sekawan,
Rempah kari daging babas,
Bahan blend:
Bawang besar,
Bawang putih,
Halia,
Cili kering,
Jintan putih,
Serbuk cili babas.
Cara-cara :
Mula-mula tumis bawang merah dan putih,
Kemudian masukkan daun kari dan sehelai daun pandan,
Masukkan lagi 4 sekawan,
Jika sudah garing masukkan rempah kari daging babas.
Kemudian masukan terus bahan-bahan blend; bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, jintan putih, serbuk cili babas. Tumis sampai pecah minyak.
Masukan ayam yang sudah diperap sekejap dengan garam, gula, serbuk kunyit, sedikit cili blend dan satu sudu rempah daging.
Masukan sekali dengan ubi kentang dan dua asam keping.
Tambah air panas atau suam ikut sukatan kuah yang diinginkan.
Bila ayam dan ubi kentang sudah masak, masukan garam dan sedikit ajinomoto atau serbuk cukup rasa maggi.
Akhir sekali masukkan tomato.
Resepi Stew Ayam versi Tengku Puan Pahang
Mesti ramai yang inginkan resepi stew ayam Tengku Puan Pahang versi cik Shiela Husin yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Jom cuba resepinya. Jika dipekatkan, boleh dijadikan inti chicken pie. Bukan sekadar resepi ayam viral, namun rasanya pasti membuatkan anda menjilat jari.
Bahan-bahan :
½ ekor ayam – potong ikut suka,
4 ulas bawang merah,
3 ulas bawang putih,
½ inci halia,
1 batang kulit kayu manis,
2 kuntum bunga lawang,
2-3 sudu besar tepung gandum,
Sedikit kicap,
Sedikit lada hitam-tumbuk kasar,
Garam dan serbuk perasa,
1 biji ubi kentang – dipotong 4,
1 batang karot – potong besar,
1 biji bawang besar – potong 4,
Cara-cara :
Tumis bahan penumis dan bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi.
Masukkan tepung gandum dan goreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.
Masukkan ayam dan ubi kentang, carrot dan bawang besar. Kacau rata.
Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa.
Masak sehingga kentang empuk.
Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng.
Hidangkan.
Resepi Rendang Ayam Cili Api
Lain macam resepi rendang ayam cili api. Kami hadirkan kepada anda resepi rendang cili api yang dikongsikan oleh Ainun Sanusi di Facebook. Resepi rendang ayam cili api yang telah mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cuba resepi ini.
Bahan- bahan
Serbuk kunyit – 3 sudu besar
Asam jawa – sebesar penumbuk
Gula kabung – 2/3 keping
Garam / perasa
Daun kunyit – 5 helai
Santan – satu kotak 200ml (kara)
Kerisik – satu paket besar (lagi sedap banyak)
Daun limau purut – 6 helai
Bahan Blender
Bawang besar – 4 biji
Bawang putih – 3 ulas
Serai – 5 btg
alia -2 inci
Lengkuas – 2 inci
Cili api – segenggam
Jintan manis – 3 sudu besar
Jintan putih – 3 sudu besar
Cara Memasak
Tumis bahan yang blender sampai garing. (Ini penting bagi rendang tahan lama)
Masukkan ayam dan gaul sampai masak.
Kemudian masukkan asam jawa, gula kabung, gula, garam.
Kalau sudah mendidih dan ayam betul-betul masak baru masukkan santan. (Kalau suka pekat letak lebih)
Masukkan kerisik, biar dalam beberapa minit supaya semua bahan sebati.
Akhir sekali, tabur daun kunyit dan daun limau purut, siap.
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi
Ayam masak lemak cili padi nogori style. Saking mudahnya resepi ini hanya campak semua bahan kemudian biar mereneh dan jadilah dia. Mari lihat resepinya daripada Anith Natasha di laman Facebook. Jemput baca dan selamat mencubanya.
Bahan-bahan :
Cili padi,
Serai,
Kunyit hidup,
Santan,
Ayam yang kecil,
Asam keping (tapi saya pakai extrak asam jawa adabi),
Garam and sedikit gula.
Cara-cara :
Masukkan ayam, santan (kalau pakai santan segar boleh masukkan santan yang cair dulu, yang pekat boleh masukkan selepas kuah mendidih).
Masukkan serai yang dititik, cili padi dan kunyit yang ditumbuk, asam keping ke dalam periuk.
Biarkan mereneh dengan api perlahan dan jangan sampai pecah minyak.
Akhir sekali masukkan garam.
Siap.
Resepi Ayam Paprik Ala Restoran
Ayam paprik menu paling senang, sebab tak perlu masak menu tambahan lain. Cukup semua ada, termasuk sayur dan ayam. Masyarakat malaysia dengan ayam paprik berpisah tiada. Resepi perkongsian ramai hingga 4.4K ini dikongsikan oleh Nora Abdullah di laman Facebook. Sila cuba resepinya.
Bahan Tumis :
Bawang besar 2 labu
Bawang putih 3 ulas tumbuk
Halia hiris
Serai 2 batang, titik
cili padi 4 biji (tumbuk)
Daun limau purut 5 helai
Bahan Sos :
Sos tiram, sos tomato dan sos cili. Agak-agak berapa banyak. Boleh lebihkan sos tomato.
Bahan Sayur :
Boleh guna carrot, bunga kubis, kacang panjang @ kacang buncis, tomato dan lain-lain.
Cara Menyediakan Ayam Paprik :
Bersihkan ayam dan dipotong dadu.
Gaul dengan garam, kunyit, tepung jagung 1 sudu besar dan sedikit perasa maggi cukup rasa.
Goreng sehingga garing dan angkat.
Tumis kesemua bahan tumis, kemudian masukkan sos.
Masukkan sedikit air bagi balance dan ada kuah. Kalau tak nanti jadi pekat sangat.
Kalau sudah menggelegak, masukkan sayur dan ayam.
Sayur tak perlu masak lama sangat.
Garam@gula tak perlu pakai. Sebab sos tomato, sos cili dan sos tiram sudah cukup perasa.
Hidangan jawa ini sangat sedap jika dimakan dengan nasi putih panas. Makan bersama kuah, bahkan minyak dalam kuahnya itu pun lagi sedap. Kami hadirkan resepi ayam masak ungkep yang dikongsikan oleh Atier Syah di laman Facebook. Selamat mencuba resepi ayam viral yang mendapat perkongsian ramai ini.
Bahan-bahan :
10 ketul daging ayam
1 batang serai – ketuk
1 keping asam keping
3 helai daun limau purut
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar :
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
1sb jintan manis
1sb jintan putih
1sb serbuk ketumbar
Cilipadi hijau 20 biji
Cara-cara :
Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Tunggu sampai pecah minyak.
Masukkan ayam, daun limau purut dan serai yang diketuk.
Boleh tambah air ikut suka. Kalau nak berkuah boleh lebihkan air.
Buka api perlahan dan tutup dengan tudung periuk. Sesekali kacau takut terhangit.
Kemudian masukkan garam dan gula secukupnya.
Siap dan boleh dimakan dengan nasi panas.
Resepi Ayam Goreng Seringgit Rangup Krup Krap!
Bukan main sedap resepi ayam viral goreng seringgit cik Murni Rahmat Murni Rahmat yang berkongsi di laman Facebook. Bahkan ayam KF* pun kalah sedap. Anda patut cuba resepi laris yang dikongsikan ini. Rangup dan lazat.
Bahan-bahan :
Ayam seekor dipotong 22-24,
Bawang putih 5 ulas,
Bawang besar saiz kecil 1,
Halia 1 inci,
Lada hitam 1 sudu kecil,
Lada putih 1 sudu kecil,
Serbuk kari 1 sudu besar,
Garam dan serbuk perasa Adabi, (Kalau tidak suka letak serbuk kari tidak mengapa. Kari letak sesudu saja pun dia tidak akan berpengaruh banyak, cuma untuk bagi sedap dan wangi saja).
Cara-cara :
Kisar semua bahan sampai halus.
Perap pada ayam.
Bahan Tepung Salut :
1 cawan tepung bestari pedas,
2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sebab ayam akan lebih garing dan rangup),
1 sudu tepung ubi/beras.
Cara-caranya :
Perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dalam 3 sudu. (Kalau perapan nampak pekat sangat, tambah air sedikit, perapan tidak perlu pekat ya).
Tuang sedikit tepung ke dalam bekas lain untuk gaul ayam.
Masukkan ayam dalam 5-6 ketul dalam bekas tadi.
Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit).
Bila tepung sudah disalut elok, gorengkan ayam pada minyak yang sederhana panas. (Boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup)
Goreng ayam dalam minyak yang banyak hingga ayam tenggelam.
Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak. Cara ini akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.
Hidangkan panas-panas.
Resepi Ayam Sos Tiram
Resepi ayam viral seterusnya amat senang dan cepat masak. Resepi ayam sos tiram dikongsikan oleh Nur Sarah Nur Sarah di laman Facebook. Lauk macam gini budak-budak mesti suka.
Bahan-bahan :
Ayam dipotong kecil,
Halia,
Bawang putih,
Bawang merah,
Cili merah besar,
Sos tiram.
Cara-cara :
Panaskan minyak.
Tumis halia, bawang putih, bawang merah dan cili besar merah sampai wangi dan layu.
Jika sudah layu, masukkan ayam. Biar sekejap bagi air ayam tadi keluar.
Kalau air ayam sudah keluar, tambahkan air sedikit. (Kalau ingin kuah banyak bubuh air lebih ya).
Jika ayam sudah mendidih, bubuh sos tiram. (Sos tiram kena tengok brand juga. Kadang ada yang jenis masin maka bubuh sedikit saja).
Kacau-kacau biar mendidih dan bagi kuah pekat.
Resepi Lain
Selain aneka resepi ayam viral, ada lagi koleksi masakkan menarik yang boleh anda cuba. Semuanya menarik.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.