Hadiah merupakan sesuatu yang menarik apabila diperolehi. Namun terdapat sedikit masalah di sini. Memberikan hadiah bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya adalah sebenarnya tugas yang sedikit sukar.

hadiah suami

Tips memberi hadiah untuk pasangan [JD Hancock]

Hal ini kerana setiap berlainan jantina mempunyai cara dan jangkaan yang lain terhadap hadiah yang diterima. Suami dan isteri adalah berbeza untuk hadiah yang diterima.Jadi, apakah hadiah yang sangat bernilai untuk pasangan anda?

Untuk Suami: 1. Suami tiada nilai kejutan, sila tanya kepada dia, apa hadiah yang dia mahu sempena hari ulang tahun kelahirannya. Dia suka hadiah yang dia perlukan pada masa itu.

2. Jangan beli barangan yang dia tidak perlu atau tidak pernah guna. Nanti dia simpan sampai ke tua. Contoh. dia tidak pernah pakai minyak wangi. Jangan beli minyak wangi kerana tiada nilai baginya.

3. Jika mahu buat kejutan juga. Sila perhatikan asesori yang dia sedang pakai dan gantikan asesori itu dengan yang baru yang sama warna dan bentuk serta jenama yang terkenal daripada yang sedang dia pakai. Contoh beg duitnya yang kelihatan lusuh. Belikan yang baru yang sama warna tetapi lebih berkualiti. Pasti dia “terkejut beruk” menerimanya.

Untuk Isteri: 1. Jika isteri bekerja di pejabat yang tidak berunifom. Sila hadiahkan banyak-banyak baju untuk dia pergi kerja, Sebab kebiasaan baju yang dia pakai pergi kerja seelok-eloknya 6 bulan pusingan. Dia malu kalau terpaksa ulang pakai baju itu dalam bulan yang sama.

2. Bila berpisah daripadanya lebih 3 hari, sila belikan hadiah kepadanya apa saja yang anda teringat. Walau semurah sebatang pen atau seketul “magnet cenderamata peti sejuk”. Nilainya ialah membuktikan anda ingat kepadanya.

3. Buat kejutan dengan memberi barangan unik asesori dan hiasan dalaman rumah yang diminati kaum hawa (barangan itu boleh tengok dalam majalah-majalah wanita) sekali sekala (sebulan sekali) kemudian bila dia tanya, ” Hadiah ni untuk apa?”. Katakan, ” Saja je, sebab I Love you”.

4. Yang paling POWER sekali ialah beri dia duit sama ada dia minta atau tidak.

Penulis: Pak Utih

Pak Utih merupakan pakar mengenai perbezaan lelaki dan wanita. Beliau banyak berkongsikan tips-tips mengenai perhubungan di blog beliau. Selain itu beliau juga sibuk dalam mengendali kursus tentang tips membina keluarga bahagia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.