Apakah jenis vitamin ibu mengandung yang bermanfaat untuk membekalkan nutrien asas kepada perkembangan janin yang sihat?
Setiap ibu hamil sering dinasihatkan untuk banyakkan berehat, minum air, dan makan makanan yang berkhasiat.
Namun tahukah anda, pengambilan vitamin yang sesuai juga mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam memastikan kesihatan terbaik kepada ibu hamil dan anak dalam kandungan?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan vitamin ibu mengandung yang perlu anda tahu dan elakkan.
Walaupun diet seimbang penting untuk ibu hamil, namun pastinya tidak semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan semasa hamil boleh didapatkan dalam makanan.
Justeru itu, jika seorang wanita hamil tidak menambah dietnya. Mereka mungkin mengalami penurunan tahap mineral penting tertentu , seperti kalsium, besi, zink dan magnesium.
Kromium dan iodin juga mungkin berkurangan, yang boleh menyebabkan keabnormalan metabolik.
Terdapat beberapa vitamin ibu mengandung yang bagus untuk anda ambil semasa hamil. Berikut adalah antara vitamin yang disyorkan:
1. Folat
Folat adalah vitamin B yang berfungsi dalam sintesis DNA, pengeluaran sel dsrah merah dan pertumbuhan dan perkembangan janin.
Asid folik adalah bentuk sintetik folat yang terdapat dalam banyak suplemen. Anda disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 600 mikrogram (mcg) folat atau asif folik setiap hari bagi mengurangkan risiko kecatatan tiub neural dan keabnormalan kongenital seperti kecatatan jantung.
2. Vitamin pranatal
Vitamin pranatal adalah multivitamiin yang dirumuskan khusus untuk memenuhi semua mikronutrien semasa kehamilan.
Kajian menunjukkan bahawa vitamin pranatal mampu untuk mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan preeklampsia.
Bagi yang tidak tahu, preeklampsia adalah komplikasi bahaya yang dicirika oleh tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing.
3. Zat besi
Keperluan zat besi sangat diperlukan semasa kehamilan kerana jumlah darah ibu yang meningkat kira-kira 45 peratus.
Zat besi bertanggungjawab untuk mengangkut oksigen, pertumbuhan serta perkembangan bayi serta plasenta yang sihat.
Pengambilan yang disyorkan daripada 27 miligram (mg) zat besi setiap hari boleh dipenuhi di dalam vitamin pranatal.
4. Vitamin D
Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang penting untuk fungsi imun, kesihatan tulang, dan pembahagian sel.
Kekurangan vitamin D semasa mengandung telah dikaitkan dengan peningkatan risiko pembedahan cesarean, preeklampsia, kelahiran pramatang, dan diabetes semasa mengandung.
Pengambilan vitamin D yang disyorkan semasa mengandung ialah 600 IU atau 15 mcg sehari.
5. Magnesium
Magnesium adalah mineral yang melibatkan ratusan tindak balas kimia dalam badan. Ia memainkan peranan penting dalam fungsi imun, otot, dan saraf.
Kekurangan mineral ini semasa mengandung boleh meningkatkan risiko hipertensi kronik dan kelahiran pramatang.
6. Minyak ikan
Minyak ikan mengandungi asid docosahexaenoic (DHA) dan asid eicosapentaenoic (EPA), dua asid lemak penting yang penting untuk perkembangan otak bayi.
7. Probiotik
Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang dianggap memberi manfaat kepada kesihatan pencernaan.
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa probiotik selamat untuk diambil semasa kehamilan, dan tiada kesan sampingan yang berbahaya
Dalam masa yang sama, ibu mengandung juga perlu lebih berhati-hati dari mengambil jenis vitamin berikut:
1. Vitamin A
Vitamin A memang penting kepada ibu hamil. Tetapi terlalu bnayak vitamin A juga akan memudaratkan.
Memandangkan vitamin A adalah larut lemak, badan anda nantinya akan menyimpan jumlah lemak yang berlebihan di dalam hati.
Pengumpulan ini boleh memberi kesan toksik pada badan dan membawa kepada kerosakan hati. Malah boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
Hal ini dibuktikan dengan lebihan vitamin A semasa hamil menyebabkan keabnormalan kelahiran kongenital.
2. Vitamin E
Begitu juga halnya kepada vitamin E. Vitamin jenis ini juga larut lemak yang melibatkan ekspresi gen dan fungsi imun.
Walaupun vitamin E sangat penting untuk kesihatan, anda disyorkan untuk tidak menambahnya.
Hal ini kerana, lebihan vitamin E akan meningkatkan risiko sakit perut dan pecah pramatang kantung amniotik (air ketuban).
3. Suplemen herba lain
Ibu hamil perlu untuk elak dari mengambil suplemen herba tertentu seperti berikut:
Mungkin tidak ramai orang tahu, sebenarnya vitamin sepatutnya diambil sebelum mengandung lagi atau lebih tepat sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung.
Hal ini kerana, telur atau ovum mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari untuk membesar, matang dan dilepaskan. Sudah tentu dalam tempoh itu, ibu mahukan telur yang sihat dan cukup nutrisi untuk membesar menjadi bayi.
Selain dari vitamin ibu mengandung ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan supplemen vitamin seperti:
Sumber: