Kekok bukan jika anda sering gunakan tandas cangkung, tiba-tiba terpaksa gunakan tandas duduk pula? Dari kecil mungkin anda terbiasa dengan tandas cangkung tetapi bila sudah pindah rumah, bekerja, ke rumah mertua dan tandas awam, anda mungkin akan gunakan tandas duduk.
Zaman sekarang, tandas duduk lebih banyak pembinaannya berbanding dengan tandas cangkung. Jika anda ke tandas awam sekalipun, 3 tandas adalah tandas duduk, hanya 1 tandas yang merupakan tandas cangkung.
Jenis-jenis tandas ini berbeza mengikut tempat dan kemodenan. Seperti negara-negara barat, kebanyakan menggunakan tandas duduk. Berbeza pula dengan tandas di negara Islam, kebanyakannya menggunakan tandas cangkung atas faktor kebersihan.
Ada perbezaan antara tandas cangkung dan tandas duduk selain dari bentuknya iaitu perbezaan dari segi kesihatan tubuh badan anda. Cara membuang air besar pun bakal mempengaruhi kesihatan tubuh badan anda sebenarnya terutamanya bahagian perut dan punggung. Jom lihat Tandas Cangkung Dan Tandas Duduk Dari Sudut Kesihatan.
Ada orang selesa gunakan tandas cangkung sebab ia terlalu bebas dan tidak perlu duduk berkepit terkena punggung di bahagian tempat duduk. Ia amat tidak selesa bahkan kotor. Tandas cangkung kelihatan lebih selesa daripada tandas duduk. Anda juga takkan sakit perut jika menggunakan tandas cangkung berbanding sakit perut menggunakan tandas duduk ketika proses pembuangan.
Tandas jenis cangkung lebih mudah untuk membersihkan diri anda dan juga membersihkan tempat atau kotoran najis. Bagaimana pula dengan tandas duduk? Susahnya nak basuh, anda perlu basuh dengan cara duduk atau berdiri separuh! Kerana itulah tandas cangkung banyak dibina di negara Islam untuk memudahkan dibasuh dengan bersih.
Apabila anda duduk di tandas duduk, pasti sukar untuk anda keluarkan semua najis kerana semasa anda duduk, anorektal akan menegang. Berbanding dengan membuang air besar di tandas cangkung, anorektal akan lurus dan memberi ruang untuk semua najis anda keluar dengan mudah. Doktor juga menyarankan untuk gunakan tandas cangkung.
Tahukah anda, menurut hasil kajian di Pakistan, membuang air besar dengan cara mencangkung akan mengurangkan simptom fisur. Fisur adalah kesan yang terjadi jika seseorang itu meneran berlebihan. Ia mengakibatkan luka pada lapisan dubur, sakit, darah keluar dari rektum dan susah untuk duduk. Gunakanlah tandas cangkung untuk elakkan fisur.
Bagi pesakit, wanita mengandung, orang tua dan mereka yang tertentu, anda disarankan menggunakan tandas duduk untuk menjaga kesihatan. Lutut, perut, kandungan dan lain-lain harus dijaga dan dilindungi jika anda adalah mereka yang tertentu. Pilihlah tandas mengikut kesesuaian dan kesihatan diri anda.
Dalam membuang air besar, ia juga memerlukan kepuasan. Maklumlah, jika tidak puas, pasti akan nak ke tandas sahaja setiap masa dan berulang kali. Pilihlah tandas yang benar-benar berikan anda kepuasan dalam membuang air besar.
Tandas cangkung memudahkan proses pembuangan anda di mana anda boleh membuang sepenuhnya dan keluarkan semua sekali. Tidak ada najis yang tersekat dan tidak dapat keluar sekiranya posisi tandas cangkung anda gunakan.
Sekiranya anda seorang yang pembersih dan tidak lalu duduk di atas tandas duduk, carilah tandas cangkung. Namun, jika tandas duduk sahaja yang ada, nak tak nak, melabur sajalah!
Anda boleh tutup bahagian yang akan anda duduk dengan menggunakan tisu tandas atau anda boleh jirus dahulu bahagian duduk sebelum duduk di situ. Gunakanlah tandas dengan cara yang lebih mudah.
Jika tandas duduk, gunakanlah dengan meletakkan kerusi kecil di bahagian kaki anda. Kaki anda naik ke atas kerusi kecil tersebut untuk memudahkan proses pembuangan. Anorektal anda akan terbuka sedikit dan mudah untuk settle kan segalanya.
Dalam Islam, hal buang air besar dan kecil juga telah diajarkan sejak 1400 tahun lalu lagi. Rasulullah SAW sendiri mengajarkan cara-caranya kepada kita bermula dari adab buang air sehinggalah cara membersihkannya.
Ketika membuang air kecil atau besar, tekan sedikit perut bahagian kiri dengan perlahan untuk memastikan najis mudah keluar. Pastikan buang air tidak memerlukan anda menghadap kiblat. Buang air sehingga betul-betul habis dan cucikannya sehingga benar-benar bersih.
Sekiranya tiada air, nabi SAW mengajar kita bersihkannya dengan cara beristinjak. Anda boleh menggunakan kurang 3 biji batu atau tulang yang keras dan kering. Jangan biarkan tangan kanan anda menyentuh atau terkena najis untuk menjaga kebersihan dengan lebih baik lagi.
Dari sudut kesihatan pula, anda boleh meneran dengan lama tetapi jangan lebih dari 15 minit. Ia bahaya untuk bahagian peranakan anda terutamanya wanita yang selepas keguguran, yang sedang hamil dan juga sedang ikhtiar hamil.
Itulah jawapannya, tandas cangkung adalah tandas yang terbaik, sihat dan selamat. Dari segi kesihatan, memang tandas cangkung amat disarankan untuk kita gunakan tetapi ia bergantung kepada kemahuan anda juga.
Ada rumah yang mempunyai orang tua, tidak perlulah anda membuat tandas cangkung kerana mereka sakit lutut dan tidak larat lagi mencangkung. Semua orang tua kebanyakan memilih tandas duduk.
Buat anda yang muda remaja, kanak-kanak, dewasa, tandas cangkung adalah tandas yang perlu anda gunakan. Ianya untuk keselesaan sekaligus kesihatan anda. Selesanya dapat guna tandas cangkung! Lega rasanya~
Sekarang sudah tahu nak buat pilihan tandas? Pilihlah tandas cangkung yang semestinya lebih baik daripada tandas duduk. Jom baca tentang Simbol tandas seluruh dunia, Punca dan rawatan buasir, Punca dan rawatan cirit-birit dan Senarai buah tangan untuk orang sakit pula.