Dengar tajuk pun rasa mengancam bukan? Makan tengah hari dengan telur air asam mesti berselera makan dengan kuah telur yang pedas masam masin.

Ini ialah lauk yang paling mudah dan pantas. Rebus telur hanya 7 minit, buat air asam pula 10 minit. Makan jangan tanya berapa minit sebab tambah 3 kali.

Dalam lauk ini anda akan rasa lemak-lemak telur dia, kemudian ada masam, masin, pedas dan paling penting rasa ingin tambah nasi sepinggan lagi. Jom buat lauk telur air asam hari ini. Resepi dikongsikan oleh Norul Haisyu di laman Facebook.

Resepi Telur Air Asam

telur air asam

Imej via Facebook

Bahan Air Asam :

  • Cili api,
  • Bawang besar,
  • Tomato.
  • Asam jawa,
  • Garam cukup rasa,
  • Aji ckup rasa,
  • Air suam.

Cara Menyediakan Telur :

  1. Basuh telur bersih-bersih masukkan dalam periuk. Periuk jangan besar sangat biar ngam-ngam dengan telur lagi baik. Air sama paras dengan telur, letak atas dapur. Buka api paling besar, kalau tidak besar tak jadi. Set masa 7 minit. Jangan lebih jangan kurang 7 minit supaya kejadiannya cantik.

Cara Menyediakan Air Asam :

  1. Hiris atau cincang cili api, bawang besar, dan tomato.
  2. Gaulkan bahan hiris dengan asam jawa, garam, aji, dan air suam.
  3. Seterusnya kupas telur di bawah air paip supaya telur elok licin tidak koyak. Toskan dan potong letak dalam mangkuk.
  4. Masukkan cili, tomato, dan bawang. Tuang air asam. Jangan makan terus. Biar meresap dulu dalam 15 menit. Siap sedia untuk dimakan.

Resepi Menarik Lain

Selain telur air asam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.