Pasti ada yang tak tahu cara semak tracking J&T Express terutama buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam membeli barangan secara dalam talian.
Siapa je tak kenal dengan J&T Express. Memang ramai menggunakan kurier ini untuk menghantar barangan kerana mudah dan cepat sampai ke penerima. Bayaran yang dikenakan juga memang berpatutan. Tak hairanlah ramai penjual yang menggunakan syarikat kurier ini.
Penerima pula pasti sering tertanya-tanya di mana barangan mereka berada agar mudah untuk membuat persediaan atau perancangan. Tak kira barang murah atau mahal, besar atau kecil, pasti ada rasa tak sabra untuk menerimanya.
Jadi, dengan adanya perkhidmatan tracking ini, senang anda mengawasi lokasi atau status semasa penghantaran. Bagaimana cara mendapatkan semakan barangan ini?
Sebenarnya ada beberapa cara untuk anda semak tracking J&T ini. Anda boleh menyemak secara dalam talian atau sebaliknya. Yang pasti kesemua cara ini mudah dan cepat. Ketiga-tiga cara ini memerlukan nombor tracking atau airway bill yang boleh anda dapatkan dari pemberi.
Cara pertama adalah pergi sahaja ke mana-mana cawangan J&T dan meminta petugas untuk menyemak keberadaan barangan anda. Namun anda perlulah mendapatkan nombor tracking terlebih dahulu daripada penjual atau pemberi.
Cara kedua juga mudah dan dilakukan secara dalam talian. Melalui cara ini, anda dapat menyemak nombor tracking menerusi aplikasi J&T Malaysia. Anda perlu memuat turun aplikasi J&T Malaysia di Google Play atau App Store. Kemudian daftar akaun anda dan masukkan semua maklumat. Anda boleh mula menyemak di paparan ‘status’.
Cara terakhir ini paling mudah kerana anda tak perlu ke cawangan J&t dan tak perlu memuat turun sebarang aplikasi. Anda hanya perlu layari laman web J&T Express. Cara ini paling pantas dan menjimatkan masa. Ini cara-cara yang boleh anda lakukan untuk menyemak number tracking secara dalam talian:
Setelah menyemak nombor tracking J&T Express, anda akan memperolehi maklumat seperti status terkini penghantaran, proses, lokasi barangan dan tarikh.
Anda pasti tertanya-tanya tentang maksud status atau istilah yang dipaparkan. Kadangkala ada perkataan yang kita tidak pernah dengar dan sukar untuk kita mengetahui keadaan semasa barangan tersebut. Di sini kami sertakan semua istilah yang sering dipaparkan pada tracking dan maksudnya hasil perkongsian dari J&T Express PCP Presint 15 418.
Pemberi atau penjual sudah drop off barangan anda di mana-mana cawangan J&T. Syarikat kurier juga telah mengimbas barangan untuk mengemaskinikan data didalam sistem kurier.
Istilah ini digunakan setelah barangan anda dibawa keluar dari tempat barangan yang dihantar menuju ke tempat pengagihan barang utama kurier atau dipanggil gudang. Ia juga dipanggil sebagai Parcel Hub.
Proses ini biasa dilakukan pada waktu malam. Selepas sampai di gudang atau Parcel Hub, barangan akan diproses atau diagihkan mengikut poskod barangan anda. Melalui proses ini, maklumat penghantaran akan dimuatnaik pada status.
Istilah ini digunakan apabila barangan pelanggan telah pun siap sedia untuk keluar dari gudang lalu menuju ke gudang setiap negeri mengikut poskod penerima.
Pada tahap ini, barangan pelanggan telah sampai ke gudang mengikut poskod negeri yang tertera.
Istilah ini digunakan sekiranya barang pelanggan belum keluar untuk penghantaran. Ini bermaksud barang tersebut akan singgah terlebih dahulu di J&T Drop Point atau CDC terdekat dengan poskod penerima.
Inilah status penghantaran yang ditunggu oleh setiap penerima. Status ini menandakan barangan anda telah keluar dan siap sedia untuk dihantar secara terus ke rumah anda.
Status ini menandakan barangan anda sudah selamat dihantar ke rumah dan telah diterima. Sekiranya barangan anda tidak sampai tetapi status bertukar seperti ini, anda boleh membuat semakan penerima pada J&T secara dalam talian atau terus ke cawangan J&T berdekatan.
Jika status barang anda jadi begini, ia mungkin terjadi atas beberapa sebab. Namun jangan risau kerana penghantaran akan dilakukan semula. Jika masih gagal pada kali ketiga, barangan anda akan dihantar semula kepada pemberi atau penjual. Anda perlulah peka dengan panggilan telefon yang dibuat oleh penghantar barang.
Mudah bukan untuk menyemak tracking J&T Express? Dengan semakan dalam talian, tak sampai lima minit anda boleh menjejaki barangan anda di mana jua. Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda untuk membeli barangan secara online.
Kami juga ada menulis artikel lain tentang resepi, keluarga, kesihatan dan tips yang lain. Jom tambah informasi dengan artikel-artikel di bawah: