Setiap orang pasti mempunyai warna kegemaran mereka sendiri. Dari sudut kesan yang diberikan oleh warna itu sendiri menunjukkan perasaan yang berbeza bagi mereka yang memandangnya. Sama seperti warna merah, warna ini cenderung menunjukkan kesan kehangatan, kebahagiaan serta keberanian. Disebabkan itu, merah sering dijadikan warna yang menunjukkan kasih sayang seperti simbol cinta itu sendiri.

Walaupun begitu, warna boleh ditafsirkan dalam pelbagai makna. Begitu juga dari segi psikologi, warna merah dikaitkan dengan spontan dan berani. Malah, warna merah ini juga merupakan warna yang merangsang tingkah laku yang lebih tinggi.

Menariknya lagi, warna ini dapat mempengaruhi seseorang untuk bertindak bagi mencapai matlamat mereka. Ia juga dikaitkan dengan kejayaan, kemerdekaan dan juga kehidupan.

JENIS

Bagi mereka yang menyukai warna merah, mereka pastinya tahu mengenai beberapa warna merah yang berbeza tetapi sering digunakan. Jom tengok jenis warna merah berdasarkan senarai di bawah:

1. Merah Ruby

Imej via [shopee]

Sama seperti warna yang diberikan, warna merah ini diambil daripada warna merah batu ruby. Warna ruby ini merupakan warna gabungan diantara ungu dan merah muda. Warna ruby ini juga sering digunakan sebagai warna batu perhiasan seperti gelang ruby mahupun cincin ruby. Mereka yang menyukai warna lembut pastinya akan tertarik dengan warna merah ruby ini.

2. Merah Maroon

Imej via [lazada]

Warna ini merupakan salah satu warna yang tidak asing bagi kita semua. Hal ini kerana, warna merah ini cukup disukai oleh individu. Warna ini banyak digunakan untuk dijadikan pakaian. Contohnya, baju kurung, dress dan kemeja. Warna merah gelap ini mempunyai kesan yang menarik dengan warna yang terlihat sedikit gelap. Warna ini juga dikenali sebagai warna merah tua.

3. Merah Cili

Imej via [goldencorn]

Sesuai dengan Namanya, anda pasti sering melihat warna merah yang menjadi warna bagi sayur cili ini. Warna ini sering dijadikan sebagai warna bagi seluar mahupun hijab. Jika dipandang secara sekilas, anda pastinya dapat melihat warna yang seakan warna oren ini. Warna ini juga memberikan kesan ketegasan dan kuasa kepada mereka yang melihatnya.

4. Merah Darah

Imej via [wowkeren]

Warna ini lebih cerah jika dibandingkan dengan merah maroon. Warna merah ini memberikan kesan khas di mana menjadikannya lebih menarik kerana warnanya yang tidak terlalu terang mahupun gelap. Ia juga memberikan kesan misteri kepada sesiapa yang memakainya.

5. Merah Muda

Imej via [wowkeren]

Berbanding dari warna merah yang lain, warna merah muda ini mempunyai tarikan tersendiri. Warnanya yang lembut dan seakan warna merah jambu menjadikannya terlihat simple dan comel. Warna ini menjadi tarikan khususnya para wanita kerana warnanya yang lembut. Warna ini juga akan terjadi dengan gabungan warna merah dan warna putih.

6. Merah Salmon

Imej via [khhet]

Warna yang sama dengan daging ikan salmon ini merupakan warna merah dengan gabungan warna oren. Disebabkan warna ini merupakan warna daging ikan salmon, warna ini akhirnya dijadikan sebagai petunjuk bagi warna merah ini. Warna ini juga sangat sesuai dijadikan hijab kerana warnya yang cerah dan lembut.

7.Merah Bata

Imej via [lovepik]

Warna merah bata merupakan warna unik yang cantik. Walaupun warna ini merupakan warna merah, warna ini masih memberikan kesan warna gelap. Warna ini juga banyak digunakan sebagai warna pakaian dan warna makeup. Contohnya banyak lipstik dan eyeshadow yang menggunakan warna ini.

8. Merah India

Imej via [youtube]

Warna ini cukup unik kerana kelihatan seperti warna merah muda. Walaupun begitu, warna ini juga termasuk dalam senarai warna merah yang cukup popular kerana warnanya yang cantik. Warna ini dikatakan diinspirasi dari warna tanah Laterit yang mempunyai kandungan zat besi dan alumni yang cukup tinggi. Warna ini juga seakan warna merah yang dicampur dengan warna kecoklatan.

Personaliti

Setiap individu pasti mempunyai warna kegemaran mereka. Begitu juga mereka yang menjadikan warna merah sebagai warna kegemaran mereka, terdapat beberapa kajian mengenai personaliti mereka yang sukakan warna merah. Jom tengok personaliti mereka dari sudut positif dan negatif.

Bersemangat Tinggi

Mereka yang menyukai warna merah dikatakan mempunyai semangat yang tinggi dan tidak mudah menyerah. Hal ini menjadikan individu yang menyukai warna ini kebiasaannya akan melakukan apa sahaja untuk mencapai keinginan mereka.

Ceria dan Penyayang

Selain itu, mereka yang sukakan warna ini bersikap ceria dan sangat menyenangkan. Disebabkan itu, mereka yang menyukai warna merah sering dikelilingi oleh ramai kawan. Mereka juga sangat mudah bergaul dengan siapapun. Sikap mereka yang menyenangkan dan berfikiran terbuka juga sangat disukai ramai. Mereka juga suka tersenyum, memberikan kasih sayang dan menerima kasih sayang dengan baik.

Menarik Perhatian

Disamping itu, mereka juga sangat berani dan suka menjadi tumpuan ramai. Mungkin disebabkan itu, mereka suka menyertai pelbagai aktiviti dan acara yang diadakan. Berbanding dengan mereka yang menyukai warna-warna lain, mereka yang menyukai warna merah lebih suka menonjolkan diri. Hal ini juga menjadi salah satu sebab mereka dapat mencapai kejayaan yang diingini mereka.

Keras Kepala

Walaupun begitu, terdapat juga sikap negatif mereka seperti sangat mementingkan diri. Contohnya, mereka akan mementingkan keinginan dan diri mereka sebelum orang lain. Mereka juga mempunyai ego yang tinggi. Disebabkan itu, individu yang menyukai warna merah tidak akan mendengar nasihat individu yang lain.

Kasar dan Kejam

Mereka juga sangat tamak dan mudah tersinggung. Disebabkan itu, mereka akan mudah menyimpan dendam terhadap seseorang. Disebabkan sikap mereka yang berdendam dan tidak mudah dihalang, mereka cenderung untuk bertindak kasar dengan individu yang tidak disukai mereka termasuk melakukan perkara yang berbahaya seperti sanggup melakukan jenayah untuk membalas dendam.

Sudut Psikologi

Merah merupakan warna api, sinaran matahari dan darah. Warna ini juga memberikan kesan yang hangat, kebahagiaan, keberanian, semangat, kekuatan dan keghairahan. Dalam sudut psikologi, warna merah merupakan simbol bagi tenaga, tindakan, kekuatan dan kegembiraan. Warna ini juga mampu merangsang indera manusia. Contohnya, meningkatkan nafsu makan dan ghairah seksual seseorang.

Selain itu, dari sudut positif, warna merah juga dikaitkan dengan haba, semangat dan tenaga. Warna ini juga sering dikaitkan dengan cinta. Contohnya seperti pemberian bunga mawar merah kepada orang yang mereka cintai untuk menunjukkan rasa cinta mereka. Warna ini juga dikaitkan dengan kemakmuran dan kuasa.

Jika dilihat dari sudut negatif pula, warna ini sering dikaitkan dengan kekerasan dan kecemasan. Dalam erti kata lain, merah sering dikaitkan dengan kelakuan ganas, kebencian, pencerobohan, kurang kawalan dari segi emosi dan berbahaya. Warna merah juga sering dikaitkan dengan tingkah laku yang tidak baik dan cenderung untuk mengabaikan risiko daripada keputusan yang diambil.

Penguasaan

Seperti yang diterangkan di atas, warna merah boleh mempengaruhi mood dan emosi seseorang. Dalam dunia sukan, mereka yang memakai pakaian berwarna merah cenderung untuk meraih kemenangan. Contohnya seperti yang berlaku di Sukan Olimpik Athens 2004, atlet tinju, gusti dan tekwando yang diberikan pakaian merah cenderung untuk menang.

Hal ini kerana, kajian juga menunjukkan, atlet yang mengenakan baju berwarna merah membuatkan atlet kelihatan lebih dominan dan agresif. Disebabkan itu, warna merah sememangnya memainkan peranan penting bagi seorang atlet untuk menampakkan lebih peratus kemenangan berbanding atlet yang menggunakan baju berwarna biru.

Kegairahan

Walaupun warna merah sering dikaitkan dengan bahaya dan amaran, warna ini juga tidak selalunya menjadi tanda yang bahaya. Hal ini kerana, merah juga turut dikaitkan dengan cinta dan semangat. Hal ini dikaitkan dengan penjelasan bahawa dengan memakai pakaian yang berwarna merah, cenderung untuk menarik perhatian individu yang berlainan jantina.

Terdapat kajian yang dijalankan oleh beberapa orang saintis pada tahun 2008 mengenai daya tarikan perempuan yang memakai pakaian berwarna merah. Kajian ini dilakukan pada beberapa orang lelaki yang diberikan gambar Wanita yang memakai kemeja merah dan gambar wanita yang sama memakai baju berwarna biru.

Hasil kajian menunjukkan bahawa wanita yang memakai baju berwarna merah lebih menarik secara seksual berbanding dengan wanita yang memakai warna biru.

Kuasa dan Kekuatan

Pasti ramai yang tahu mengenai warna merah yang cenderung untuk menunjukkan kekuatan dan kuasa. Sebagai contoh, tali leher yang digunakan oleh ramai usahawan adalah warna merah. Begitu juga dengan acara anugerah yang menggunakan karpet merah sebagai laluan bagi selebriti yang terkenal di dunia.

Sama seperti lelaki yang tertarik dengan wanita yang memakai baju berwarna merah, para wanita juga beranggapan lelaki yang memakai kemeja merah lebih menarik. Hal ini kerana, menurut pakar, warna merah berkait dengan lambing kuasa dan kekayaan. Disebabkan itu, lelaki yang memakai baju berwarna merah cenderung dilihat sebagai mereka yang berjaya dan macho.

Bahaya dan Amaran

Anda pastinya melihat banyak papan tanda amaran yang menggunakan warna merah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa warna ini cenderung menarik perhatian seseorang. Disebabkan itu, banyak papan tanda seperti tanda berhenti, siren, alat pemadam api, dan lampu berwarna merah.

Merah juga digunakan untuk menyampaikan bahaya. Contohnya, istilah ‘bendera merah yang sering digunakan untuk menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang berbahaya dan individu tersebut perlu lebih berhati-hati. Bendera merah juga menunjukkan bahawa keadaan di tempat tersebut berbahaya.

Kesimpulan

Warna merah sememangnya menarik perhatian bukan sahaja kerana warnanya yang cukup terang, tetapi keunikan warna itu sendiri yang dapat memberikan kesan kepada sesiapa yang melihatnya. Walaupun begitu, tidak dinafikan warna yang anda minati dapat menunjukkan personaliti anda.

Warna merah juga memberikan maksud yang berbeza dari sudut negatif dan positif. Begitu juga dengan adanya warna merah yang pelbagai yang pasti menjadi tarikan setiap individu.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Rujukan

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.