“Nasi ayam dan masyarakat Melayu berpisah tiada”. Sepertinya ayat itu memang sesuai. Sebabnya nasi ayam memang sudah jadi makanan kegemaran masyarakat Melayu sejak dulu.
Nasi ayam ialah di mana nasi dimasak dengan pelbagai rempah dan kemudian dihidang dengan ayam yang di bakar, mahupun goreng serta lengkap dengan pelbagai sos cili dan kicap.
Semakin hari semakin banyak variasi nasi ayam. Ada yang mengupgrade resepi ayam mahupun resepi sos nya. Seperti 4 resepi nasi ayam yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi-resepi ini mendapat perkongsian ramai di Facebook kerana mereka menyajikan resepi nasi ayam yang memang viral di Malaysia.
Jika anda mencari resepi ayam viral yang sedap, confirm menjadi, disukai ramai, anda patut cuba resepi di bawah ini. Dengan berbagai-bagai resepi ini sila pilih resepi yang menarik hati dan buat nasi ayam kegemaran keluarga.
1. Resepi Nasi Ayam Chef Changkul
Siapa yang suka nasi ayam, patut cuba resepi yang dikongsikan oleh Faris Ibrahim di Facebook ini. Dinamakan nasi ayam chef changkul dengan perkongsian paling ramai. Mesti penasaran resepi apa yang digunakan. Mari tengok di bawah ini. Namun yang paling penting, memasak ini ada satu bahan paling mahal iaitu kasih sayang. Masukkan bahan itu, itulah resipi sebenar masakan kita sedap.
Bahan-bahan:
Beras 3 pot (untuk 6-7 orang)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam (pilihan)
Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit
Cara Menyediakan :
Panaskan lemak ayam dalam periuk nasi diatas dapur dan tutup.
Setelah lemak tadi bertukar menjadi minyak, buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
Kemudian masukkan bay leaf (daun salam) dan kiub pati ayam.
Masukkan beras. Pastikan kita ingat sukatan beras sebanyak mana sebab nanti air rebusan ayam tadi akan dimasukkan sebanyak sukatan beras tersebut.
Pindahkan ke periuk nasi. Biar sehingga masak.
Membuat Ayam ‘Juicy’
Masak air hingga mendidih dan guna api besar. Pastikan didihkan air yang banyak hingga mampu tenggelamkan semua ayam.
Bila sudah menggelegak baru masukkan ayam. Pilih ayam 2 kg ke atas. Terpulang mahu potong 12 ke, potong 4 atau ayam seekor direbus.
Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 sampai 6 minit. (Kalau ayam seekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit).
Nota : Tujuan digunakan air mendidih ialah untuk ‘perangkap’ jus ayam agar kekal di dalam daging ayam tersebut. Asingkan air rebusan ini untuk digunakan buat sup, nasi dan sambal.
Perapan Ayam
Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan (pilihan)
Sedikit lada sulah
Cara-caranya:
Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi. Tak perlu letak garam, namun kalau mahu masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
Perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat.
Goreng dalam 5 minit hingga 7 minit sahaja.
Nota : Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan.
Sambal Nasi Ayam
Bahan-Bahan:
6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Cara-cara :
Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.
Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
Bila sudah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.
Siap.
2. Resepi Nasi Ayam Sos Lemon
Yang bosan makan nasi ayam biasa, boleh cuba resepi ini. Bahan untuk penyediaan sos boleh olah mengikut citarasa sendiri. Suka sangat gabungannya yang menjadi. Kami beri resepi penuh daripada Afy AL Habibi di Facebook. Selamat mencuba.
Cara Membuat Nasi Ayam Pusa Gold Planta
Basuh beras dalam penapis.
Tumis Planta secukupnya. Masukkan 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis dan 3 sekawan.
Setelah bawang garing, masukkan 3 hirisan halia, 2 helai daun pandan dan 1 batang serai yang diketuk.
Masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau seketika sebelum ditutup apinya.
Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup secukupnya mengikut sukatan yang betul.
Masak nasi seperti biasa.
Selepas nasi masak, boleh tambahkan sedikit lagi Planta untuk rasa yang lebih sedap.
Cara Membuat Sup Ayam Ringkas
Tumis 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis hingga kekuningan.
Masukkan 3 hirisan halia.
Masukkan sekali 1 sudu besar serbuk lada sulah dan 1 kiub pati ayam.
Pilih sedikit bahagian ayam yang bertulang. Biarkan sehingga ayam mengeluarkan minyaknya sendiri.
Kemudian masukkan 5-6 cawan air.
Setelah mendidih, perasakan dengan garam. Boleh masukkan bebola untuk penambahan rasa.
Tutup api selepas rasa sebati.
Cara Membuat Air Cili
Kisar hancur 3 tangkai lada merah, 1 tangkai daun ketumbar dan 1/4 tomato
Masukkan dalam periuk. Tambahkan 2 senduk sup ayam. Guna api perlahan sahaja.
Tambahkan 3 sudu besar sos cili Thai dan 1/2 sudu halia parut.
Tambahkan garam dan gula sekiranya perlu.
Tutup api selepas sos mula mendidih perlahan.
Cara Membuat Sos kicap
Ambil 2 senduk sup.
Tambahkan 1/2 senduk kicap Jalen Lemak Manis dan 2 hirisan halia, 1 ulas bawang putih yang diketuk dan 1 sudu kecil sos ikan.
Tambahkan sedikit perasa.
Tutup api selepas sos mendidih perlahan.
Cara Membuat Ayam Goreng Crispy
Hiris nipis 1 ketul dada ayam
Perapkan bersama bahan :
1 udu besar sunquick
1/2 sudu kecil kicap Jalen
1 titik sos ikan
Secubit garam
Secubit perasa
1/2 sudu kecil lada sulah
Secubit lada hitam kisar
Lumurkan putih telur.
Lumurkan tepung goreng ayam depan belakang. (boleh guna Tepung Bestari original/ tepung jagung dengan serbuk roti putih).
Perap selama 1 jam.
Panaskan minyak.
Sebelum digoreng, golekkan lagi sekali dalam tepung ayam goreng kering. (Kalau nak kulit luar tebal, boleh ulang 2 kali).
Goreng dalam api sederhana perlahan sahaja supaya isinya tidak kering dan masak sekata.
Kepingan isi ayam goreng yang sedia untuk ditoskan.
Cara Membuat Sos Madu Lemon
Cedok 2 senduk sup ayam. Masukkan dalam periuk lain.
Tambahkan 1/2 senduk sunquick dan 1/2 sudu besar perahan buah lemon.
Masukkan 1 sudu besar madu.
Tuang bancuhan air tepung jagung. (1 sudu besar tepung jagung + 1 senduk sup ayam)
Masukkan secubit garam/secukup rasa.
Masukkan hirisan lemon tanpa biji setelah kuah mula suam.
Siap untuk kuah sos lemon yang lazat.
Bila sos sejuk, bolehlah dituang atas ayam.
Taburkan sedikit bijan yang telah disangai.
Siap.
3. Resepi Nasi Ayam Thai
Siapa yang mencari resepi nasi ayam Thai yang viral? Ini kami sediakan untuk anda resepi nasi ayam Thai daripada Suhaila Azhar di Facebook. Buat untuk perayaan hari istimewa pun bagus juga. Membuat siapapun yang memakannya akan jatuh hati. Sedap dan senang buatnya.
Bahan-bahan :
Ayam potong 4 dicuci bersih dengan tepung gandum, garam dan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir, toskan.
Bahan Rebusan Stok :
Ayam
2 tangkai daun sup/ketumbar ambik sekali akar
1 kiub ayam
6 ulas bwg putih diketuk
Garam
2 inci halia hiris nipis
Air agak banyak sebab guna untuk masak nasi (Rebus hingga mendidih dan tos ayam)
Bahan Nasi :
4 cup beras (guna basmathi kashmir). Cuci dan rendam selama 15 minit.
Kemudian toskan dan masukkan dalam rice cooker (beras biasa pun boleh, tapi tak perlu rendam).
6 ke 7 cup air stok tadi atau ikut sukatan masing-masing.
Tambah garam lagi jika perlu, sebab nasi akan serap garam.
Ayam yang direbus letak di atas sekali.
Masukkan sekali daun sup, bawang dan halia tadi. Masak seperti biasa. (Guna cup sukatan yang sama sukat dengan beras dan air).
Bahan Sos :
1/2 cup sos thai maggi/sos cili biasa
3 ulas bawang putih (jika guna sos biasa)
1 batang cili merah dicincang
10 tangkai cili padi dicincang
1 sudu makan kicap manis
Sebiji perahan limau kasturi
Garam gula secukup rasa dan kacau semua bahan. Siap.
Bahan Sup :
Boleh guna lebihan air stok tadi.
Tambah bawang goreng dan daun sup saja. Tak hanyir sebab sudah letak banyak halia.
Nota : Jika tak suka ayam putih, boleh grill ayam sekejap dalam oven/atas dapur sampai kulit garing, isi dalam sudah masak masa kita rebus tadi. Glaze dengan madu/sos tiram sedikit.
4. Resepi Nasi Ayam Spesial
Sekali sekala mesti teringin membuat nasi ayam. Apalagi kalau ada permintaan daripada keluarga. Ada banyak yang tanya bagaimana cara membuat nasi jadi kuning begitu. Baiklah mar tengok resepi nasi ayam daripada Atier Syah di Facebook ini. Sangat senang dan confirm jadi.
Bahan Untuk Air Rebusan Ayam
Ayam setengah ekor
Air secukupnya
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Seketul kiub pati ayam dan sedikit garam
Rebus sampai ayam masak. Jangan lama sangat, agak-agak ayam sudah masak boleh angkat dan toskan.
Untuk Perapan Ayam
Blend kicap manis, 2 ulas bawang putih, halia, sedikit sos cili, sedikit sos tiram dan sedikit madu.
Perap dengan ayam yang sudah direbus tadi.
Goreng dengan api sederhana. Jangan lama sebab ayam sudah masak. Goreng sekejap saja kalau tak nanti ayam hangit, hitam dan tak cantik.
Untuk Nasi
4 pot beras basuh bersih dan toskan.
Masukkan air rebusan ayam. Sukatan air macam masak nasi biasa ya.
Kemudian masukkan kiub pati ayam, satu sudu makan marjerin dan sedikit pewarna kuning telur.
Masak nasi mcm biasa. Siap.
Untuk Sambal
2 ulas bawang putih
2 biji tomato saiz besar
6 biji cilipadi dan sedikit air
Blend hancur dan masukkan dalam periuk.
Letak gula, garam dan cuka secukup rasa. Sos kena pedas-pedas manis baru sedap.
Untuk Sup
Lebihan air rebusan ayam tadi, masukkan sup bunjut. Masukkan sedikit kiub pati ayam, perencah maggi secukup rasa dan daun bawang.
Kalau ada daun sup boleh letak.
Resepi Menarik Lain
Kesimpulannya, resepi nasi ayam versi mana yang menjadi pilihan anda? Untuk kami, kami macam suka no 4. Walau bagaimanapun, ianya terpulang pada individu masing-masing. Jangan lupa tinggal komen jika anda telah mencubanya.
Selain resepi nasi ayam, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.