Adakah yang tidak makan ikan tenggiri? Ruginya, kerana ikan tenggiri amat sihat selain itu ia miliki tekstur yang lembut. Apabila dimasak dagingnya sedap sangat dan wangi. Tidak hairanlah harga pun mahal.

Banyak resepi ikan tenggiri sedap, salah satunya ialah ikan tenggiri goreng masak berempah. Ikan tenggiri dimasak dengan rempah kari ikan, sos tiram, bawang, halia, cili, dan daun kari. Lembut isi ikan tenggiri dibalur rempah-rempah sedap jadi makin wangi dan merangsang selera sangat.

Jom masak ikan tenggiri goreng berempah untuk menu makan tengah hari. Resepi dikongsikan oleh Laila Aznam di laman Facebook. Dapat makan ikan tenggiri goreng berempah dengan nasi putih panas-panas sedap di lidah perut pun bahagia.

Resepi Ikan Tenggiri Goreng Masak Berempah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Beberapa keping ikan tenggiri goreng,
  • Rempah kari ikan agak-agak,
  • Sos tiram anggaran 2 sudu makan,
  • Garam secukup rasa,
  • Kiub ikan bilis jika suka,
  • Gula sedikit,
  • Cili kering kisar (ikut kepedasan masing-masing) anggaran 2-3 sudu makan,

Bahan-bahan Hiris :

  • Bawang besar,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Daun kari.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak tumis bahan-bahan hiris hingga layu dan bangkit baunya.
  2. Kemudian masukkan cili kisar serta rempah kari ikan, tumis hingga garing dan terbit minyak.
  3. Setelah itu masukkan sos tiram kacau rata.
  4. Perasakan garam, gula dan kiub ikan bilis kacau lagi.
  5. Kalau pekat tambah sedikit air.
  6. Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan tenggiri goreng tadi kacau pelan-pelan.
  7. Biar seketika hingga mereneh. Tutup api.
  8. Siap dihidangkan dengan nasi panas-panas, ulam timun jepun, telur asin dan jangan lupa sambal belacan.

Resepi Menarik Lain

Selain ikan tenggiri goreng berempah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.