Dengar tajuk pun rasa mengancam bukan? Makan tengah hari dengan telur air asam mesti berselera makan dengan kuah telur yang pedas masam masin.
Ini ialah lauk yang paling mudah dan pantas. Rebus telur hanya 7 minit, buat air asam pula 10 minit. Makan jangan tanya berapa minit sebab tambah 3 kali.
Dalam lauk ini anda akan rasa lemak-lemak telur dia, kemudian ada masam, masin, pedas dan paling penting rasa ingin tambah nasi sepinggan lagi. Jom buat lauk telur air asam hari ini. Resepi dikongsikan oleh Norul Haisyu di laman Facebook.
Selain telur air asam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.